Wednesday 27 July 2011

RAMADHAN PENYUCI JIWA


Hati merupakan raja yang memberi arahan penting kepada tingkahlaku atau akhlak manusia.   Rasulullah saw berkata, “Ketahuilah, di dalam jasad manusia ada segumpal daging. Apabila keadaan nya baik, akan baik pula semua jasadnya. Apabila keadaan nya buruk, akan buruk pula semua jasadnya. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati”.  Hadis riwayat Muslim.

Diambang Ramadan tahun ini, hati adalah objek utama yang harus diberi perhatian.  Peranan kita di bulan yang suci ini adalah membersihkan hati dari kotoran mazmumah yang bolih menghalangi kekhusyukan dalam beribadah kepada Allah swt.
Apabila disebut ibadah, kita perlu melihat dalam skopnya yang luas.  Dalam  kontek ini, satu perkara yang perlu di tegaskan  ialah ibadah memegang amanah kepimpinan.  Benar sekali, mereka yang terlibat memegang amanah orang ramai tidak dapat berpuasa dari menunaikan hak-hak awam meskipun dalam bulan puasa.
Kedapatan sesetengah umat Islam dikalangan kepimpinan Gerakan Islam  yang mana tugasan mereka begitu murni di sisi Islam, namun sikap  mereka tidak mencerminkan syaksiah atau peribadi mulia yang diajar olih Islam yang di contohkan olih RSAW.  Sebagai contoh, ada diantara mereka  susah memberi senyuman  dan beramah mesra , ada pula yang tidak sanggup  mengucapkan salam atau menghulur tangan bersalaman dengan orang bawahan.  Lojiknya, jika mereka meyakini bahawa tugasan kepimpinan mereka  merupakan ibadah di sisi Allah, jiwa mereka akan tenang, mudah mesra dan bertegur sapa dengan orang ramai. 
Jika dengan sebab memegang amanah kepimpinan itu ia tidak mendapat  ketenagan jiwa, bermaknalah ada  sesuatu yang tidak kena pada ‘raja’ dalam diri.  Maka setiap pemimpin harus membetulkan  kepincangan diri agar ia dapat diperbaiki sebelum dijemput Izrail.  Sudah pasti setiap penat lelah, setiap peluh yang mengalir dan wang yang disumbangkan, kita mengharapkan laba yang menguntungkan di akhirat kelak. 
Peluang menyucikan jiwa di bulan Ramadan tahun ini harus dimanfaatkan sepenuhnya di samping menunaikan tanggugjawab harian.   Susuli semula sirah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w serta berusaha meneladani baginda bagi membaik segala kelemahan diri. 
Kalau umapamanya seseorang pemimpin itu  yang berkira dari sudut kewangan, maka ia harus perbanyakkan bersedekah. Di dalam bulan Ramadhan ini Nabi paling banyak bersedekah.  Begitu juga jika yang mengharapkan orang lain yang akan mengucapkan salam terlebih dahulu tatkala berjumpa, maka ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah didahului dalam memberi salam meskipun di dalam mimpi. 
  Jika kita rasa kita hebat kerana kita diberi jawatan, maka kita perlu tukar rasa hebat itu kepada rasa rendah diri kepada Allah.  Kita harus tahu bahawa amanah jawatan hanyalah ujian dari Allah untuk menguji kita, adakah kita bertambah tawaduk atau membesar diri.  Jika kita merasa lebih baik dari orang lain kerana mendapat jawatan tertentu, kasihanilah diri kita yang telah tertipu dengan mainan iblis.
Kita harus mengingat semula bahawa Allah tidak melihat apakah kedudukan kita di mata manusia, tetapi Allah menilai apakah hati kita bertambah dekat denganNya. Nilai semula segala nikmat yang dikurniakan Allah adakah menyebabkan hati bertambah tunduk dan patuh atau sebaliknya. 
Firman Allah yang bermaksud :“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka kepada Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diberikan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik”. (Al Hadid:16)
Penulis:ummu abbas & ummu ubaid
Editer:ummu ubaid
 27/7/2011

Friday 22 July 2011

BERSIH 2.0 Melestari Tuntutan Amal Ma'aruf nahi Mungkar

apakah ini satu ulusi atau realiti??

Masyarakat di seluruh dunia dapat menyaksikan  kebangkitan dan kesedaran rakyat Malaysia menuntut  pilihanraya yang adil dan bersih . Setelah lebih 50 tahun hak mereka dicabuli oleh para pemimpin UMNO-BN yang rakus dan zalim di negara ini.
Mulai Januari 2011 kita menyaksikan beberapa negara Arab diAsia Barat dan Afrika , bangkit menenetang rejim zalim yang sekian lama berkuasa, menyeksa, memenjara dan menghalang aspirasi politik yang adil dan bersih sudah mula ditumbangkan. Bermula dari Tunisia, Mesir, Libya dan merebak ke Yaman dan Syria dan kini terus bergolak. Beberapa orang penguasa telah jatuh dan yang lain sedang hidup di ambang kejatuhan atau ketakutan. Maka, di dalam usaha untuk mempertahankan sisa-sisa kekuasaan yang ada, seluruh kekuatan polis dan tentera dikerahkan oleh para penguasa zalim ini untuk melakukan kekesaran dan keganasan terhadap rakyat yang mem protes dan  terhadapnya. Kini, senario yang hampir sama sudah boleh disaksikan di Malaysia  seperti  yang telah berlaku pada 9 Julai 2011 yang lalu.
Peristewa 9 Julai menyaksikan bagaimana keganasan dan kekejaman polis terhadap rakyat yang mendokong gerakan BERSIH 2.0 yang telah di haramkan olih kerajaan UMNO-BN dan di nafikan pula hak untuk berhimpun di mana-mana stadium termasuk Stadium Merdeka. Padahal sebelum ini Perdana Menteri telah menawarkan supaya BERSIH 2.0 berhimpun di stadium dan membatalkan perarakan ke Istana Negara. Sebaliknya setelah BERSIH 2.0 setuju menerima nasihat yang di titah olih Yang DiPertuan Agong, tiba-tiba perdana menteri mengarahkan polis agar tidak mengeluarkan permit. Seluruh bandaraya Kuala Lumpur di sekat dan di kunci. Namun iltizam dan semangat rakyat tidak dapat dibendung menyebabkan beberapa tempat yang di sekat itu di banjiri olih rakyat  ,yang jumlahnya tidak kurang dari 50,000 orang. 
Tindakan kerajaan dan alat-alatnya jelas mengambarkan sikap sembah derhaka terhadap  SPYD  Agong yang menitahkan agar kerajaan berunding dengan rakyat dan menunaikan amanah dengan adil dan bijaksana, apatah lagi terhadap Allah yang memerintahkan hambanNya yang diberi amanah agar menuanaikannya   dan menjalankan hukum dengan adil . Firman Allah yang bermaksud:
 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil…(An-Nisa’:58)
Pak Samad turu menjadi mangsa kezaliman Polis-UMNO
Perhimpunan BERSIH adalah pernyataan pendapat serta sikap rakyat Malaysia yang membenci kemungkaran politik serta penipuan pilihanraya yang begitu berleluasa. Kesemua penipuan ini adalah untuk memastikan  rejim BN  untuk terus memerintah dengan cara korupsi dan kemungkaran yang menjadi amalan mereka.
 Perhimpunan  BERSIH2.0  ini bukan sahaja selaras dengan  Deklarasi Hak Asasi Manusia dan peruntukan  Perlembagaan Malaysia, perkara(10 )fasal(2),(3)dan (4)Perlembagaan Persekutuan.  Bahkan juga ianya dalam kontek Islam merupakan satu tuntutan untuk menghapuskan kemungkaran , kezaliman,penginanyaan.dan   memerintah menegakkan keadilan dan menjalankan amanah dengan sebaik mungkin di dalam pentadbiran Malaysia.  Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:.
 Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.(Ali Imran:104)
rakyat di nafikan hak mereka malah di zalimi pula
Maka jelasnya, gerakan kempen BERSIH 2.0 ini berobjektif membela rakyat yang di nafikan hak-hak mereka.  Justeru  demi masa depan genarasi muda , anak cucu  kita serta rakyat di Malaysia amnya.
ummu ubaid 23/7/2011

Wednesday 20 July 2011

BAHAYA MENABUR FITNAH

(sumber dari Brunei) 
Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hambanya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Quran, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.
Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta adalah untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, samada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.
Ahli jumaat yang dirahmati Allah,
Kita perlu mengetahui fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan sesuatu pihak yang dilakukan samada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerakan dan sebagainya, samada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.
Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:
"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".
Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:
"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".
Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Memang tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, samada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai makan dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri kita daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasik dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.
Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari samada benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 21, tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".
Ahli jumaat yang dirahmati Allah,
Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Oleh itu jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.
Jika difikirkan, apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ia tidak lain hanyalah mengembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah diperdaya oleh syaitan sehingga mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara, begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebarkan khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak, maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan kententeraman awam.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu perisriwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam, yang lebih dikenalkan dalam kitab-kitab 'Sirah' Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai 'Hadisul Ifkhi', bila mana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam iaitu Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha.
Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah difitnah oleh orang-orang 'munafik' yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Al-Muathal. Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Nuur ayat 19, tafsirnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".
Muslimin yang berbahagia,
Membuat fitnah itu dipandang berat dan berat dan dilarang oleh agama islam sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab diakhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada hari kiamat.
Akhirnya peliharalah diri dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram, dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Yarabal Alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 tafsirnya:
"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".
(Teks khutbah Jumaat di atas dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam yang dibacakan di seluruh masjid negara itu pada 10 Jun lalu. Rujuk: http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=464)

Monday 18 July 2011

Dr Lo'lo' yang saya kenali.


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 19, 11
8:46am
Kongsi 689
Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.
Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.
Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis dan surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini, lewat petang semalam

Friday 15 July 2011

Sambutan 'KUNING' untuk Najib


Jul 15, 11 2:43pm

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

NONEMereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).
NONEMereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.
Diiringi Rosmah

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.
najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabethNajib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.
Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.
Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. 
(sumber malaysiakini)

Saturday 9 July 2011

Gugurnya sebagai WIRA- Mangsa Gas pemedeih mata di KLCC

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.

Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas
 

Friday 8 July 2011

Malaysia Negara Polis hari ini...

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:
9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.
9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.
9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.
9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.
9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.
9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.
9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.
9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.
9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.
8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.
8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.
7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

Tuesday 5 July 2011

PEMIMPIN YANG ADIL LAGI BIJAKSANA...DAULAT TUANKU.

ummu ubaid-5/7/2011

Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, niscaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara.

Oleh karena itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. 

Selain beriman, seorang pemimpin juga harus adil:



Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):


1. Imam/pemimpin yang adil

2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah

3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid

4. Dua orang yang bercinta-cintaan karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah pun karena Allah

5. Seorang pemuda yang diajak (berbuat serong) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”

6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahasia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya

7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (dzikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya.

(HR. Bukhari dan Muslim)


“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan sebagai saksi karena Allah. Dan janganlah rasa benci mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah 5

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.

Pakatan Rakyat  ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.