Wednesday 23 December 2015

Maulidul rasul

Ustaz Dr Roslan Mohammed
Kuliah subuh
24/12/15

Surah al-anbia ayat 107:
" Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam".

1. Hidup kita adalah kerana kerasulannya Nabi Muhammad SAW. Kita hidup bersama Rasulullah SAW dengan menghidupkan hubungan keimanan dan hubungan aqidah. Maka kehidupan kita sentiasa bersama Rasulullah.

2. Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan kita sebaliknya hubungannya dgn kita sentiasa ada melalui Al-Quran dan hadisnya. Namun kita yg menjauhi Nabi Muhammad SAW kerana tidak membaca Al-Quran dan kitab2 hadisnya.
Bacalah Al-Quran dan hadisnya agar dapat menyelamatkan kita di padang masyhar nanti.

3. Cara rapati Nabi Muhammad SAW ialah kita baca kitab sirahnya dan menuruti segala perintahnya, Allah akan sayang kepada kita.

4. Rasulullah adalah penyelamat dengan memberi syafaat di padang mashyar. Walaupun Rasulullah tidak pernah berjumpa umatnya selepas kewafatannya, tetapi Rasulullah mengenali umatnya dengan iman dan amal.

Jadilah kita umat yang ada Iman dan Amal. Orang yang paling berjaya dan tenang, ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.

Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi berkata (Ulama India): Orang yang inginkan kemulian hidup hendaklah melakukan tiga perkara:
1. Selawat salam ke atas nabi yang tidak putus2, dengan selawat itulah lahirnya cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW.
2. Faham apa perintah dan suruhan Nabi Muhammad SAW.
3. Sentiasa bercita-cita dengan tanamkan di dalam hati untuk bersama Nabi Muhammad SAW di padang masyhar.

Untuk mencapai matlamat tersebut, maka susun program di dalam rumah untuk keluarga kita dengan membaca al-Quran, hadis dan sirah Rasulullah setiap hari.

Wallahu a'lam.

Tazkirah nafs

�� TAZKIRAH: USRAH BIDAYATULHIDAYAH ��

Ketahuilah wahai penuntut bahawa agama itu terdiri dari dua bahagian :-
Pertama :  Meninggalkan Maksiat
Kedua : Mengerjakan ketaatan.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap org tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yg benar) oleh kerana itu Rasulullah saw bersabda :

المهاجرمن هجر السوء والمجاهد من جاهد هواء

"Orang yg berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yg berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan). Dan mujahid yg sebenarnya ialah org yg memerangi hawa nafsunya."