Monday 18 January 2016

Ketua Penerangan PAS di arah bayar RM10K

Ketua Penerangan PAS tarik kenyataan, diarah bayar kos RM10,000 kepada Guan Eng
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hasan At-Tantawi hari ini diarah membayar kos RM10,000 kepada plaintif serta menarik balik kenyataan kononnya Kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng tidak mengamalkan tender terbuka dalam Projek Terowong Bawah Tanah.

Penghakiman persetujuan itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pagi tadi.

"Selepas kita menunjukkan dokumen, akhirnya beliau menerima kebenaran bahawa Kerajaan Negeri memang mengamalkan tender terbuka.

"Ini kerja Tuhan, iaitu menunjukkan kebenaran itu benar," jelas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kepada pemberita.