Thursday 22 October 2015

Senarai Pengkhianatan Hj Hadi

Senarai pengkhianatan Hj Hadi dalam Pakatan Rakyat

Oleh: M S Ibrahim Al-Malbar

PUNCA SEGALA MASALAH DALAM PAKATAN RAKYAT ADALAH DARIPADA HAJI HADI AL-MARAKBAR WAL BARUA WAL BROKER WAL TOLOL, INI FAKTANYA:-

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga...

Di atas itu adalah fakta....

SUMBER
http://thecybersniper.blogspot.my/2015/06/senarai-pengkhianatan-hj-hadi-dalam.html

Wednesday 21 October 2015

Kelebihan berpuasa pada Hari ASYURA

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Selamat berpuasa sunat bagi mereka yang sempat berpuasa hari Khamis (9 muharram - 22 Okt) dan Jumaat (10 Muharram - 23 Okt). Imam Syawkani & Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Ganjarannya ?

Abu Qatadah al-Ansari radiallahu ‘anhu berkata:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ ” يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Baginda ditanya tentang puasa hari Asyura. Baginda menjawab: ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.

[Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 2603]

‘Abdullah bin ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata:

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Apabila Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa di hari ‘Asyura dan menyuruh manusia berpuasa padanya. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya ia merupakan hari yang orang Yahudi dan Kristian agungkan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Pada tahun hadapan, Insya-Allah kita akan berpuasa pada hari kesembilan Muharram. Akan tetapi, pada tahun berikutnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah meninggal dunia. [Sahih Muslim, Kitab al-Siyyam, hadis no: 1916]

Tuesday 20 October 2015

MENGAPA SAYA MERAGUI 'FATWA'

MENGAPA SAYA MERAGUI 'FATWA' PENGHARAMAN PARTI BARU?

Saya mengambil maklum bahawa Tuan Guru Hj Abd Hadi dalam satu ceramahnya telah meriwayatkan satu fatwa daripada al-Qaradhawi yg mengharamkan penubuhan parti baru, berdasarkan kepada konteks ayat, parti tersebut tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada AMANAH.

Susuk tubuh Tuan Guru cukup saya sanjung sebagai ulamak yang memimpin umat dalam politik, namun ‘fatwa’ al-Qaradhawi tersebut nampak sangat meragukan dengan manhaj yang beliau pegang dan ajar, sekurang-kurangnya dari beberapa sudut di bawah:

1)Al-Qaradhawi seorang yg cukup cermat. Beliau bukan jenis ‘ulamak kepalang tanggung’ yg suka mengharamkan sesuatu yg tidak jelas dalilnya dan ghairah melihat orang masuk ke neraka. Sikap cermat dan berhati-hati beliau dapat dilihat melalui manhaj yg ditulis dengan panjang lebar pada pendahuluan ‘al-Halal wa al-Haram fi al-Islam’. Beliau menegaskan bahawa pengharaman sesuatu perkara, benda dan urusan yang bersifat Mu’amalat (lawan bagi Ibadat) mesti punya dalil yg 'soreh' (jelas) lagi 'soheh', ada pun dalil yang tidak soreh lagi soheh, maka ia kekal dibolehkan. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s. 20. Al-Maktab al-Islami, 1980).

Oleh itu sangat aneh di sebalik sikap cermat yang ditunjukkan, tiba-tiba beliau menfatwakan haram menubuhkan parti baru, tanpa diketahui dalil yg soheh lagi soreh mana digunakan, dan melawan manhaj yang selama ini beliau julang.

2)Fatwa tersebut kontradik dengan tulisan beliau. Al-Qaradhawi sangat terbuka dengan kepelbagaian gerakan dan parti Islam, ini dapat dilihat daripada “Fiqh Dawlah”, beliau berpendapat bahawa kepelbagaian parti dalam politik adalah seperti kepelbagaian mazhab dalam fiqh (Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam, m.s. 151. Dar al-Shuruq, 2001).

Jika keharaman menubuhkan parti Islam baru itu sesuatu yang menjadi pegangannya, pastilah penubuhan Parti al-Nur di Mesir lebih awal difatwakan haram, namun itu tidak berlaku.

3)Al-Qaradhawi seorang yang cukup teliti. Beliau bukan jenis orang yg suka menjawab fatwa dengan ringkas. Manhaj ini dapat dilihat jelas dalam “Fatawa Mua'sirah”, beliau menjawab soalan dengan terperinci, berkajang muka surat dikarang hanya untuk menjawab satu soalan pendek. Jika satu permasalahan itu haram hukumnya, beliau tidak hanya menulis “Haram”, tetapi diperincikan keadaan dan situasi.

Oleh itu kita mohon supaya didedahkan jawapan penuh beliau, beserta soalan yg dihantar. Ini penting supaya kita dapat mengetahui letak duduk perkara ini dengan jelas.

Saya bukanlah ahli AMANAH, hanya peminat al-Qaradhawi semenjak belasan tahun dahulu, ‘fatwa’ yang dahsyat sedemikian rupa mesti dibuktikan supaya tiada salah faham terhadap beliau, yang selama ini terkenal mempromosikan manhaj al-Wasatiyyah dan sikap toleransi dengan perbezaan.

Shahir Arifin Ahmad Fadzil
20 Oktober 2015

PAS SEPANG

Monday 19 October 2015

Kehadiran AMANAH Merupakan Satu Perubahan Yang Baik - Hassan Mahmud Al-Hafiz Kepimpinan Pas perlu berubah  SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan.  Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan).  Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan.  “Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu.  “Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?” katanya ketika ditemui Sinar Harian.  Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan.  Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat.  “Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang mereka luahkan,” katanya.  Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang.  Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku.  “Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut,” katanya.  Dalam pada itu, Hassan yang juga ahli Pas juga turut memaklumkan bahawa kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arena politik tanah air bertujuan bagi menunjukkan kepada Pas yang parti berkenaan bakal kekeringan golongan pemimpin akademik.  Hassan berkata, sekiranya ahli di dalam Pas berpecah, mereka masih mempunyai Amanah sebagai platform bagi meneruskan perjuangan politik.  “Ulama pernah berpesan, perpecahan kerana ingin bersatu itu lebih baik dari bersatu kerana hendakkan perpecahan.  “Kehadiran Amanah dalam politik tanah air adalah merupakan satu perubahan yang baik di samping melahirkan pemimpin dan pelapis yang hebat,” katanya. -SH

Kehadiran AMANAH Merupakan Satu Perubahan Yang Baik - Hassan Mahmud Al-Hafiz

Kepimpinan Pas perlu berubah 

SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata Pas semakin berada dalam keadaan tenat sekiranya pimpinan parti berkenaan masih tidak mahu melakukan sebarang perubahan. 

Menurutnya, bagi memastikan Pas kekal relevan, beliau berkata parti berkenaan kini memerlukan tiga golongan pemikir iaitu Ulul Ilmi (Ahli Ilmu), Ulul Albab (Ahli Falsafah) dan Ulul Abroq (golongan yang dapat melihat apa terjadi pada masa depan). 

Katanya lagi, kepimpinan Pas sedia ada juga disaran untuk berehat dan memberi ruang serta peluang kepada golongan bawahan terutamanya golongan muda dan profesional dalam parti berkenaan. 

“Dalam politik, kita kena ada juga orang-orang dari bahagian akademik untuk masuk sekali dalam parti. Ulama akan fikir dengan cara dia tapi dari sudut nak bangunkan ekonomi, negara dan politik, kita kena juga pinjam orang dari bahagian akademik untuk bantu. 

“Contoh nak buat kereta api, kita kena import jurutera dan arkitek tapi kenapa nak bangunkan Islam kita tidak mahu import orang dari luar?” katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Hassan berkata, pimpinan Pas juga perlu mengambil pendekatan mendidik pelajar-pelajar di universiti-universiti tempatan dan luar negara dari peringkat awal bagi melahirkan golongan pelapis pada masa depan. 

Ujar beliau, Pas sememangnya mempunyai ramai golongan ulama namun parti berkenaan masih kekurangan golongan walak iaitu taat setia serta ketua yang hebat. 

“Pas perlu mencontohi kepimpinan seperti Hassan Al Banna, Abdul Qadir Audah dan Sayyid Qutb di mana orang ramai dapat mengambil kebaikan dari apa yang mereka luahkan,” katanya. 

Ketika ditanya mengenai keadaan politik di negara ini, Hassan turut beranggapan senario politik negara pada masa ini menunjukkan peningkatan yang baik dan rakyat semakin matang. 

Beliau berkata, masyarakat kini mula faham dan berani untuk mencabar, mengkritik serta mengemukakan idea berhubung sesuatu isu yang berlaku. 

“Ini barulah politik sebenar. Kalau diam saja, itu dipanggil politik pak turut,” katanya. 

Dalam pada itu, Hassan yang juga ahli Pas juga turut memaklumkan bahawa kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arena politik tanah air bertujuan bagi menunjukkan kepada Pas yang parti berkenaan bakal kekeringan golongan pemimpin akademik. 

Hassan berkata, sekiranya ahli di dalam Pas berpecah, mereka masih mempunyai Amanah sebagai platform bagi meneruskan perjuangan politik. 

“Ulama pernah berpesan, perpecahan kerana ingin bersatu itu lebih baik dari bersatu kerana hendakkan perpecahan. 

“Kehadiran Amanah dalam politik tanah air adalah merupakan satu perubahan yang baik di samping melahirkan pemimpin dan pelapis yang hebat,” katanya. -SH

Friday 16 October 2015

TANWIR USBU’II - PENCERAHAN MINGGUAN (NO1 - 16 Okt 2015)

TANWIR USBU’II - PENCERAHAN MINGGUAN (NO1 - 16 Okt 2015)

http://amanahnegara.org/?p=734

MUQADDIMAH

Adalah amat munasabah untuk memulakan tulisan Tanwir Usbu’ii atau Pencerahan Mingguan ini dengan penulisan berhubung peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi apabila tulisan ini dimulakan pada minggu pertama bulan Muharram tahun Hijriah 1437.

Satu kesesuaian yang di taufikkan Allah  SWT  di mana penulisan mingguan ini dimulakan dalam suasana berlangsungnya sambutan memperingati peristiwa Hijrah.

Renungan terhadap Ayat 41 dan 42 Surah An-Nahl.

Untuk tujuan ini saya ingin memilih ayat Quran yang kebetulannya dirujuk oleh Wanita Amanah dalam ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah mereka, ia itu ayat 41 Surah An-Nahl. Turut  saya rujuk juga adalah ayat seterusnya ia itu ayat 42. Dua ayat ini cukup bermakna bagi kami yang berhijrah ke AMANAH.

Ayat dan maksudnya adalah seperti berikut :-

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَلأجْرُ الآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ (٤١
الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (٤٢

“Orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dizalimi , Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik . Sesungguhnya pahala (amal mereka) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui”.

“(Mereka itu ialah) orang yang bersabar dan berserah diri kepada Tuhannya ”.

KUPASAN

Para mufasirin ramai menyatakan ayat ini merujuk kepada peristiwa Hijrah yang pertama ia itu dari Mekah ke Habsyah yang berlaku pada tahun ke 5 kenabian. Kumpulan yang menyertai Hijarah ini seramai 16 orang termasuk 4 orang wanita. Di antara mereka adalah Othman bin Affan dan isterinya Ruqayyah puteri Rasulullah (SAW), Abdul Rahman bin Auf, Al Zubair bin Awwam dan Jaafar bin Abi Talib. Kemudian pada tahun 7 kenabian, sekali lagi berlaku hijrah ke Habsyah yang disertai oleh seramai sekitar 80 orang.

Hijrah itu adalah kerana kezaliman yang dialami orang-orang beriman di tangan kaum musyrikin yang terdiri dari saudara mara dan kenalan yang telah mereka hidup bersama untuk sekian lama . Mereka dizalimi atas kesedaran menerima risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW), seorang yang dikenali dan diiktiraf sekian lama oleh keseluruhan masyarakat Mekah sebagai orang yang benar dan beramanah. Atas sebab itu mereka gelar Nabi Mhammad (SAW) ‘Al-Amin’. Tetapi apabila Baginda mncul dengan riaslah Islam, Baginda difitnah dan dicaci sebagai pembohong, pengamal sihir, pembawa perpecahan dan sebagainya.

Dan hijrah itu dilakukan demi mencari keredhaan Allah dan menyelamatkan akidah dalam meneruskan perjuangan Islam. Bukan semata-mata untuk melarikan diri dari kezaliman yang dialami. Ini diisyaratkan dalam ayat 41 melalui penggunaan lafaz ‘fiil-Lah’.yang bermaksud “kerana Allah”. Atas sebab itu mereka dijanjikan kemenangan dunia dan akhirat.

Dan secara jelas janji Allah terhadap mereka telah Allah tunaikan dengan kemudiannya berlakunya hijrah baginda Rasulullah (SAW) bersama kaum muslimin ke Madinah dan akhirnya tercapai kemenangan dunia dan akhirat. Kesemuanya itu tercapai atas sebab kesabaran dalam mengharungi suasana mencabar yang diyakini sebagai ujian dari Allah dan sifat bertawakkal kepadaNya sambil berusaha.

PENGAJARAN DARI AYAT-AYAT BERKENAAN

Dalam menghadapi apa jua bentuk kezaliman kerana perjuangan Islam, penghijrahan mesti berpaksikan niat untuk kebaikan perjuangan Islam itu sendiri, ia itu demi mencari keredhaanNya. Sekiranya dipaksikan niat sebegitu, bukan kekecewaan atau kemarahan dan dendam terhadap kezaliman yang dilalui, maka Allah janjikan kemenangan dunia dan akhirat.

Tetapi janji Allah itu akan hanya dikurniakan dengan adanya kesabaran dan sikap penyerahan diri kepada Allah sambil berusaha dengan penuh kesabaran dan kegigihan.

RELEVENSI AYAT-AYAT INI TERHADAP ANGGOTA AMANAH

Yang amat terasa dan mengusik jiwa diri saya apabila membaca 2 ayat ini ialah betapa kami yang berhijrah dari wadah perjuangan lama kepada AMANAH seakan-akan melalui pengalaman yang sepertimana diceritakan oleh Allah di dalam 2 ayat berkenaan. Ianya sama tetapi tidak serupa.

Kami dizalimi oleh saudara dan sahabat yang telah kami bersama untuk sekian lama, yang telah mengiktiraf kami sebagai golongan yang boleh dipercayai dengan berulang-kali diamanahkan kami dengan kepimpinan parti di pelbagai peringkat. Tiba-tiba kami diserang oleh kerana adanya agenda tertentu oleh golongan yang malangnya kebanyakkannya terdiri daripada ‘ulama’ dan para asatizah. Kami terpaksa melalui suasana cercaan dan fitnah serta tuduhan yang tidak berasas kerana ada yang inginkan perubahan haluan yang tidak kami persetujui .

Dalam suasana yang seperti itu, sehingga kepimpinan beberapa dekad dilupai dan tuduhan ‘sekular’, ‘liberal’, ‘munafik haraki’, ‘bencikan ulama’ dan sebagainya dilempar terhadap kami, maka penghijrahan ke sebuah wadah yang baru dianggap perlu. Ianya dilakukan bukan kerana kecewa, marah atau dendam terhadap kezaliman yang dilalui tetapi demi supaya perjuangan Islam dapat di teruskan melalui pendekatan yang lebih sesuai dan relevan dengan suasana politik semasa. Ianya dilakukan supaya usaha menampilkan Islam sebagai rahmatal-lil-alamiin dapat terus kami laksanakan sebagaimana pendekatan yang telah dibawa oleh pimpinan yang telah sama-sama diikuti ia itu Almarhum TGNA dan Almarhum UFN.

Dan ianya dilakukan dengan penuh keyakinan bahawa Allah mengetahui keadaan sebenar dan ketelusan niat kami, ia itu demi memenangkan agamaNya ke atas kezaliman dan kejahilan. Atas sebab itu kami berkeyakinan kami layak mengharapkan kemenangan yang dijanjikan Allah dalam ayat tadi. Namun ianya akan hanya ditunaikan Allah sekiranya kami berusaha dengan sabar dan gigih sambil bertawakkal kepadaNya.

Kesabaran perlu untuk mengharungi segala pahit getir yang sedang dan bakal menimpa seperti dalam menghadapi tuduhan-tuduhan dan fitnah rambang dan jahat seperti ‘alat DAP’, pengkhianat dan sebagainya. Kesabaran ini hendaklah di sertai dengan keyakinan bahawa Allah Maha Adil lagi Maha Mengentahui sambil disertai dengan gerak-kerja yang fokus dan kommitted dengan segala perancangan dan gerak kerja parti AMANAH sebagai sebuah wadah perjuangan Islam..

Semoga rakan-rakan saya yang bersama berhijrah ke AMANAH, setelah wadah lama dikuasai golongan yang berkepentingan dan beragenda, akan mendapat ketenangan dan terubat hati-hati mereka dengan mngambil pengajaran daripada 2 ayat di atas. Semoga ianya menambahkan keyakinan akan kebenaran tindakan kita bersama dan mengukuhkan pendirian kita dalam mengharungi perjuangan ini seterusnya.

Bagi yang belum berhijrah, semoga ayat-ayat ini mendatangkan keinsafan dan kesedaran. Yang terpenting dalam mendukung perjuangan Islam adalah keredhaanNya dan beramanah dalam memperjuangkan risalahNya. Ujian yang dilalui adalah samada istiqamah dengan perjuangan Islam dan pendekatan yang berpaksikan keadilan dan kerahmatan Allah terhadap manusia sejagat. Bukannya beristqamah sama ada terhadap wadah mahupun individu tertentu. Apabila mesej Islam dicemari dengan pendewaan terhadap manusia dan golongan, maka penghijrahan demi Allah adalah sesuatu yang wajar dan perlu supaya mesej Islam sebenar dapat disampaikan.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijriah 1437.

AHMAD AWANG
Penasihat Umum,
Parti Amanah Negara

Sunday 4 October 2015

Buat rakit persediaan hadapi banjir-Kelantan

Penduduk kampung di Kelantan bina rakit, persediaan banjir 2015
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Published: 5 October 2015 6:50 AM

Fatimah Mat dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri membuat persiapan menghadapi banjir yang bakal tiba memandangkan kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang tindakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.
Fatimah Mat dan penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri membuat persiapan menghadapi banjir yang bakal tiba memandangkan kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang tindakan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.
Selepas hilang tempat tinggal akibat banjir besar yang melanda Kelantan, sebahagian besarnya pedalaman pada penghujung Disember lalu, penduduk Kampung Limau Kasturi di Gua Musang tidak mahu mengambil sebarang risiko dan sedang membina rakit sebagai persedian menghadapi hujan lebat susulan angin monsun timur laut yang dijangka membadai negeri itu hujung tahun ini.

Mereka mula mengumpul tong plastik, kayu dan bahan lain untuk dijadikan rakit yang boleh digunakan jika banjir besar melanda negeri itu sekali lagi tahun ini.

"Kami sudah mula mengumpul barang-barang ini untuk membina rakit," kata penduduk kampung Fatimah Mat sambil menunjukkan tong berwarna biru yang disusun di satu kawasan di kediamannya.

Banjir tahun lepas adalah yang paling teruk dalam sejarah hingga menyebabkan lebih 100,000 orang di Kelantan terjejas. Ini termasuk 1,821 keluarga yang hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dihanyutkan air banjir.
Fatimah, 47, dan beberapa jirannya ketika ditemui The Malaysian Insider di kampung mereka yang terletak kira-kira 40km dari Gua Musang berkata, mereka tidak menyangka akan mengalami banjir sebegitu teruk seperti itu.

"Memang pernah berlaku banjir sebelum ini tetapi masa itu air hanya berada pada paras lutut kami saja.

Alias Mohamad dari Kampung Limau Kasturi, Kelantan, khuatir kejadian banjir besar tahun lalu berulang kembali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.
Alias Mohamad dari Kampung Limau Kasturi, Kelantan, khuatir kejadian banjir besar tahun lalu berulang kembali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.
“Kejadian banjir besar pada Disember lepas adalah kali pertama sehingga menenggelamkan kampung kami serta menghanyutkan rumah penduduk kampung," kata Alias Mohamad, 64.

"Jiran kami, juga sudah mula membina rakit untuk mengangkut barang-barang dan penduduk ke kawasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku lagi tahun ini.

“Jika kita hanya bergantung kepada polis, kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain, matilah kita."

Katanya, tahun lepas penduduk kampung yang membantu menyelamatkan satu sama lain, berpindah ke kawasan lebih tinggi, apabila air semakin naik di kawasan itu.

"Kampung kami berada terlalu dalam. Bantuan luar hanya akan sampai beberapa hari kemudian."

Fatimah berkata, penduduk kampung terpaksa mengambil inisiatif sendiri apabila kerajaan negeri masih belum mengambil sebarang langkah persiapan menghadapi banjir akhir tahun ini.

"Tiada siapa yang memberitahu kami apa yang perlu dilakukan jika ia (banjir) datang lagi dan tiada siapa datang menerangkan mengenai langkah kontingensi yang perlu diambil bagi memastikan ia tidak berlaku lagi di sini," katanya.

Seperti kebanyakan keluarga lain di kampung itu, Fatimah kini menetap di rumah sementara, selepas lebih 4 bulan tinggal di dalam khemah selepas banjir itu.

Tetapi tidak seperti orang yang lain, Fatimah dan suaminya membina rumah mereka sendiri, menggunakan bahan-bahan daripada rumah lama mereka, selepas beberapa bulan tinggal berkhemah itu.

"Kami penat hidup dalam khemah. Kami tinggal dalam khemah sampai ia koyak rabak akibat hujan dan angin," katanya.

Mereka dijanjikan rumah baharu oleh kerajaan persekutuan dan negeri namun tiada sebarang usaha digerakkan setakat ini.

"Mereka (kerajaan negeri) kerap datang ke sini dan memberitahu kami rumah akan siap. Yang terbaru adalah pada sebelum bulan puasa. Mereka kata, kami akan dapat rumah baharu sebelum Hari Raya.

“Kedua-dua kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sama saja," kata Fatimah yang sudah berputus harap dengan janji yang ditaburkan kerjaaan.

"Sudah hampir setahun tetapi apa yang boleh kami buat?"

Alias kini tinggal di rumah sementara yang dibina April lalu oleh Malaysian Relief Agency dengan kerjasama Akademi Sukarelawan Briged Bakti Malaysia.

Strukturnya diperbuat daripada papan lapis nipis dan terletak hanya 50 meter dari rumah lama yang mana hanya tinggal tangga simennya sahaja.

"Kami tidak menyangka akan tinggal lama dalam khemah itu dan rumah sementara ini. Mereka sering menabur janji tetapi tiada apa-apa pun setakat ini," kata isteri Alias, Cik Som Cik Ali, 58.

Cik Som berkata beliau bersyukur dapat tinggal di dalam khemah dan rumah sementara itu.

"Saya bersyukur dengan rumah ini tetapi apabila hujan, kita agak takut."

Ibu Alias, Jahari Sulaiman tinggal di rumah sementara lain yang terletak tidak berapa jauh dari rumah anaknya.

Balu berusia 85 tahun itu menitiskan air mata ketika menceritakan pengalaman tinggal dalam khemah untuk beberapa bulan.

"Saya tidak pernah melihat perkara ini berlaku. Rumah saya hanyut dan saya masih belum melihat rumah baru yang dijanjikan kepada kami," kata Jahari yang tinggal bersendirian.

"Apa pun, saya bersyukur kerana kumpulan ini sudah mendirikan rumah sebagai tempat saya berlindung. Saya tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku jika saya masih tinggal di dalam kemah."

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan Kampung Limau Kasturi Mohamad Sokani Mat berkata beliau tidak menjangkakan rumah baharu akan dibina pada bila-bila masa tidak lama lagi kerana terdapat pertikaian berhubung tapaknya.

"Tanah yang pada mulanya mereka dapat, didapati tenggelam. Oleh itu, mereka kini sedang mencari tapak yang baharu," katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung terbabit.

"Saya fikir ia akan mengambil masa lebih setahun sebelum kita dapat menyiapkan rumah baharu."

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, kerajaan negeri sudah berjanji untuk memberikan rumah baharu kepada 113 keluarga di Limau Kasturi.

"Tetapi sehingga kini, mereka masih belum menunjukkan sebarang usaha untuk melakukan sesuatu.

“Kerajaan persekutuan berkata, mereka boleh membinanya, tetapi kerajaan negeri tidak membenarkan mereka berbuat demikian," kata ahli Umno itu.

"Inilah masalahnya. Jadi, kalau pun Putrajaya mahu (membina rumah baharu), ia tidak dibenarkan berbuat demikian oleh kerajaan negeri Kelantan."

Nozula berkata beliau mengesyaki kelewatan dalam membina rumah baru kerana kerajaan negeri sudah kehabisan dana untuk berbuat demikian.

"Saya katakan kepada mereka (kerajaan negeri), benarkan kerajaan persekutuan melakukannya. Berulang kali. Tetapi mereka kata, jabatan agama negeri bertanggungjawab ke atas perkara ini.

"Kami rasa mereka tidak ada duit, tetapi mereka masih berkeras untuk melakukannya sendiri," katanya.– 5 Oktober, 2015.

Jahari Sulaiman bersyukur kerana kini mempunyai rumah sementara yang dibina beberapa kumpulan sukarelawan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.
Jahari Sulaiman bersyukur kerana kini mempunyai rumah sementara yang dibina beberapa kumpulan sukarelawan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penduduk-kampung-di-kelantan-bina-rakit-sebagai-persiapan-hadapi-banjir#sthash.a6wiwXWT.dpuf