Tuesday 18 September 2018

Sahabat di akhirat

Tadabbur
RABU 19.09'18/9. MUHARRAM 1440 H.

ﺍَﻟْﺎَﺧِﻠَّﺎۤﺀُ ﻳَﻮْﻣَﺌِﺬٍۢ ﺑَﻌْﻀُﻬُﻢْ ﻟِﺒَﻌْﺾٍ ﻋَﺪُﻭٌّ ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴْﻦَ

*"Sahabat2  karib pada hari itu (kiamat) nanti saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yg bertakwa."*
(Qs. Az-Zukhruf 67)

_Ibnu Katsir rahimahullah berkata :_

_"Bahawa setiap persahabatan yg dilandasi cinta kerana selain Allah, maka pada hari kiamat nanti akan kembali dalam keadaan saling bermusuhan._ _Kecuali persahabatannya dilandasi cinta kerana Allah, inilah yang kekal selamanya."_

*(Tafsir Ibnu Katsir).*
*Persahabatan yg akan kekal sampai hari kiamat adalah persahabatan yg dimana didalamnya ada saling menasehati, saling mengingatkan dalam ketakwaan dan saling mengajak kembali ke jalan Allah*

*Dan itulah persahabatan yg tidak pernah akan ada kerugian didalamnya*

ﻭَﺍﻟْﻌَﺼْﺮِ ‏( ١ ‏) ﺍِﻥَّ ﺍﻟْﺎِﻧْﺴَﺎﻥَ ﻟَﻔِﻲْ ﺧُﺴْﺮٍ ‏( ٢ ‏) ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺍٰﻣَﻨُﻮْﺍ ﻭَ ﻋَﻤِﻠُﻮﺍ ﺍﻟﺼّٰﻠِﺤٰﺖِ ﻭَﺗَﻮَﺍﺻَﻮْﺍ ﺑِﺎﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﺗَﻮَﺍﺻَﻮْﺍ ﺑِﺎﻟﺼَّﺒْﺮِ‏( ٣ )

_"(1) Demi masa._

_(2) Sungguh, manusia berada dalam kerugian,_

_(3) KECUALI orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta_ _*saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."*_
*(Qs. Al-'Asr 1-3).*

_odojers sekalian mari segera kita perbaiki lingkungan ukhwah kita, carilah sahabat yang baik (yang solih dan solihah).._

_♡ Yang selalu mengingatkan kita dan saling menasihati dijalan Allah.._

_♡ Yang berani menegur kita jika kita salah.._

_♡Yang berani mengajak kita untuk belajar ilmu agama.._

_♡Yang berani 'tag' berisi  -postingan yang bermanfaat bagi agama kita._

_♡Bahkan yang berani share tentang peringatan-peringatan yang berisi kebaikan untuk mengajak kita kembali kejalanNya.._

_♡Dan yang tidak bosan menegur kita agar senantiasa memperbaiki diri agar lebih baik.._

*Persahabatan yang sedikit tetapi peduli akan akhirat kita itu amat jauh lebih baik dibandingkan persahabatan yang banyak jumlahnya tetapi tidak ada yang mempedulikan akhiratmu*

Semoga bermanfaat...

🌹Bagi yg berpuasa hari ini,Selamat berpuasa,semoga Allah terima &redho, in shaa Allah🌹
Banyakan berdoa:
ربنا اجرنا من النر

Robbanaa ajjirnaa minnaar.

Ya Allah selamatkan kami dari siksa api neraka...aamiin.

Mohon maaf atas segala kesilapan & kealphaan.

Ummubaid.

Saturday 15 September 2018

Prasyarat penghuni syurga

AHAD:16/9/18

TADABUR QURAN.

Allah menyebutkan sebagai salah satu prasyarat penghuni syurga.

Seperti di dalam firman-Nya.

 إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (15) آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (16) كَانُوا قَلِيلا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالأسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (18) وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (19

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian.” (Q.S. Adz-Dzariyah [51]: 15-19).

Dan ciri kedua adalah mereka “gemar menafkahkan rezeki” mereka di jalan Allah.

Harta baginya sekadar titipan semata yang mesti dipergunakan di jalan yang diredhai-Nya. Bukan untuk sekadar memenuhi keperluan fizikalnya. Apalagi untuk berfoya-foya dan untuk jalan maksiat.

Gemar berinfaq, itu pula yang menjadi ciri orang-orang bertakwa sebagaimana disebutkan pada awal Surah Al-Baqarah:

ٱلَّذِينَ يُؤۡنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

“(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka”.

Semoga kita dapat menjadi hamba yang  bertahajud dan gemar berinfaq di jalan-Nya. Aamiin

Tuesday 7 August 2018

Hati yg baik

♦🔹♦🔹♦🔹♦🔹♦🔹♦

Hati yang bersih,
tak akan pernah menyakiti hati orang lain,

jika ia di sakiti,
ia membalasnya dengan sebuah senyuman..

*Hati* yang suci,
tak akan pernah mengecewakan orang lain,

jika ia di kecewakan,
ia akan membalasnya dengan kesabaran..

*Hati* yang tenang,
tak akan pernah merasa
memiliki seseorang
kerana baginya semuanya adalah titipan ALLAH ..

*Jiwa* yang lapang,
ia tak akan
merasakan ketika kehilangan...
       
*Hati* yang indah akan terpancar dari raut wajah...
         
*Hati* yang baik akan menenangkan jiwa...        

Menghadirkan secebis perkataan yang lembut..        
Memiliki kesederhanaan dalam bersikap...         
Dan berkatalah dengan bijak kerana...         
Seseorang yang mempesona itu bukan di nilai...         
Dari penampilan luar akan tetapi......         
Dari keindahan dalam dirinya...

Kita takkan pernah sempurna dimata manusia...
Biarlah Allah yang menilai kita......         
Kerana Allah tahu apa yang ada *dihati* kita...    

SubahanaAllah...
semoga kita menjadi peribadi yang baik...
dan memiliki hati yang terbaik...

Kita serah pada
Allah Yang Maha Adil Lagi Maha Mengetahui... Jangan simpan seseorang di dalam *hati* kerana *hati* sifatnya sering berbolak balik, tetapi simpanlah seseorang di dalam doa kerana ianya tercatat di langit selamanya.

_Semoga bermanfaat_

♦🔹♦🔹♦🔹♦🔹♦🔹♦

Wednesday 16 May 2018

Perutusan Ramadhan PU AMANAH

Edisi baru:

Perutusan Ramadan al-Mubarak Penasihat Umum AMANAH

Membangun jiwa, membina semula negara

BERSEMPENA dengan kedatangan Ramadan Al Mubarak yang pernuh dengan keberkatan ini, saya ingin mengucapkan 'Ramadhan Kareem' kepada semua umat Islam.

Ramadan mempunyai kemuliaan yang hebat. Di bulan ini, Allah SWT telah menetapkan kurikulum khusus buat kita bagi mendidik jiwa manusia. Ramadan membangun jiwa kita untuk bersedia bersusah payah, berlapar dahaga di siang hari, dan bersengkang mata di malam hari berqiamullail dan membaca Al-Quran demi pengabdian yang tulus kepada Allah SWT.

Ramadan juga membangun jiwa umat Islam agar sentiasa peduli dengan kesengsaraan dan rintihan manusia lain.  Ramadan melahirkan jiwa yang sentiasa cakna sedia berjuang untuk kesejahteraan semua manusia.  Ramadan membina jiwa yang hidup, sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Diambang Ramadan ini, rakyat Malaysia telah membuktikan keberanian dan tekad melakukan perubahan bersejarah dalam PRU14 pada 9hb Mei 2018 bersamaan 23 Syaaban 1439H yang menyaksikan mereka menyerahkan mandat pemerintahan negara kepada Pakatan Harapan.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua jentera pilihan raya parti yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga bagi melakar kejayaan ini. Juga syabas kepada rakyat Malaysia khususnya para pengundi yang telah bersama Pakatan Harapan untuk membina semula negara. 

Peralihan kuasa di Putrajaya daripada BN kepada Pakatan Harapan juga di negeri-negeri berjalan lancar hasil kematangan kita dalam berpolitik.

Di kesempatan ini, saya juga ingin merafak sembah menjunjung kasih kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu kerana memainkan peranan penting memastikan pertukaran kerajaan berjalan dengan tenang dan lancar seperti mana yang dihasrat oleh rakyat. 

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan inayah-Nya ke atas DYMM Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. 

Sekarang adalah masanya untuk kita menumpukan usaha membina semula negara. Allah SWT telah mentakdirkan usaha ini bermula dengan kedatangan Ramadan yang penuh berkat. Bulan yang padanya diturunkan Al-Quran dan bulan kemenangan tentera Islam dalam perang Badar. 

Sempena bulan yang penuh berkat ini dan semangat Badar, marilah kita menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin yang sudah lebih enam dekad dihalau keluar dari bumi tumpah darah mereka untuk kembali ke Palestin.

Kita juga membantah tindakan biadap Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang secara terang-terangan menyalahi Resolusi PBB apabila memindahkan kedutaan Amerika Syarikat daripada Tel Aviv ke Baitul Maqdis pada 15 Mei lalu.

Maka itu, marilah kita sama-sama mengambil peluang dengan kehadiran Ramadan ini dengan membangun jiwa yang hebat untuk mengisi kemenangan yang Allah SWT kurniakan ini. 

Membina semula negara dimulai dengan usaha membangun jiwa-jiwa yang subur dengan pengabdian yang tulus kepada Allah SWT.

Islam Rahmatan Lil Aalamin
Amanah Demi Negara

Ustaz Hj Ahmad Awang
Penasihat Umum
Parti Amanah Negara

KUALA LUMPUR
16 Mei 2018 /30 Syaaban 1439H

Monday 30 April 2018

Tadabbur Nisfu Sya'aban


1 Mei 2018/15 Sya'aban 1439H

Tadabur nisfu syaban

Ada kisah indah yg ditulis didalam buku tafsir karya Ibnu Katsir.

Dalam ayat kelapan. Su rah Al-Anfaal, harta rampasan perang.

Dari bahasan Ibnu Katsir, beliau tuliskan di situ. Hanya di tiga ayat pertama. Tapi, sungguh betapa dalamnya tafsir yang beliau tuliskan.

Lihat pada  ayat pertama.

*فاتقوا الله وأصلحوا ذات بينكم*.*..

Oleh sebab itu, bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu

Ibnu Katsir menuliskan, Bertaqwalah kepada Allah dalam semua urusanmu, dan perbaikilah segala sengketa yang terjadi di antara kamu. Jangan menganiaya. Jangan berkelahi. Dan apa yang diberikan Allah kepadamu, terimalah. Dan jangan bertengkar kerana itu.

Beliau melengkapi pertuturan dengan keterangan dari sebuah hadis yang diriwayatkan Abul Ya’la Almaushili.

Anas Radhiyallahu ‘anhu berkata, ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam duduk di antara kami, tiba-tiba beliau tersenyum sehingga tampak gigi serinya.

Umar pun bertanya, “Apakah yang menyebabkan tertawamu, ya Rasulullah?”

Jawab Nabi, “Ada dua orang berlutut di hadapan Allah Rabbul ‘Izzati. Orang pertama berkata, Aku menuntut hakku yang dianaya oleh kawanku itu.

Maka Allah menyuruh orang yang menganiaya, Kembalikan haknya. Jawab orang itu, Tiada sisa dari kebaikanku.”

Maka berkatalah orang yang menuntut itu, Suruhlah ia menanggung dosaku.

Tiba-tiba Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam mengalir air matanya sambil bersabda, *“Sesungguhnya hari itu sangat ngeri. Hari ketika setiap orang ingin kalau ada orang yang dapat menanggung dosanya.”*

Allah Ta’ala pun berfirman kepada orang yang menuntut. “Lihatlah ke atas kepalamu. Perhatikanlah surga-surga itu,” Ia mengangkat matanya, lalu berkata, “Ya Tuhanku, aku melihat ada gudang-gudang dari emas bertaburkan mutiara, untuk Nabi yang manakah? Atau shiddiq yang manakah? Atau syahid yang manakah itu?”

Jawab Allah Ta’ala, “(Syurga) itu untuk siapa yang dapat membayar harganya.”

Ia bertanya, “Siapakah yang dapat membayar harganya?”

Jawab Allah, “Engkau mempunyai harganya.”

Ia bertanya, “Apakah itu, ya Tuhan?”

“Memaafkan kawanmu itu,” jawab Allah.

Langsung ia berkata, “Aku maafkan dia.”

Allah Ta’ala berfirman, “Peganglah tangan kawanmu itu dan masuklah kalian berdua ke dalam syurga.”

Kemudian Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam membaca, “Fattaqu Allahu wa ashlihuu dzaata bainikum.” Allah memperbaiki (mendamaikan) hubungan antara kaum mukminin di Hari Kiamat.

“… oleh sebab itu, bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu.” (Qs. al-Anfaal 8: 1)

صدق الله العظيم
mohon maaf ya semua 🌹🌹🌹

Thursday 26 April 2018

Apakah bacaan Al Quran ku sia-sia?

Tadabbur
27.4.18
🍒🍋🍒🍋🍒🍒🍋🍒

*APAKAH BACAAN AL-QUR'AN KU SIA-SIA ?*

Pernahkah kita berfikir, "Percuma shj baca Al-Qur'an tapi tidak tahu ertinya."
Atau "Baca Al-Qur'an tapi tidak tahu ertinya itu sia-sia saja."
Ternyata anggapan seperti tidak sepenuhnya benar. Membaca  Al Qur'an membawa munafaat yang luar biasa terhadap hidup manusia. Walaupun hanya dengan membaca saja tanpa mengetahui ertinya.

*_Pertama_*, dari segi pahala (kebaikan) yang kita perolehi, satu huruf akan dinilai 10 kebaikan. Berapa banyak kebaikan yang kita peroleh jika kita membaca 1 surah, bahkan 1 juz. Maa syaa Allah..

_Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Qur'an maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipat ganda
menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)_

*_Kedua_*, membaca Al Qur'an dapat membersihkan hati manusia yang rajin membacanya. Ya, hanya membacanya saja. Walaupun kita tidak mengetahui maknanya dari bacaan Al-Qur'an yang kita baca.

Ada sebuah kisah yang bolih menjadi analogi betapa dahsyatnya pengaruh membaca Al Qur'an bagi hati kita walaupun kita tidak mengetahui maknanya. Berikut kisahnya :

Alkisah, ada seorang anak bertanya kepada datuknya:
“atuk, apa gunanya aku membaca Al qur’an, sementara aku tidak mengentahui maknya dan maksud dari Al qur’an yang kubaca ?“
Lalu si atuk
menjawabnya dengan tenang:
“Cubalah ambil sebuah bakul batu ini dan bawa ke sungai, dan bawakan aku  air dengan bakul itu.“
Anak itu mengerjakan seperti yang diperintahkan atuknya, tapi semua air yang dibawanya habis sebelum ia sampai di rumah.

Atuknya berkata :
“Kamu harus berusaha lebih cepat.“
Atuk itu meminta cucunya kembali ke sungai. Kali ini anak itu berlari lebih cepat, tapi lagi-lagi bakulnya kosong (tanpa air) sebelum sampai di rumah.

Dia berkata kepada atuknya
“Tidak mungkin bolih membawa air dengan bakul ini. Aku ingin menggantinya dengan baldi “
“Aku ingin bakul air, bukan baldi air.“ Jawab atuk.

Si anak kembali mencuba, dan berlari lebih cepat lagi. Namun tetap gagal juga. Air tetap habis sebelum ia sampai di rumah. bakul itu tetap kosong. “atuk, ini tidak ada gunanya. Sia-sia saja. Air pasti akan habis di jalan sebelum sampai di rumah “

Atuk menjawab:
“Mengapa kamu berfikir ini tidak ada gunanya? Cuba lihat dan perhatikan baik-baik apa yang terjadi dengan bakul tu.“
Anak itu memperhatikan bakul nya, dan ia baru menyedari bahwa bakul nya yang tadinya kotor berubah menjadi sebuah bakul yang BERSIH, luar dan dalam.

“Cucuku, apa yang terjadi ketika kamu membaca Al Qur’an? Boleh jadi kamu tidak mengerti sama sekali. Tapi ketika kamu membacanya, tanpa kamu sedari kamu akan berubah, luar dan dalam. Itulah pekerjaan Allah dalam mengubah kehidupanmu.

Maasyaa Allah.. Tidak ada yang sia-sia ketika kita membaca Al Qur’an walaupun tidak tahu ertinya. Hanya dengan sering membacanya saja akan membuat hati kita menjadi *bersih*. Apalagi jika kita membaca erti dan memahami isi Al-Qur'an, pasti kita akan mendapatkan kehebatan yang lebih dari sekadar membacanya saja.

3 perkara yang di benci Allah s.w.t

🌹❤🌹

Tazkirah pagi Jumaat
27.04.18

*3 perkara yang dibenci Allah SWT*

بسم الله الرحمن الرحيم

كتاب الزكاة
باب قول الله تعال : "لا يسألون الناس إلحافا"

حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُلَيَّةَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ عَنْ ابْنِ أَشْوَعَ عَنْ الشَّعْبِيِّ حَدَّثَنِي كَاتِبُ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ كَتَبَ مُعَاوِيَةُ إِلَى الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنْ اكْتُبْ إِلَيَّ بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَتَبَ إِلَيْهِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ *إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَال*ِ. رواه البخاري

*Ertinya :*
Dari Asy-Sya'biy telah menceritakan kepada saya penulis Al Mughirah bin Syu'bah berkata; Mu'awiyah menulis surat kepada Al Mughirah bin Syu'bah (yang isinya); "Tuliskanlah untuk aku sesuatu yang kamu dengar dari Nabi Shallallahu'alaihiwasallam ". Maka dia menulis untuknya: "Aku mendengar Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: *" Allah membenci untuk kalian tiga hal: "Orang yang menyampaikan setiap hal yang didengarnya, menyia-nyiakan harta dan banyak bertanya".*
HR. al Bukhari (w. 256 H)

Setidaknya, melalui hadis ini Rasulullah SAW mencoba menyampaikan tiga hal yang dibenci oleh Allah SWT ketika tiga hal tersebut dilakukan oleh kita selaku umat Rasulullah SAW.

*Pertama*, adalah menyampaikan setiap hal yang di dengar tanpa menyelidik/tabayyun kesahihan. Bolih saja, apa   didengar adalah berita bohong atau palsu sehingga menimbukan kemudharatan ketika hal tersebut disebarluaskan.

*Kedua*, adalah mensia-siakan harta. Yakni membelanjakan harta untuk sesuatu   kurang bermanfaat baik bagi diri peribadi maupun orang lain. Padahal Islam sendiri menekankan kita untuk menyukai berinfaq, yakni membelanjakan harta di jalan Allah SWT.

*Ketiga*, adalah banyak bertanya. Adapun maksud dari banyak bertanya disini adalah dalam konteks hal yang tidak memerlukan pertanyaan, atau bertanya dengan niat ingkar seperti kisah Bani Israil.
Namun dalam konteks belajar dan mencari pengetahuan,  bertanya tentang hal yang belum kita ketahui sangatlah dianjurkan. Bahkan dalam sebuah riwayat lain Nabi pernah bersabda : _“bukankah ubat dari kebodohan adalah bertanya?”_

Semoga kita senantiasa terhindar dari 3 hal yang dibenci oleh Allah SWT tersebut.

Sunday 18 March 2018

Tadabur Al Quran

✈🕋✈🕋✈🕋✈
TADABUR QURAN 

ISNIN 19 MAC 2018.

Allah Azza Wa Jalla berfirman,

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُور

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (QS. Al-Hadid : 20)

Pelajaran dari ayat ini :

Allah menjelaskan tentang hakikat dunia bahwa dunia itu hanyalah “La’bun” wa “lahwun”, yaitu fatamurghana, senda gurau, main-main, melalaikan dan bersifat sementara atau tidak ada keabadian di dalamnya.

Bedanya antara “La’bun” dan “Lahwun” dalam bahasa arab, penggunaan kata “La’bun” untuk menjelaskan kelalaian anggota badan.

Sedangkan “Lahwun” untuk menjelaskan kelalaian hati.

Ini berarti bahwa kehidupan dan kesenangan dunia itu tidak hanya melalaikan anggota badan tapi juga menyebabkan kelalaian hati dari kebaikan dan ketaatan.

📌Diantara manusia dalam menyikapi perhiasan dunia, ada yang bersifat “Tafaakhur” berbangga-bangga dengan keduniaan yang ada padanya dibangun dari sebuah ambisi untuk melebihi orang lain.

dan “Takaatsur” artinya bermegah-megah dengan kesenangan dan kemewahan yang dimilikinya, yang juga dibangun karena ambisi untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan itu melebihi jumlah yang dimiliki orang lain.

Jadi kalau “tafakhur” dari dalam dirinya, sedangkan “Takaatsur” dalam perbuatannya.

Dalam Islam jelas “Tafakhur” dan “Takatsur” dalam urusan dunia tercela, karena dapat melahirkan sifat bakhil, ujub, kesombongan dan sikap merendahkan orang lain.

Hadits marfu’ dari Anas bin Malik r.a bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

ثلاث مهلكات: شح مطاع، وهوى متبع، وإعجاب المرء بنفسه

Tiga perkara yang membinasakan :
📌 kebkhilan yang ditaati,
📌hawa nafsu yang dituruti,
📌dan ujubnya seseorang terhadap dirinya.

Semoga kita di bimbing utk menjadikan dunia sebagai ladang kita di akherat.

Maaf salap silap

Monday 12 March 2018

Muhasabah diri

Selasa 13.03.18

Tadabbur

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .      

Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada dihati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, karena Allah telah bersumpah dua kali "sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitn bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
maka maut menjawab: "karena kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!

kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengann diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله

ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh karena itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯

إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.

jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......karena rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"

jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu karena malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"

jangan kau iri kepada seorangpun kerana sebuah nikmat, karena kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih karena sebuah musibah, karena kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ

bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''
dahulu aku menangis karena aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah alhamdulillah pada setiap keadaan

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
  وصبرك أدخلك الجنة"

pada suatu hari kau akan menemukan: bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).

diantara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم

jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
    » ففي القرآن جنتك .

• إن آلمتك وحدتك !
    » فإلى السماء دعوتك .

• إن سألوك عن أخبارك !
    » فاحمد الله و ابتسم .

jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang kabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا

Sebagai penutup..

Jgn lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dg niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dlm segala urusan kita..
Keberkahan dlm rezeki kita..
Dijaga dr segala marabahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta klrga dan anak cucu dr segala aliran dan aqidah yg menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dlm keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..
⛳⛳⛳⛳⛳⛳

Friday 16 February 2018

Fitnah

Fitnah Ust Zamri:
1. Mat Sabu, Tun M dan DSAI bukan tunduk pada DAP, tapi mereka bekerjasama melalui perjanjian bertulis yang ditandatangani bersama.
2.  RUU355 adalah dokumen legislatif hasil ijtihad politik pemimpin PAS.  Menolak RUU355 bermaksud menolak ijtihad pemimpin Pas, dan menolak ijtihad Pas tidak bermaksud menolak Islam.
3. Kes anak-anak Indra Ghandi tidak ada kena mengena dengan murtad.  Dua orang anak Indra Ghandi yg tinggal bersamanya tidak pernah memeluk Islam. Mereka hidup dan membesar sebagai seorang Hindu.  Ayah mereka mendaftarkan penukaran agama mereka secara unilateral. Mahkamah mendapati sijil penukaran agama yang dikeluarkan oleh Pendaftar Muallaf adalah tidak sah kerana ia dikeluarkan tanpa mengikut peraturan yg ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam.  Sekiranya kes ini dibicarakan di Mahkamah Shariah sekalipun, penghakimannya tetap sama. Sijil itu tetap tidak sah mengikut undang-undang Malaysia.  Lagipun, seseorang itu tidak murtad hanya kerana sijil penukaran agamanya tidak sah.

#TolakLebaiBohong

Tuesday 13 February 2018

Putar belit Mantop oh mantop,

Putar belit fakta: cara terbaru PAS?

1. Video pendek dibawah adalah ucapan Ustaz Zamri Zainuldin @ Zamri 'Mantop' melalui laman FB PAS Kawasan Tanjung Karang. Beliau juga adalah Timbalan Pesuruhjaya 3, PAS Selangor.
2. Dengan sangat yakin dan bangga, beliau menamakan Pakatan Harapan (PH) sebagai Pakatan DAP. Logiknya mudah, pimpinan utama PH melibatkan Tun Mahathir, Dato' Seri Anwar dan Hj. Mat Sabu dikatakan telah berkompromi dan dengan mudah tunduk kepada Lim Kit Siang (LKS) dan DAP. Mereka telah berkompromi dan menerima LKS. Saya pelik sifir mudah beliau adalah siapa menerima LKS/DAP dikira tunduk patuh kepada LKS/DAP.
3. Jika demikian sifirnya; PAS dan YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Hadi (TGHH) tidaklah sehebat mana seperti mana yang cuba digambarkan oleh penyokong tegar PAS kerana TGHH pernah duduk bersama LKS/DAP di dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

RUU 355 Dimainkan Semula
4. Bukti lain yang dicanangkan beliau adalah dalam polemik RUU 355. Penolakan RUU 355 yang dibawa oleh PAS bukanlah kerana ingin menolak Islam, tetapi PAS dilihat lebih bermain politik berbanding kejujuran 'memperjuang'kan hukum Islam. Akhirnya, PAS dipermainkan oleh UMNO sehingga penangguhan demi penangguhan dilakukan oleh Presiden PAS di Dewan Rakyat. Malah dalam sidang terakhir tahun 2017, Presiden PAS bukan sahaja tidak menyambung perbahasan RUU 355 malah beliau langsung tidak hadir ke Dewan Rakyat.
5. Permasalahan RUU 355 telah dibincangkan secara akademik oleh pelbagai pihak dengan penglibatan sebahagian sarjana-sarjana pengajian Islam. Kritikan mereka terhadap RUU 355 tiada kaitan langsung dengan LKS/DAP.
6. RUU 355 diperdebatkan kerana ia tidak boleh dianggap mewakili Islam secara mutlak dan wujud kejanggalan proses pembentangannya di Dewan Rakyat. Sekiranya RUU 355 mendapat sokongan dan restu pimpinan UMNO, mengapa pula pindaan RUU 355 ini tidak dijadikan usul yang dibentangkan sendiri oleh Kerajaan? Bukankah itu lebih kuat dan mudah?
7. Kalau Ustaz Zamri mengambil isu RUU 355 sebagai kayu ukur serangan beliau seperti mana dalam video tersebut, bukankah pada hujung bulan Mac 2017 kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Dato' Seri Najib 'lemah tengkuk' dan akhirnya menarik kembali sokongan terhadap pembentangan RUU 355 oleh Presiden PAS setelah menerima bantahan daripada MCA, MIC dan Gerakan selaku parti komponen BN. Amat pelik apabila serangan hanya dihalakan kepada DAP dan PH tanpa sedikit pun menghentam UMNO-BN. Adakah DAP juga yang 'bersalah' menghasut UMNO, MCA, MIC dan Gerakan menolak RUU 355? Jelas PAS kini memang mesra UMNO!
8. Pimpinan PAS pula acapkali mengajak mana-mana pihak yang mempertikaikan perjalanan pengurusan RUU 355 untuk berdebat. Kemuncak keangkuhan PAS dalam isu RUU 355 ini boleh dilihat melalui ucapan bongkak Bendahari Dewan Ulama' PAS Pusat yang juga Ahli Majlis Syura Ulama', YB Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali al-Takiri yang ingin 'sekeh' kepala seorang mufti yang tidak bersetuju dengan RUU 355. Setelah cabaran debat RUU 355 disahut, tokoh ulama PAS itu senyap seribu bahasa dan bersegera mencari 'suaka' di hujung utara tanah air mencari jalan melepaskan diri. Jelas RUU 355 hanya mainan politik PAS!

Memainkan Sentimen kes Indira Ghandi
9. Ustaz Zamri juga secara terbuka menuduh bahawa anak-anak Saudara Ridhuan Abdullah dalam kes ini: "terpaksa diMURTADkan oleh keputusan mahkamah". Keputusan ini dakwa Ustaz Zamri menggembirakan DAP dan sekutunya yang anti Islam.
10. Saya tidak pasti sama ada Ustaz Zamri tidak membaca ringkasan keputusan mahkamah, tidak langsung mengambil tahu fakta kes atau secara tidak jujur ingin mengubah fakta dengan berbohong? Adalah tidak salah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu keputusan selagi mana ia berdiri atas penghujahan fakta dan tidak memanipulasi penghakiman itu demi kepentingan politik sempit PAS.
11. Ustaz Zamri tidak perlu gopoh untuk mudah menyimpulkan bahawa anak-anak itu terpaksa dimurtadkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018 yang lalu. Mahkamah Persekutuan, antara lain, hanya menghakimi proses pendaftaran Islam tiga orang anak Ridhuan Abdullah dan Indira Ghandi dengan tugas utama menjawab isu sama ada pengislaman anak mereka boleh dilakukan sepihak atau mesti dengan persetujuan kedua belah pihak. Ia adalah isu penafsiran undang-undang bukan cubaan memurtadkan mana-mana pihak. Apa yang telah diputuskan hanyalah tafsiran terbaik, pada hemat mahkamah, berdasarkan undang-undang yang ada. Tidakkah keadilan yang cuba dilakukan dibuat oleh mahkamah dengan membuat keputusan secara objektif tanpa didorong oleh kepercayaan dan keyakinan moral peribadi.
13. Dalam kes Indira Gandhi ini, Seksyen 106 (b), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menetapkan seseorang boleh memeluk Islam 'jika dia  belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya.' Mahkamah Persekutuan bagaimanapun memutuskan peruntukan ini harus selaras dengan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan keizinan ibu dan bapa diperolehi.
14. Kalau Ustaz Zamri bersungguh melawan 'projek pemurtadan' orang Islam dengan merujuk keputusan kes Indira Ghandi yang mewajibkan perlunya persetujuan kedua belah pihak (ayah dan ibu bersekali), maka Ustaz Zamri dipersilakan menuduh perkara yang sama kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana hal yang sama telah lama diperuntukkan dalam Seksyen 117 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.
15. Seksyen 117 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 menyebutkan dengan jelas berkaitan syarat untuk membolehkan kanak-kanak bawah umur memeluk Islam: "jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu DAN bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya". Undang-undang ini mensyaratkan kedua ibu bapa mesti bersetuju barulah proses pendaftaran pemelukan kepada agama Islam sah dilakukan.
16. Tidakkah Seksyen 117 (b) ini selari dan sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu? Mahukah Ustaz Zamri menuduh dengan terbuka bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahkamah Syariah Selangor (apabila kes dikemukakan kepada mahakamah) dan Sultan Selangor telah dihasut dan tunduk dengan arahan DAP?! PAS telah bersama dengan kerajaan Selangor sejak 2008. Sanggupkah pula Ustaz Zamri menuduh Exco-Exco PAS ini bersekongkol 'memurtadkan' anak orang Islam apabila tidak melakukan apa-apa untuk merubah Seksyen 117 (b) itu? Jelas PAS bermain politik!
17. Sebenarnya Ustaz Zamri boleh sahaja berbeza pandangan. Namun beliau tidak perlu menggunakan cara serangan buruk dengan bahasa dan tuduhan jahat seperti yang dipertontonkan kepada umum melalui FB PAS KAWASAN TANJUNG KARANG.
18. Kesimpulannya, PAS mutakhir ini selesa menjadikan isu Islam sebagai modal politik sempit. Rakyat dan pengundi Melayu Islam harus beringat bahawa Islam ini lebih luas daripada apa yang digambarkan oleh PAS dan ianya milik semua merentasi bangsa apatah lagi lambang kepartian. Islam tidak akan sama sekali terbela dengan ucapan berniat jahat dan menuduh secara melulu walaupun kepada bukan Islam. Pilihlah Pakatan Harapan yang lebih santun dalam menyampaikan mesej Islam.

Abu Hafiz Salleh Hudin
Timbalan Pengerusi
Biro Dasar & Strategi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Friday 9 February 2018

Tadabbur surah alKahfi:17-18

*Sabtu:10/2/18*
*Tadabbur Al Quran*
      
*SURAH AL-KAHFI: AYAT 17-18: KEADAAN DAN SUASANA DI DALAM GUA AL-KAHFI*

*Firman Allah SWT serta terjemahannya:*

وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ۗ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا (١٧)

_Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan. Dan apabila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada di tempat yang luas dalam gua itu. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barangsiapa yang Allah Ta’ala sesatkan, maka dia tidak mendapat perlindungan dan bimbingan dari Allah SWT._

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ ۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا (١٨)

_Kamu menyangka mereka itu jaga, padahal mereka di dalam keadaan tidur. Dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri. Dan anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Kalau sekiranya engkau melihat mereka, nescaya engkau akan berpaling lari kerana takut (terhadap mereka)_

*📖 Tafsir ringkas:*

1. Walaupun pemuda-pemuda itu tidur di pintu gua yang luas yang boleh dimasuki oleh cahaya matahari, tetapi Allah Ta’ala memerintahkan matahari supaya menjauhkan cahayanya daripada mereka. Ini merupakan simpati Allah kepada orang-orang beriman. Manakala matahari pula meraikan mereka dengan perintah Allah Ta’ala. Matahari beredar ke sebelah kanan pada masa terbenam dan beredar ke sebelah kiri pada masa terbitnya supaya cahayanya yang panas itu tidak mengenai dan menjejaskan badan mereka.

2. Dalam kisah Ashab al-Kahfi, golongan yang memilih kesesatan ialah Raja Diqyanus bersama pembesar-pembesar dan rakyatnya. Manakala orang yang diberi petunjuk pula ialah pemuda-pemuda Ashab al-Kahfi yang mengasingkan diri ke dalam gua. Namun demikian, Allah tetap memelihara mereka.

3.  Mengikut riwayat para mufassirin, walaupun mereka tidur, tetapi Allah menjadikan mata mereka celik. Ini merupakan perkara yang menakjubkan. Mengapa Allah Ta’ala menjadikan mata mereka terbuka? Menurut kajian ilmu kesihatan, mata yang sentiasa celik tidak mudah rosak. Kalau mata itu tertutup terus menerus, ia akan menyebabkan terhindar dari terkena cahaya matahari dan boleh merosakkan mata dalam jangka masa yang panjang. Ada juga riwayat menyatakan mereka dimatikan oleh Allah Ta’ala. Hakikatnya sama sahaja, tidur dalam masa 309 tahun adalah menyerupai mati.

4. Allah Ta’ala membalik-balikkan badan mereka kadang-kadang ke sebelah kanan dan kadang-kadang ke sebelah kiri supaya badan mereka tidak reput atau dimakan oleh tanah. Kalau sekiranya dalam masa 309 tahun, badan mereka kaku di atas tanah, maka sudah tentu badan mereka akan menjadi reput atau dimakan bumi.

5. Keadaan tubuh badan mereka yang tidak bergerak dengan mata mereka yang celik menimbulkan ketakutan kepada setiap yang melihatnya. Bukan sekadar itu sahaja, malah Allah Ta’ala menjadikan kehebatan dan kegerunan kepada setiap yang memandangnya. Ini merupakan pemeliharaan Allah Ta’ala terhadap mereka dalam masa tiga ratus tahun lebih.  

*Pengajaran:*

1. Kisah Ashab al-Kahfi di dalam gua selama lebih 300 tahun merupakan kisah luar biasa yang Allah aturkan untuk menunjukkan kekuasaanNya. 

2. Hendaklah kita sentiasa memerhatikan ayat-ayat Allah di antaranya dengan menambah ilmu pengetahuan termasuk ilmu ‘alam kerana ia akan menampakkan kebesaran Allah Ta’ala dan meneguhkan iman kita.

3. Hendaklah kita berdoa kepada Allah agar kita sentiasa diberi petunjuk dan dijauhi dari jalan kesesatan.

*Rujukan:*

Tafsir Al-Azhar (Hamka)

Wednesday 7 February 2018

Muhasabah diri:Sisa hidup

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita.
Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih.
Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain.
Kerana kematian itu sangat rapuh.

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.

Moga bertemu di syurga.

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

Sunday 4 February 2018

Muhasabah diri

Bismillah...💧Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam..karena Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
                   *(Qs.Hud : 15-16)*

💧 Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... Karena Allah sedang menCerahkan mata hati untuk  melihat Akhirat.
                     *(Qs.Al Isra:72)*

💧 Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita.... karena Allah sedang mengajarkan bahwa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
            *(Qs.Al Lukman : 22)*

💧 Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam Tanah selamanya.
             *(Qs.Ali Imran : 145)* 

💧 Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang & Sendi kita....karena Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi Nyawanya akan di ambil...
                 *(Qs.An Nisa : 78)*

💧 Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita....karena Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.
            *(Qs.Ali Imran : 185)*

💧 Begitu juga Hati kita...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...karena Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia...
‌             *(Qs.Al-An'am : 32)*

Monday 29 January 2018

NAFSU MUTMA'INNAH

ASSALAMUALAIKUM wmbrt RENUNGAN SUBUH
13 Jamadil Awwal 1439H
Selasa 30/1/2018

            بسم الله الرحمن الر حيم
  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعل ال محمد
"SIAPAKAH YG MEMILIKI NAFSU MUTMA'INNAH"
Mereka yg memiliki nafsu mutma'innah ini digolongkan dlm kalangan mukmin yg sejati. Mereka ini mendapat jaminan Allah SWT serta terlepas drpd azab Allah di akhirat kelak. Hati dan jiwa mereka tenang walaupun diuji dgn ujian yg berat.
Antara tanda2 mereka adalah:
pemurah, suka bersedekah, bertawakkal dan mempunyai semua sifat2 terpuji (mahmudah).
berilmu serta bijaksana, warak dan kuat beribadah.
Redho dgn qada' dan qadar Allah.
tenang dan bertaqwa, yakin bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung.
Mereka yg berada dlm tingkatan nafsu mutma'innah ini sentiasa mendapat petunjuk dan ilham drpd Allah SWT serta dijamin masuk syurga.Wasallam

*JANJI ALLAH SWT BAGI SESIAPA YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN*

Tadabbur al quran
30.01.18
🍃🌷🍃🌷🍃🌷🍃🌷
*JANJI ALLAH SWT BAGI SESIAPA YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN*

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ *فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ*

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

-Sura Al-Baqarah, Ayah 38

قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ *فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ*

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, *dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain* ; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

-Sura Ta-Ha, Ayah 123

Sudah menjadi ketetapan Allah SWT bahawa manusia itu pasti akan bermusuhan sesama sendiri sehingga adik beradik dan suami isteri juga dapat disaksikan bermusuhan.

Ganjaran bagi mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran ialah

1. Hidup yang tenang jauh daripada ketakutan dan kebimbangan.

2. Hidup tanpa kesedihan. Sentiasa bahagia walaupun orang memusuhi kita ... walaupun ditimpa kesusahan kehidupan.

3. Hidup tidak berpedoman. Sesat itu boleh dilihat daripada kebuntuan menyelesaikan masalah kehidupan. Mereka akan celaru, keliru dan sentiasa salah pertimbangan menyelesaikan permasalahan

4. Hidup bahagia tidak celaka. Ruang kecelakaan ini juga terlalu luas untuk diperhatikan dalam kehidupan.

Ketahuilah juga bahawa kita akan sentiasa difitnah dengan hidup saling memerlukan dan pimpin memimpin di antara satu sama lain. Ketika inilah dapat kita saksikan pelbagai sifat buruk insan bermusuhan kecuali mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran. Hatta mereka yang digelar ustaz pun dapat dilihat sifat permusuhan ini. Dan yang lebih pelik pemimpin parti islam adalah mereka yang kuat menabur fitnah dan kuat memecahbelahkan kesatuan insan walaupun di mulut mereka sering dilihat seruan supaya berpegang teguh dengan Al-Quran.

Ini membuktikan bahawa mereka sendiri tidak menghayati tuntutan Al-Quran yang menjadi zikir harian dalam kuliah mereka. Ketahuilah hanya dengan syahadah dan tadabbur sahaja kita benar benar dapat mengamalkan apa yang telah diwajibkan ke atas kita melalui Al-Quran seterusnya menghayati kebenaran kalam tuhan. Kita benar benar akan menyaksikan bagaimana Allah SWT mendidik kita setelah kita berusaha mendidik diri kita dengan arahanNya daripada Al-Quran.

*Kebahagiaan dunia akhirat hanya diberikan kepada mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah*

Tuesday 16 January 2018

PANGLIMA PERANG YANG DIPECAT

Ahad; 17.01.18
Tadabbur Al Quran
KISAH PANGLIMA PERANG YANG DIPECAT KERANA TAK PERNAH BERBUAT KESALAHAN

Pada zaman pemerintahan *Khalifah Syaidina Umar bin Khatab*, ada seorang panglima perang yang disegani lawan dan dicintai kawan. Panglima perang yang tak pernah kalah sepanjang karirnya memimpin tentara di medan perang.

Baik pada saat beliau masih menjadi panglima Quraish, maupun setelah beliau masuk Islam dan menjadi panglima perang umat muslim. Beliau adalah *Jenderal Khalid bin Walid*.

Namanya harum dimana-mana. Semua orang memujinya dan mengelu-elukannya. Kemana beliau pergi selalu disambut dengan teriakan, _"Hidup Khalid, hidup Jenderal, hidup Panglima Perang, hidup Pedang Allah yang Terhunus."_ Ya! .. beliau mendapat gelar langsung dari Rasulullah SAW yang menyebutnya sebagai *Pedang Allah yang Terhunus*.

Dalam suatu peperangan beliau pernah mengalahkan pasukan tentara Byzantium dengan jumlah pasukan 240.000. Padahal pasukan muslim yang dipimpinnya saat itu hanya berjumlah 46.000 orang. Dengan kejeliannya mengatur strategi, pertempuran itu bisa dimenangkannya dengan mudah. Pasukan musuh lari terbirit-birit.

Itulah *Khalid bin Walid*, beliau bahkan tak gentar sedikitpun menghadapi lawan yang jauh lebih banyak.

Ada satu kisah menarik dari Khalid bin Walid. Dia memang sangat sempurna di bidangnya; ahli siasat perang, mahir segala senjata, piawai dalam berkuda, dan karismatik di tengah prajuritnya. Dia juga tidak sombong dan lapang dada walaupun dia berada dalam puncak populariti

Pada suatu ketika, di saat beliau sedang berada di garis depan, memimpin peperangan, tiba-tiba datang seorang utusan dari Amirul mukminin, Syaidina Umar bin Khatab, yang mengantarkan sebuah surat. Di dalam surat tersebut tertulis pesan singkat, _"Dengan ini saya nyatakan Jenderal Khalid bin Walid di pecat sebagai panglima perang. Segera menghadap!"_

Menerima khabar tersebut tentu saja sang jenderal sangat gusar hingga tak bisa tidur. Beliau terus-menerus memikirkan alasan pemecatannya. Kesalahan apa yang telah saya lakukan? Kira-kira begitulah yang berkecamuk di dalam pikiran beliau kala itu.

Sebagai prajurit yang baik, taat pada atasan, beliaupun segera bersiap menghadap Khalifah Umar Bin Khatab. Sebelum berangkat beliau menyerahkan komando perang kepada penggantinya.

Sesampai di depan Umar beliau memberikan salam, _

"Assalamualaikum ya Amirul mukminin! Langsung saja! Saya menerima surat pemecatan. Apa betul saya di pecat?"_

_"Walaikumsalam warahmatullah!
Betul Khalid!"_ Jawab Khalifah.

_"Kalau masalah dipecat itu hak Anda sebagai pemimpin. Tapi, kalau boleh tahu, kesalahan saya apa?"_

_"Kamu tidak punya kesalahan."_

_"Kalau tidak punya kesalahan kenapa saya dipecat? Apa saya tak mampu menjadi panglima?"_

_"Pada zaman ini kamu adalah panglima terbaik."_

_"Lalu kenapa saya dipecat?"_ tanya Jenderal Khalid yang tak bisa menahan rasa penasarannya.

Dengan tenang Khalifah Umar bin Khatab menjawab, _"Khalid, engkau jenderal terbaik, panglima perang terhebat. Ratusan peperangan telah kau pimpin, dan tak pernah satu kalipun kalah. Setiap hari Masyarakat dan prajurit selalu menyanjungmu. Tak pernah saya mendengar orang menjelek-jelekkan. Tapi, ingat Khalid, kau juga adalah manusia biasa. Terlalu banyak orang yang memuji bukan tidak mungkin akan timbul rasa sombong dalam hatimu. Sedangkan Allah sangat membenci orang yang memiliki rasa sombong''_.

_''Seberat debu rasa sombong di dalam hati maka neraka jahanamlah tempatmu. Karena itu, maafkan aku wahai saudaraku, untuk menjagamu terpaksa saat ini kau saya pecat. Supaya engkau tahu, jangankan di hadapan Allah, di depan Umar saja kau tak bisa berbuat apa-apa!"_

Mendengar jawaban itu, Jenderal Khalid tertegun, bergetar, dan goyah. Dan dengan segenap kekuatan yang ada beliau langsung mendekap Khalifah Umar.

Sambil menangis beliau berbisik, _"Terima kasih ya Khalifah. Engkau saudaraku!"_

Bayangkan …. mengucapkan terima kasih setelah dipecat, padahal beliau tak berbuat kesalahan apapun. Adakah pejabat penting saat ini yang mampu berlaku mulia seperti itu? Yang banyak terjadi justru melakukan perlawanan, mempertahankan jabatan mati-matian, mencari dukungan, mencari teman, mencari pembenaran, atau mencari kesalahan orang lain supaya kesalahannya tertutupi.

Jangankan dipecat dari jabatan yang sangat bergengsi, 'kegagalan' atau keterhambatan dalam perjalanan karir pun seringkali tidak bisa diterima dengan lapang dada. Akhirnya semua disalahkan, sistem disalahkan, orang lain disalahkan, semua digugat.....bahkan hingga yang paling ekstrim.... Tuhan pun digugat..

Kembali ke Khalid bin Walid, hebatnya lagi, setelah dipecat beliau balik lagi ke medan perang. Tapi, tidak lagi sebagai panglima perang. Beliau bertempur sebagai prajurit biasa, sebagai bawahan, dipimpin oleh mantan bawahannya kemarin.

Beberapa orang prajurit terheran-heran melihat mantan panglima yang gagah berani tersebut masih mau ikut ambil bagian dalam peperangan. Padahal sudah dipecat. Lalu, ada diantara mereka yang bertanya, _"Ya Jenderal, mengapa Anda masih mau berperang? Padahal Anda sudah dipecat."_

Dengan tenang Khalid bin Walid menjawab, _"Saya berperang bukan karena jabatan, popularitas, bukan juga karena Khalifah Umar. Saya berperang semata-mata karena mencari keridhaan Allah."_

***********************************************

Sebuah cuplikan kisah yang sangat indah dari seorang Jenderal, panglima perang, *''Pedang Allah yang Terhunus''*.

Patut direnungkan dan di hayati.   Baca ulang sekali lagi!!! 

🌷kita ambil ibrah dr kisah ini🌷

Sunday 14 January 2018

Tadabbur:surah al hujarat:12

♦🧡♦🧡♦

TADABUR AL QURAN
SURAH AL HUJARAT

15/1/17
```HUKUM BERBURUK SANGKA DAN MENCARI-CARI KESALAHAN```

_Oleh Syaikh Abdul Muhsin Bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr_

Allah Ta’ala berfirman :

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺟْﺘَﻨِﺒُﻮﺍ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ﻣِّﻦَ ﺍﻟﻈَّﻦِّ ﺇِﻥَّ ﺑَﻌْﺾَ ﺍﻟﻈَّﻦِّ ﺇِﺛْﻢٌ ۖ ﻭَﻟَﺎ ﺗَﺠَﺴَّﺴُﻮﺍ

*"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”*
[Al-Hujurat : 12]

➡ Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa.

➡ Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah *mencari-cari kesalahan-kesalahan atau kejelekan-kejelekan orang lain*, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

ﺇِﻳَّﺎ ﻛُﻢْ ﻭَﺍﻟﻈَّﻦَّ ﻓَﺈِﻥَّ ﺍﻟﻈَّﻦَّ ﺃَﻛْﺬَﺏُ ﺍﻟْﺤَﺪِﻳْﺚِ ﻭَﻻَ ﺗَﺤَﺴَّﺴُﻮﺍ ﻭَﻻَ ﺗَﺠَﺴَّﺴُﻮﺍ ﻭَﻻَ ﺗَﺤَﺎﺳَﺪُﻭﺍ ﻭَﻻَﺗَﺪَﺍﺑَﺮُﻭﺍ ﻭَﻻَﺗَﺒَﺎﻏَﻀُﻮﺍ ﻭَﻛُﻮْﻧُﻮﺍﻋِﺒَﺎﺩَﺍﻟﻠَّﻪِ ﺇﺣْﻮَﺍﻧًﺎ

_"Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai,(mengintai-ngintai) saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”_ [1]

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata,
_“Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”_

Ibnu Katsir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.

Abu Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang biografinya bisa kita dapatkan dalam kitab Tahdzib At-Tahdzib berkata :
_“Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah *berprasangka buruk terhadap saudaramu*_

Disebutkan dalam kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata :
_"Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, “Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan perbuatan tersebut”._

Sufyan bin Husain berkata,
_“Aku pernah menyebutkan kejelekan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind [2], Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari kejelekanmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari kejelekanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu”_ [3]

Komentar saya :
_“Alangkah baiknya jawaban dari Iyas bin Mu’awiyah yang terkenal cerdas itu. Dan jawapan di atas salah satu contoh dari kecerdasan beliau”._

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal.131),
_"Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri dan melupakan kejelekan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa capai. Setiap kali dia melihat kejelekan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat kejelekan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan kejelekan orang lain dan melupakan kejelekannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya”._

Beliau juga berkata pada hal.133, _“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”._

[Disalin dari buku Rifqon Ahlassunnah bi Ahlissunnah Penulis Abdul Muhsin bin Hamd Al Abbad Al Badr, Edisi Indonesia Rifqon Ahlassunnah bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir dan Hajr, Penerbit : Titian Hidayah Ilahi Bandung, Cetakan Pertama Januari 2004]

[1]. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari hadits no. 6064 dan Muslim hadits no. 2563

[2]. Sind adalah negara yang bersempadan dengan India, -ed

[3]. Lihat Kitab Bidayah wa Nihayah karya Ibnu Katsir (XIII/121)