Tuesday 24 May 2011

OH MY GOD!!!(OMG!!)

Baru reda sedikit dengan isu penggunaan kalimah ALLAH di kalangan masyarakat bukan Islam , sekarang timbul pula isu penggunaan  perkataan OMG (Oh My God).  Kalimah ini amat popular di kalangan orang muda dan remaja terutama yang berpendidikan bukan dari aliran agama.


Persoalaanya, ada yang berkata "bolehkah orang Islam menggunakanya?"atas alasan konon God itu Tuhan dan Tuhan itu banyak.  Selama ini orang melayu selalu meng

Saturday 21 May 2011

MUBAHALAH (SUMPAH LAKNAT)

Mubahalah dari sudut syarak adalah, “saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati” [Tahrir Alfaz At-Tanbih : 1/247]

DALIL MUBAHALAH
Firman Allah;

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ

Maksudnya;
“kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta".

[Surah Al-Imran : 61]

Rombongan kaum nasara(kristian) datang ke Madinah seramai 60 orang. Sebahagian dari kalangan mereka itu terdiri dari beberapa orang paderi.
Tujuan mereka datang berjumpa sendiri dengan Rasullah s.a.w adalah kerana tidak puas hati dengan sahabat nabi yang telah berdialog dengan mereka di Najran. Selain dari berdialog dengan nabi, mereka juga meminta jaminan keselamatan diri dan agama mereka kerana Islam sudah menguasai bumi arab dan di Yaman yang mana di situ menpunyai penganut kristian.
Mereka berada di Madinah selama 3 hari dan berlakulah dialog dan yang mengambil bahagian ialah hanya 2 orang paderi sahaja. Dalam masa berdialog, Allah telah menurunkan ayat dari surah Ali Imran ayat 59 & 60  menjelaskan berkenaan nabi Isa a.s dan Adam a.s dicipta dari tanah .yang menyatakan “Isa itu macam nabi Adam a.s dicipta dari tanah

Sesungguhnya misal (penciptaan)'Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. (QS. 3:59)
(Apa yang telah Kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Rabbmu, karena itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu. (QS. 3:60) 

Semasa berdialog, nabi berhujah dengan ayat-ayat al-Quraan bab keEsaan Allah dan nabi Isa a.s sehingga mereka sudah tidak boleh menjawab dengan apa hujah pun. Namun demikian, nabi tetap melayan mereka sebagai tetamu dengan menyediakan tempat penginapan (di masjid nabi) dan makanan selama mereka berada di Madinah selama tiga hari itu.
Apabila sampai waktu sembahyang, mereka meminta kebenaran dari nabi untuk bersembahyang dan nabi membenarkan mereka bersembahyang di dalam masjid nabi sehinggakan menimbulkan pertikaian dari para sahabat. Namun nabi menegaskan biarkan mereka bersembahyang kerana Islam tidak mendiskriminasikan hak agama lain. Mereka sembahyang dengan mengadap ke arah sebelah timur.
Apabila mereka enggan menyahut cabaran nabi untuk bermubahalah, walapun sudah tidak boleh menjawab, mereka menyarankan agar nabi memutuskan utusan asalkan tidak memaksa mereka masuk Islam dan bersumpah laknat . Maka nabi memutuskan mereka membayar cukai atau jizziyah dan mereka juga memohon agar diberi jaminan keselamatan terhadap agama, gereja dan paderi-paderi mereka.

Perjanjian Rasullah dengan nasara Najran.
Nabi menulis surat perjanjian memberi jaminan kebebasan mereka mengamalkan agama mereka dan juga memberi jaminan gereja dan rumah-rumah ibadah mereka dan rahib-rahib mereka diberi perlindungan, tidak boleh di ganggu gugat oleh orang-orang Islam atau sesiapa jua.
Perjanjian bukan hanya khusus untuk kaum Najran itu sahaja tetapi seluruh penganut agama kristian kerana dalam surat perjanjian itu menyatakan untuk semua penganut agama kristian.
Peristiwa mubahalah akhirnya tidak berlaku dengan keengganan pihak nasara Najran itu. Dari itu sebahagian ulama' menyatakan bahawa mubahalah itu tidak ujud sebenarnya atau dalam bahasa yang lain ianya di larang dalam syariat Islam kerana apa yang Allah perintahkan kepada nabi itu hanyalah untuk baginda dalam kes mengakhiri dialognya. 
Apa yang di tegaskan dalam Al-Quran bab berdakwah terhadap ahli kitab ialah mengadakan dialog atau perdebatan dengan mereka bukan bermubahalah. Namun ada segolongan ulama' yang lain mengharuskan (membolehkan) mubahalah atau sumpah laknat.,tapi tidak di galakkan. Ini adalah kerana alangkan sumpah sahaja pun tanpa sumpah laknat di peringatkan Allah supaya jangan mudah bersumpah atau melakukanya dan di kaitkan orang yang suka bersumpah itu sebagai golongan munafik.
Berkaitan dengan sumpah laknat itu, ulama'-ulama' meletakan syarat-syarat tertentu untuk melakukanya. Dan antara syarat terpenting sumpah laknat hanya boleh dilakukan dalam perkara yang besar mengenai agama seperti dalam pertikaiaan mengenai ilmu akidah atau mengenai kebenaran sesuatu ajaran , Ia hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang benar-benar berilmu dan di kenali sebagai orang-orang yang bertaqwa. Ia bukanya boleh di lakukan atas perkara urusan peribadi atau jenayah kerana tempat sebegitu adalah tempatnya adalah di mahkamah dan ada prosedurnya. Sebab itu dalam sejarah Islam, amat jarang berlaku sumpah laknat. 
Di negara kita mungkin belum pernah berlaku sebelum sumpah laknat yang di lakukan oleh Datuk Eskay di Masjid Umru bin 'As pada April yg lalu. Apa yg di lakukan oleh Dato Sri Najib di sebuah masjid di kawasan Permatang Pauh semasa PRK kawasan tersebut tahun lalu hanya sumpah biasa (sumpah khasam) begitu juga yang pernah dilakukan oleh Almarhom Tunku Abd Rahman semasa beliau menjadi PM ketika mencabar PAS ketika itu beliau juga melakukan sumpah khasam sambil menjunjung Al-Quran pada tahun 1960, jadi ia bukan juga sumpah laknat.
Sebab itu ulama' tersohor dunia Dr Yusuf Al Qardhawi berkata:

وقال القرضاوي خلال حوار مع شبكة "أون إسلام": "أنا لست مع الدعوة للمباهلة، فالمباهلة تكون مع أناس عقلاء متدينين، يخافون عقاب الله، ويحذرون نقمته، كما كانت المباهلة بين النبي وبين نصارى نجران، وهم قوم متمسكون بعقيدتهم، وأهل حِجاج، ونقاش، وفيها نزل قوله تعالى: "فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ" (آل عمران: 61).

Maksudnya;
“Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik; yang beragama. Mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah [kepercayaan] mereka, dan mereka adalah ahli Hujjah. Lantaran, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 61[1]”

Melihat kepada kata-kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja.

Wednesday 18 May 2011

Shopping makes women feel guilty, study shows

Nearly half of all women in Turkey feel guilty after shopping, thinking that they spent money unnecessarily, a survey carried out by Denizli-based Pamukkale University has found.
The head of the university's sociology department, Professor Mehmet Meder, told the Anatolia news agency that the survey was conducted on 2,000 individuals in various Turkish provinces to understand why people go to shopping centers and how they feel about shopping. “We asked what shopping malls mean to people in their individual lives,” he said.
“A total of 44.7 percent of the women we surveyed feel guilty after shopping while 52.3 percent of men said they feel no such guilt. The women said they feel guilt thinking they bought something unnecessary,” Meder said.
The professor noted that 41.3 percent of the respondents said they are happy while shopping, while 16.3 percent said they are excited and 12.3 percent said they are stressed.
“The general picture shows that people are generally happy with shopping. We found that women are happier while shopping. Fifty-three percent of the women said they are happy while shopping, while 42.3 percent of men said the same,” he added

Click here for the original article.

Tuesday 17 May 2011

Tiada istilah REHAT dalam Perjuangan Islam

Rasulullah S.A.W dan para sahabat tidak pernah rehat atau cuti sebaliknya terus istiqomah menyebarkan risalah Islam sehingga Baginda wafat, justeru, sebagai pejuang Islam, Baginda merupakan ikon terbaik untuk dijadikan contoh ikutan sepanjang zaman.
Setiap pejuang Islam tidak kira di mana peringkat sekalipun mesti meletakkan perjuang Islam sebagai keutamaan dalam  hidupnya, kerehatan hanya apabila nyawa bercerai daripada  badan, selagi nyawa masih ada jangan sekali-kali kita melalaikan tanggungjawab yang sangat besar.
Memang tidak di nafikan ada kalanya kita menjadi serba salah apabila berada di persimpangan antara kepentingan peribadi dan jemaah, jika kita berdepan dengan situasi  ini maka kebijaksanaan kita akan menentukan mana satu yang wajar didahulukan. Kita perlu  bertindak dengan bijak bagi mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin supaya tidak mengenepikan sama sekali kepentingan perjuangan Islam ini meski pun kepentingan peribadi juga perlu di ambil kira. Begitulah yang di tegaskan oleh YB Siti Zailah, Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap timbalan ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Johor baru-baru ini.
Dari apa yang telah di ucapkan oleh YB Zailah itu, mencerminkan keperibadian beliau sebagai seorang pejuang dalam jamaah Islam. Walaupun memegang jawatan-jawatan penting dalam Parti dan begitu sibuk sekali  tetapi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tetap terlaksana dengan baiknya. Sikap inilah yang perlu ada pada setiap muslimat yang ingin berjuang dalam perjuangan Islam dan sekaligus layak meletakkan diri sebagai Mujahidah Jadidah...

Friday 13 May 2011

Muqadimah

Sekapur Sireh Seulas Pinang.....

PERJUANGAN BERTERUSAN.....

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ ۝

تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ۝


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  ۝
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).  ۝
Seorang muslim yang sebenar ialah yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam samada di di segi akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.
Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah.

Keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.

Gerakan perjuangan Islam adalah bersifat dinamik dan bukan statik. Perjuangan Islam juga berasaskan prinsip menegakkan keadilan sejagat tanpa batasan suku kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya.

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dalam kehidupan masyarakat dan negara.

Allah s.w.t. menuntut agar agamaNya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Allah merestui orang yang berjuang pada jalanNya di dalam satu saff. Ini menunjukkan wajib berpendirian teguh, menetapkan pendirian dan konsisten mempertahankan prinsip Islam. Semoga kita semua di beri Allah kekuatan, taufik serta hidayahNya dalam berjuang menegakkan kalimahNya dimuka bumi ini...