Tuesday 21 May 2013

CAMAR YANG PULANG PART II

Kalah  dalam pilihanraya tetapi menang dalam berjihad.  Alhamdulillah ramai warga emas, OKU, ibu tunggal serta golongan miskin dapat di santuni dengan kadar kemampuan diri dan jamaah.  Semoga semua bantuan dan perkongsian ilmu yang di hulurkan  bersama- sama dengan para petugas parti di terima Allah swt sebagai amal jariah dan ilmu yang bermunafaat.

Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara.
I) Ilmu yang munafaat yang telah di sampaikan.
2) Sedekah jariah kerana Allah.
3) Anak yang solih yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya.

Gambar-gambar  aktibiti di sepanjang kempen PRU 13 di parlemen Jempol.

Sunday 19 May 2013

Camar yang pulang

Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Setelah berada di perantauan bertahun-tahun lamanya, menuntut ilmu serta pengelaman kini insan terpilih ini kembali ke kampung halaman bonda tercinta.  Kepulangannya membawa seribu harapan  dan makna.

Dari dunia hiburan terjun ke politik bukan satu perkara yang mudah jika tidak ada kecekalan, ketabahan serta jihad yang tinggi dalam diri.  Demi tuntutan jama'ah  dan harakah Islamiah , maka amanah yang berat ini di terima dengan penuh redha. Itulah WAN AISHAH BT WAN ARIFFIN  yangmana ibunya berasal dari Bt. Kikir, Jempol, Negeri Sembilan.
Pada 5 April 2013 jumaat merupakan detik bersejarah apabila di umumkan sebagai calon parlemen Jempol P127. Majlis berlangsung di Muasasah Darl Syarif Bt Kikir. Majlis bertambah berseri apabila turut di hadiri olih Dato Setiausaha Agung, Timbalan Presiden PAS dan juga mantan Naib Presiden Al Fadhil Us Ahmad Awang. Alhamdulillah proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan teratur, tiada bantahan atau pembatalan dari pihak SPR. Maka rasmilah P127 JEMPOL di wakili olih Wan Aishah bt Wan Ariffin dari PAS melawan Tan Sri Isa Samad dari BN. Gambar-gambar di sekitar hari penamaan calon.

Tuesday 7 May 2013

Tokguru bersara

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia



26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.


2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.


3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.


4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.


5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.


4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.


5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.


6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.


7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.


8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).


9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.


Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.

Friday 1 February 2013

Kepimpinan Rasullullah saw


Kepimpianan Rasullallah di segi politik dan pemerintahaan

Baginda di utuskan  olih Allah sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam.  Sebagaimana firman Allah :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al Anbiya':107)
Ini bermaknanya  Islam itulah suatu Rahmat bukan hanya kepada manusia tetapi kepada seluruh alam. Apa itu Rahmat? Rahmat adalah  segala kebaikan yang dikurniakan Allah untuk kebaikan manusia dan seluruh makhluk ciptaan Nya.  Ini bermakna Islam yang di utuskan olih nabi muhammad saw untuk membawanya kepada seluruh umat manusia adalah merupakan nikmat kebaikan yang dapat di nikmati olih manusia dan seluruh alam bukan hanya untuk sekelumpuk orang-orang yang tertentu  atau kaum dan bangsa tertentu sahaja.

Islam adalah addin yang sempurna dan lengkap dengan segala peraturan, hukum-hakam, perintah suruhan dan larangan seperti yang terkandung dalam alquraan dan terlaksana dengan segala tindakan, perbuatan dan perkataan serta perakuan RSAW selama kira-kira 23 tahun.
Firman Allah  :
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا :
yg bermaksud: " Pada hari ini Aku lengkapkan untuk mu agama mu dan Aku sempurnakan pemberian nikmat Ku keatas mu dan Aku redha Islam itu sebagai agama kamu."(al maidah:3)

Allah memberi pengiktirafan yang sedemikian itu pada hari Arafah tahun ke 10 Hijriah hanya kira-kira 3 bulan sebelum RSAW wafat.  Allah memberikan pengiktirafan bahawa Islam agama yang di redhai Nya kerana RSAW telah melaksanakan segala peraturan dan hukum hakam yang di perintahkan Allah yang meliputi seluruh perkara yang berkaitan urusan dunia dan akhirat.  Olih yang demikian Islam merupakan satu Rahmat Allah yang dapat di nikmati olih manusia setelah terlaksananya Islam sebagai addin, iaitu apabila RSAW berjaya menegakkan satu pemerintahaan yang bermula selepas hijrahnya baginda ke Al Madinah Al Munawwarah,(yang sebelumnya benama kota Yatrib).

Dengan tertegaknya pemerintahan Islam di bawah pimpinan RSAW , maka kira-kira 8 tahun kemudian tumbanglah kuasa arab jahiliyah yang berpusat di Makkah di bawah teraju pimpinan kaum musyrikin Quraisy. Hanya kira-kira 2 tahun tumbang kekuasaan arab jahiliyyah yang berpaksikan fahaman assobiyyah perkauman, seluruh semenanjung tanah arab akur kepada pemerintahan Islam di Al Madinah dan berduyun-duyunlah penduduknya memeluk agama Islam. Maka seluruh penduduk tanah arab dapat menikmati Rahmat Allah dengan kurniaan Islam yang lengkap dan sempurna sebagai undang-undang dan peraturan hidup yang berteraskan kepada akidah tauhid .  Maka lahirlah sebuah masyarakat baru yang hidup dalam harmoni, bantu membantu, berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan.  Terbentuklah masyarakat berakhlak mulia yang bercirikan ketaqwaan, persamaan tanpa membezakan keturunan, kerana orang yang lebih mulia hanya orang lebih ketaqwaan kepada Allah.  Sebagaimana firman Allah :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ :
 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al Hujjarat:13)

Dengan terlaksananya pemerintahaan Islam di bawah pimpinan RSAW, terhapuslah segala ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliyyah arab quraisy yang berpusat di Makkah.  Maka berakhirlah gejala-gejala keruntuhan akhlak seperti zina, minum arak, judi, budaya membunuh anak perempuan kerana takut di timpa kehinaan dan membunuh anak lelaki kerana takut di timpa kemiskinan.  Demikian juga tamatlah riwayat penindasan dan kezaliman olih pihak yang berkuasa yang memerntah hanya mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri dan puak masing-masing. Demikianlah juga tamatlah riwayat permusuhan dan perseteruan serta budaya membalas dendam diantara satu suku dengan yang lain.  Kesemua gejala-gejala keburukan dan kezaliman tersebut, terhapus dengan kedatangan Islam yang membawa hak persamaan antara sesama manusia di hadapan peraturan dan undang-undang Allah yang di bawa olih RSAW.

 Maka terserlahlah Islam sebagai Rahmat kerana keadilan, peraturan dan hukum hakam Islam dan ketaqwaan pada penganutnya terutama sekali RSAW seorang yang sangat berlaku adil kepada seluruh rakyaat di bawah pemerintahaannya dan seorang yang paling taqwa pada Allah swt.

Demikianlah secara ringkasnya kita dapat melihat dan menyaksikan bagaimana kepimpinan RSAW yang begitu hebat dari segi politik dan pemerintahaan .   Hanya dalam masa kira-kira 10 tahun baginda membentuk dan mentadbir sebuah negara , telah berjaya menumbangkan pemerintahaan quraisy yang telah bertapak beberapa dekad di Makkah dan  mempengaruhi seluruh semenanjung tanah arab.  Kejayaan baginda bukan sekadar menjadikan seluruh semenanjung tanah arab menyatakan kesediaannya kepada pemerintahaan Islam, malah RSAW berjaya meletakkan pemerintahaannya seganding dengan dua pemerintahaan empire Rome Benzyantina dan Parsi.  Ini terbukti apabila RSAW mengutus surat kepada raja dan pembesar Rome, dan raja serta pembesar Parsi dan raja negeri Habsyah.   Baginda menghantar beberapa orang sahabat menemui raja-raja  dan pembesar-pembesar bekenaan yang dapat di umpamakan sekarang sebagai para diplomat.  Demikianlah kehebatan kepimpinan RSAW di bidang politik dan pemerintahan di peringkat negera dan anatarabangsa.

Bila hijrah, langkah pertama nabi mendirikan masjid iaitu satu instituisi ummah untuk rakyat berhimpun bagi masyarakat muslim, masjid sebagai pusat pentadbirannya. Selepas itu mempersaudarakan muhajirin dan ansar yangmana sebelum itu nabi mempersaudarakan aush dan khadrajj sebelum berhijrah, berbaiah dan menjadikan mereka satu pasukan. Mengiktiraf seluruh penduduk madinah Islam dan bukan Islam khasnya kaum yahudi sebagai rakyat Madinah yang di beri jaminan hak dan melindungi hak-hak mereka keseluruhanya, sosial, ekonomi, akidah mereka. Pengkaji-pengkaji politik bersetuju mengatakan perlembagaan Madinah "piagam Madinah -sohifah Madinah"itu perlembagaaan bertulis pertama di dunia.(1st writen consitutisi in the world). Sebelum itu pemerentahaan kuasa besar seperti Rome  dan Parsi tidak ada perlembagaan bertulis, ini kerana mereka menggunakan pemerintahan beraja, yangmana arahan raja itu lah ikutan mereka.




Thursday 17 January 2013

LISTEN! LISTEN! LISTEN


If you want people to LISTEN to you, then you have to LISTEN to them first. Be a good LISTENer and you will be respected despite having a degree or O levels.

As a malay proverb says:
BUDI BAHASA BUDAYA KITA:

The event that happened recently at UUM proves that UMNO is desperate.
Apa yang telah berlaku di UUM baru-baru ini menampakkan dengan jelas bahawa UMNO sudah terdesak untuk menarik sokongan mahasiswa dalam memenangkan PRU13 nanti.
 
Sikap dan akhlak Syarifah Zohra Jabeen tempohari amat memalukan wanita seluruhnya khasnya wanita Islam. Islam mengajar umatnya berakhlak baik sebagaimana contoh yang di.bawa olih RSAW . Semoga dengan kejadian ini memberi inspirasi dan semangat baru pada seluruh mahasiswa untuk berfikir dan bertindak lebih matang dalam menghadapi cabaran .mehnah dan tribulasi masakini. Seterusnya melahirkan pemimpin berwibawa negara.

Monday 14 January 2013

PERIGI MENCARI TIMBA

Nabi S.A.W menjelaskan bahawa perkahwinan adalah sunnahku. Barangsiapa tidak suka dengan sunnah ku maka dia bukan dari sunnahku. Soalnya jelas dalam Islam bernikah itu adalah cara hidup Islam malah Allah menjadikan haiwan pun supaya melakukan perkahwinan iaitu hubungan kelamin bagi mengembangkan zuriat keturunan makluk-makluk beAdam dan pasanganya Hawa. Dari pasangan tersebut maka bertebaranlah manusia di muka bumi. Sebagaimana firman Allah:

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا 
 (An Nisa':1)
 yang bermaksud:” Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Allah menyebut dalam alquraan dari pasangan lelaki dan perempuan melalui nikah, manusia mendapat ketenangan ,kemesraan dan menyambung kasih sayang . Tanda-tanda kekuasan Allah mejadikan manusia berpasangan-pasangan seperti dalam surah ar Rom :
  
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
(Ar Rum:21)
yang bermaksud : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

kesimpulan perkahwinan itu satu keperluan hidup manusia yang di fitrahkan Allah.
Sebab itulah dalam Islam , Allah mensyariatkan perkahwinan dengan memberikan garis panduan dan peraturan yang terperinci seperti terkandung dalam ayat-ayat surah an nisa', surah al Tholaq dan beberapa ayat dalam surah al Baqarah begitu juga dalam sunnah RSAW yang memberikan berbagai-bagai panduan termasuk dalam memilih pasangan dan jodoh.

Dari segi perinsipnya tuntutan menikah/berkahwin adalah meliputi lelaki dan wanita. Bahkan Islam memberikan hak yang sama samada lelaki atau wanita dalam memilih pasangan mereka. Bagaimana pun amalan yang berlaku dalam masyarakat manusia sebelum kedatangan Islam , bahkan dalam masyarakat Islam pada asasnya kaum lelakilah yang mengambil tindakan untuk mencari pasangan atau dalam bahasa yang digunakan meminang pihak wanita. Pertama sekali kerana tanggungjawab membiayai perkahwinan dan kehidupan berumahtangga terletak diatas bahu kaum lelaki. Ini tidak di nafikan memang ada golongan tertentu yang meletakkan tanggungjawab keatas wanita tetapi bilanganya amat kecil dan tidak diambil kira dalam menentukan peraturan dan sistem untuk semua masyarakat sejak zaman berzaman. Islam datang menerima amalan tersebut kerana ia adalah merupakan agama fitrah yang Allah turunkan sesuai dengan fitrah yang di ciptakan Nya. Namun, amalan sedemikain tetap memberikan hak sepenuhnya kepada wanita untuk menerima atau menolak tawaran perkahwinan dari pihak lelaki. Malah Islam memberi hak untuk membatalkan perkahwinan itu jika dilakukan dalam paksaan olih pihak walinya.

Berkaitan dengan soal “perigi mencari timba”..tidaklah menjadi satu kesalahan dalam Islam walaupun ia perkara yang bolih dilihat berlainan dari amalan kebiasaan masyarakat. Dalam kontek masyarakat kita hari ini dimana kaum wanita(muslim) ramai yang tidak berumahtangga , mungkin disebabkan kerana mereka tidak mahu berkahwin. Mereka tidak di pinang olih kaum lelaki yang mungkin takut atau bimbang untuk menjadikan mereka yang berkenan sebagai pasangan disebabkan latar belakang sosio ekonomi wanita itu yang lebih tinggi. 

Dalam hal seperti ini memang ada kewajarannya diperkenalkan amalan “perigi mencari timba”. Tetapi sudah pastinya lah dengan Saidatina khatijah binti khuawlid bolih di umpakan sebagai perigi mencari timba. Akan tetapi tidaklah pula Saidatina khatijah sendiri yang menenui Rasullah(masa tu belum jadi nabi)bahkan keluarganya khatijah sendiri yang menemui keluarga nabi dan kemudianya pihak keluarga nabi yang datang membuat pinangan. Ini bolih ditafsirkan bahawa kelaurga wanita bolih merisik dahulu untuk mempastikan pihak lelaki bersikap positif untuk melakukan peminangan.

Untuk memilih pasangan menurut Islam samada lelaki atau perempuan telah ada panduan yang jelas. Iaitu mengutamakan seorang yang berpegang teguh dalam agama dan berakhlak mulia. Selain daripada itu di ambil kira juga kesesuaian stastus sosial atau sosial ekonomi dan rupa wajah perawakan seseorang bagi kedua-dua belah pihak.

Berhubung dengan mahar, tidak timbul dengan pandangan remeh atau tidak kerana itu merupakan kewajipan pihak lelaki dalam menyempuranakan pernikahan. Sehinnga di sebutkan dalam upacara ijab kabul dalam akad nikah. Ada pun soal perbelanjaan hantaran, hadiah itu persoalan yang berkaitan dengan adat orang melayu, namun jika belanja hantaran perkahwinan itu membebankan seseorang yang bakal melakukan pernikahan ianya bolih terus menyebabkan ramai kaum lelaki yang tidak mampu menikah. Inilah yang akhirnya membawa gejala ramainya wanita menjadi andartu dan kaum lelaki membujang sehingga ke tua.

Disebabkan pengaruh-pengaruh sosial dan kebebasan pergaulan dalam masyarakat , tidak dinafikan gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat Islam dalam negara kita, antaranya disebabkan ramainya lelaki dan wanita yang tidak berkahwin. Jika masyarakat melayu masih memandang perigi mencari timba sebagai mengaibkan , padahal ianya dilakukan dengan kaedah dan cara-cara yang pihak lelaki sendiri yang datang membuat pinangan sebagaimana berlaku kepada saidatina khatijah. Justeru maka ia adalah satu pandangan yang salah semata-mata kerana berpegang kepada adat yang bercanggah dengan syarak. Pada hal hari ini masyarakat seperti tidak memandang aib pun pada wanita yang berpasang-pasangan keluar bebas kesana kemari dengan pasanganya yang konon akan menjadi pasangan hidupnya. Tambahan pula baru menjadi tunang secara rasmi sudah dianggap sebagai pasangan suami isteri. Mana kah lebih baik di adatkan perigi mencari timba daripada di adatkan amalan maksiat pergaulan bebas yang akhirya akan membawa kepada perbuatan terkutuk dan dosa besar.

(Ummu ubaid)

artikal ini telah terbit di majalah Era Muslimah bil 12