Friday 25 September 2015

KORBAN 10&11 Zulhijjah 1436H

Alllhamdulillah tahun ini Balai Kuliah Tasawwur Islami dapat melakukan korban  sebanyak 5 ekor(2 ekor kerbau &3 ekor lembu.

Asas-Asas Syar'ie Parti AMANAH NEGARA

 

Asas-Asas Syar'ie Parti Amanah Negara dan Keperluan Politik Muafakat 

 

Pendahuluan

Perkembangan politik kepartian di Malaysia diwarnai oleh berbagai aspek dan angkubah yang wujud dalam negara kita Malaysia. Sebagai negara majmuk yang berlandaskan kepada sistem demokrasi liberal dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia   yang meletakan Islam sebagai agama negara , Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan , serta sistem Raja Berperlembagaan. Ini di samping dasar Rukun Negara , dasar budaya kebangsaan, dasar pungurusan ekonomi dan dasar yang dibentuk oleh kerajaan adalah sebagai pencorak utama kepada pelaksanaan politik di Malaysia.

Dalam kontek perjuangan Islam parti PAS , Keadilan dan UMNO adalah mewakili hasrat kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam serta activist Islam. Dengan lebih menjurus Pakatan Rakyat adalah dianggap sebagai kumpulan politik yang akan mengambil alih pucuk pemerintah politik di Malaysia setelah baru-baru ini ia berjaya mendapat 52 peratus undi popular sehingga dapat menidakkan asas legitimacy kerajaan BN yang memerintah sekarang. Asas ini terus terhakis kini oleh pengurusan politik dan kewangan yang sangat buruk sehingga menyebabkan nilai ringgit turun dengan amat menggerunkan sekali serta meningkatnya hutang Negara berbilion ringgit; sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Sebab itu sebagai suatu usaha bersama gabungan BERSIH mengadakan perhimpunan Bersih4 . Menurut Penganalisa Politweet yang menekuni perkembangan mutakhir secara khusus:

“ The demands of the rally are for Prime Minister Najib Razak to step down and the following institutional reforms to be implemented:

1. Clean Elections

2. Clean Governments

3. Saving Malaysia’s Economy

4. Right to Dissent

5. Strengthening Parliamentary Democracy (added on August 14th)

On August 14th Bersih released a statement adding a demand for a transitional government to be formed after Najib’s resignation. This government would need to implement 10 institutional reforms within the next 18 months to ensure the next General Election would be conducted in a clean, free and fair manner:

1. Reform of electoral system and process

2. Reform of the Election Commission (EC)

3. Separation of Prime Minister and Finance Minister

4. Parliamentary Reform

5. Separation of the functions of Attorney General and Director of Public Prosecution

6. Reform of the MACC

7. Freedom of Information laws

8. Asset declaration by Ministers and senior state officials

9. Abolishment of/Amendment to draconian laws

10. Establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)

On August 27th Opposition MPs from PKR, DAP and GHB released a joint statement declaring they would work with BN MPs to form a new government provided that Anwar Ibrahim and other prisoners of conscience be released; and political reforms be the core agenda of the new government.”

Isu-isu yang diperjuangkan oleh Bersih seperti di atas adalah bersifat universal; sebagaimana ia relevan dalam pentadbiran negara, ia juga adalah sangat relevan dalam tadbir urus unit-unit yang lebih kecil termasuklah parti-parti politik.

Latar Belakang Krisis

Dalam suasana krisis politik yang melanda BN atau lebih khusus UMNO sehingga meningkatkan peluang pembangkang untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang, Parti Islam (PAS) serta Pakatan Rakyat berhadapan dengan kemelut yang bukan sahaja menghapuskan keberadaan Pakatan itu malah membawa krisis antara parti PAS dan DAP serta krisis kepimpinan tertinggi dalam PAS itu sendiri. Ini dilihat berpunca daripada pra matangnya shura di kalangan pimpinan utama PAS mengenai Kanun jenayah Syariah yang hendak dikuatkuasakan di Kelantan. Wujudnya golongan yang pro dan yang kontra dengan anggapan persetujuan wakil Umno Kelantan bersama PAS adalah suatu usaha Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pas itu sendiri. Ketidak serasian dan perbezaan “awlawiyat” (Perkara yang diutama dan didahulukan) pemimpin tertinggi PAS dalam  perkara ini, di samping pertikaian tentang ‘Langkah Kajang', isu MB Selangor dan lain-lain telah juga menjarakkan golongan ulama dan golongan yang dipanggil professional. Ditambah dengan meruncingnya hubungan antara dua kumpulan pemimpin tertinggi PAS;  ini telah dihangatkan lagi dengan salah laku pengurusan perwakilan dan pemilihan kepimpinan ketika pemilihan di Muktamar yang lepas sehingga memenangkan kumpulan yang ada di dalam “chai” yang dikehendaki oleh kalangan yang terdekat dengan Presiden. Ini kemudiannya menyebabkan 18 pimpinan utama dan penting PAS kalah dalam pemilihan kepimpinan yang dianggap berlaku sesuatu yang kurang adil dan meragukan. Sebelum ini sudah berlaku serangan peribadi terhadap kumpulan ini dengan gelaran yang buruk, anggapan mereka adalah duri dalam daging dan halangan terhadap kebijaksanaan tindakan presiden, mereka golongan yang mesti dihapuskan kerana menjadi gunting dalam lipatan dan berbagai lagi pertuduhan. Komen presiden PAS sendiri yang gembira dengan kekalahan serta trend penyingkiran pimpinan G18 ini telah menjarakkan lagi hubungan dan bentuk penyelesaian yang boleh dibuat terhadap krisis kepimpinan PAS ini.

Penyelasaian Krisis

Memandangkan kehadiran mereka dalam kepimpinan dianggap sesuatu yang membebankan parti maka ternyata usaha untuk mencari jalan tengah sukar dijalankan. Di samping itu harus diingat bahawa pasal 15 Perlembagaan PAS ( Pindaan 2011 ) itu sendiri membenarkan seseorang ahli PAS memohon berhenti dari menjadi ahli. Ini menunjukkan bahawa keluar daripada parti PAS tidaklah bercanggah dengan perlembagaan parti; apatah lagi syara' .

Berlandaskan perkembangan mutakhir (tanpa memperincikan titik kelemahan pimpinan dan bentuk pertikaian ) maka diputuskan oleh kalangan kepimpinan yang tercantas agar diadakan sebuah parti Islam baru  dengan pendekatan yang lebih mesra rakyat, progresif dan amanah demi meneruskan perjuangan politik mereka yang umumnya adalah ahli Parlimen dan Adun di kawasan masing-masing. Sebagai  warga negara mereka memang berhak untuk terus berpolitik menerusi wadah politik baru selaras dengan fiqh siasi Islam terkini yang membenarkan penubuhan tersebut dalam suasana yang sedang mereka hadapi ini.

Dalam masa yang sama suatu pembaharuan dalam persepsi politik semasa dan pendekatan serta kaedah bertindak yang lebih anjal dan mesra rakyat perlu diusahakan demi kesinambungan perjuangan politik Islam itu sendiri sepertimana yang berlaku dalam gerakan politik Islam di Turkey yang telah berjaya mencapai unjuran kejayaan yang sangat positif; hasil dari percambahan wadah politik baru; meskipun terdapat perbedeaan di sana sini.

Asas-Asas Dalil Parti Amanah Negara

Rasional penubuhan Parti Amanah Negara dalam perkembangan mutakhir politik di Malaysia sebagaimana yang telah dijelaskan, disokong oleh dalil-dalil syar'ie seperti berikut:

Penubuhan Parti Amanah Negara adalah berlandaskan kepada ayat al Quran dalam surah Al Zumar ayat 18

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ

Orang-orang yang mendengar wacana nasihat lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberikan petunjuk Allah dan mempunyai akal yang bijak.

Firman Allah dalam Surah Al hadid 21 :

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاء وَالأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Berlumba-lumbalah kalian untuk meraih keampunan daripada Tuhan kalian dan syurga yang ukurannya seluas langit dan bumi disediakan untuk orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia mahu. Memang Allah mempunyai kurniaan yang besar.

 

Al Mutaffifin 26:

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

(Anugerah) penamat di syurga itu ialah haruman kasturi dan demi itu maka kalian hendaklah saling berlumba-lumba untuk meraihnya.

Berlandaskan kepada hadis Rasulullah :

((إنما بُعثتم ميسِّرين، ولم تبعثوا معسِّرين))

Kalian diutus untuk menjadi umat yang memudahkan dan kalian bukan diutus untuk menyusahkan.

Berlandaskan kepada kaedah :

المشقة تجلب التيسير

Kesulitan mengundang kemudahan

Dan kaedah

الأمر إذا ضاق اتسع

Sesuatu itu apabila serba menyempitkan maka ia boleh diperluas dan dilapangkan.

Berlandaskan kepada kajian Dr Al Fateh Abdullah Abdul Salam yang antara lain menegaskan :

 "Sesuatu perkara yang wajib tidak sempurna tanpa kehadirannya  maka perkara itu menjadi wajib ( dihadirkan). Ini  adalah suatu kaedah yang valid untuk diguna pakai. Kalau kaedah ini dihubungkaitkan dengan bidang pemerintahan dan politik maka kita akan dapati bahawa syariat mewajibkan kita menegakkan beberapa prinsip Kulliyah yang dalam realiti kini menuntut agar diwujudkan kepelbagaian atau situasi berbilang parti politik. Sebagai contoh; syura umpamanya tidak syak lagi merupakan satu daripada kaedah Kuliyah syara'. Tidak ada cara untuk merealisasinya - menurut hemat kami  - di zaman kita kini melainkan melalui kehadiran berbilang parti politik. Ruang lingkup syura  dalam bidang pemerintahan merangkum proses peralihan kuasa pehak yang memerintah, di samping tugas pengawasan dan pemantauan perlaksanaan kuasa si pemerintah .Dalam dua situasi ini kepelbagaian atau berbilang parti memainkan  peranan utama sebagai paksi pemerintahan politik."

"Seterusnya kaedah "Az Zarai' atau merujuk kepada pertimbangan akibat sesuatu perkara dalam jangka tertentu. Dari sudut ini kita boleh menanggapi kepelbagaian atau dasar berbilang parti sebagai wahana dan pemangkin yang boleh menghalang gejala pemerintahan kuku besi dari satu sudut. Malah  dari satu sudut yang lain  ia juga boleh menghalang timbulnya huru hara dan revolusi berdarah;  ini kerena ia boleh memangkinkan ketenteraman yg menusabah dalam jangka waktu tertentu. Dalam masa yang sama ini memberi ruang kepada oposisi ikut serta dalam kongsi kuasa demi melaksanakan program pembangunan pilihan politiknya . Oleh kerana hukum wasilah adalah berlandaskan hukum Maqasid atau Ghayat ( Matlamat  sesuatu ); sama ada hukumnya halal atau haram. Bagi mereka yang cenderung membuat pertimbangan tentang mafsadah kerosakan yang disebabkan  oleh wujudnya situasi kepelbagaian dan berbilang parti ini mereka juga patut mengambil kira tentang bencana yang mungkin timbul dari wujudnya kepelbagaian dengan manfaat serta kebaikan yang mungkin muncul dengan pendekatan kepelbagaian dari sudut ia memberi kesempatan berkembangnya pengalaman serta pengkayaan pengalaman berpolitik hasil dari kepelbagaian tersebut. Ini ditambah lagi dengan peluang memperteguh dan meningkatkan lagi kesedaran berpolitik di kalangan orang ramai , peluang melindungi nilai kebebasan , menghalang kecenderungan untuk bersikap kuku besi dalam memerintah di samping mengekal dan menyibarkan kestabilan politik di kalangan rakyat dan masyarakat.".

 

"Seterusnya kebaikan berbilang parti dapat disikapi dari sudut ia melindungi hak dan berbagai kebebasan umum. Parti-parti ini adalah dianggap sebagai wahana dan instrumen yang berkesan memberi ruang kepada individu dan kumpulan orang ramai untuk mengamalkan atau memperkasa hak dan kebebasan umum mereka. Ini semestinya akan menghalang trend ke arah bersikap kuku besi dalam memerintah oleh pihak berkuasa, malah ia menghalang usaha menghakis hak-hak warga negara sebagai rakyat. Ini tidak bermakna bahwa kami berpendapat bahawa hanya dengan kepelbagaian dan berbilang parti sahaja sebagai satu-satunya jalan melindungi hak dan kebebasan umum. Sebaliknya, pendapat kami sebenarnya ialah berbilang parti ini pemangkin dan wahana yang paling berkesan untuk meraih cita-cita luhur berkenaan. Sekiranya ia tidak - pada dasarnya - bertentangan dengan hukum syara' manakala mafsadah dan kerosakannya tidak lebih besar dari faedah yang mungkin boleh diraih dengannya maka kebolehpakaian dasar ini tetap menjadi pegangan yang sah dan absah."

"Akhirnya yang boleh menjadi sandaran ialah (السوابق التاريخية) Duluan  sejarah atau precedent."

"Pihak yang mengatakan bahawa kepelbagaian parti politik Islam ini adalah sah dan dibenarkan melandaskan pandangan mereka dengan mengatakan bahawa sejarah Islam sebelum ini telah menyaksikan gejala kepelbagaian ini dalam bentuk munculnya beberapa kumpulan dan jalur pemikiran berkelompok seperti wujudnya Khawarij, Muktazilah, Syiah, Murji'ah dan lain-lain. Kalau kita renung secara lebih mendalam maka kita akan dapati mereka ini sebagai suatu kumpulan politik; sebab pada dasarnya mereka mempunyai alternatif tersendiri dalam membuat pilihan terhadap program yang bersifat politik; meskipun pilihan tersebut terselit di bawah lapisan tuntutan yang bersifat mazhab agama  di bahagian luarnya."

Hujah di atas membenarkan kehadiran berbagai parti yang berjuang untuk matlamat Islam; walaupun tidak berjenama dengan "Islam" pada zahirnya kerana kekangan undang-undang setempat yang menghalang, demi memberi ruang kepada aktivist pejuang Islam untuk meneruskan perjuangan politik mereka. 

Ini tentunya perlu diimbangi dengan kesedaran yang setara dengan realiti masyarakat madani yang tidak menganggap bahawa sesuatu parti memonopli perjuangan Islam dengan menafikan hak orang lain atau pihak lain memainkan tanggungjawab mereka sebagai rakyat dalam masyarakat madani yang demokratik memperjuangkan Islam, serta berleluasa pula menganggap mereka sebagai pengkhianat,fasiq ,musuh atau alat orang kafir dalam dan luar negara.

Menyedari kehadiran Parti Amanah Negara adalah untuk melengkapkan lagi sudut penataran kerja-kerja politik dalam bentuk yang lebih dinamis, berorientasikan masa depan , progresif dengan parti-parti  pakatan yang lain maka kehadiran Parti Amanah Negara adalah sangat dialu-alukan demi mencorakkan kegiatan politk yang lebih competetif dan bermanfaat untuk masyarakat majmuk.

Parti Amanah Negara Bukan Pengkhianat

Memandangkan  latar belakang kemunculan parti ini sepertimana yang telah dihuraikan secara ringkas sebelum inj maka kumpulan yang mengambil keputusan mengasaskan parti ini bukanlah pengkhianat menurut syara’. Ini kerana mereka telah semacam dipaksa keluar secara  tidak adil dan dijatuhkan maruah serta kredebiliti mereka oleh kumpulan yang memihak kepada presiden. Dalam konteks ini mereka adalah kumpulan teraniaya setelah sekian lama mereka berjuang gigih untuk memenangkan perjuangan parti PAS di Parlimen dan di luar Parlimen; tiba-tiba mereka dianggap sebagai duri dalam daging dan sampah yang tidak berharga.

Dalam hubungan ini menurut Dr Murad Fadhl Bin Abdullah dalam buku beliau "Al Muqaddimah Fi Fiqh Al Asr":

"Pemerintah kalau menganiaya seseorang dan tidak mahu berlaku adil dengan keengganan membawa isu ini kepada pengadilan atau enggan hadir ke pengadilan Tahkim (mahkamah ) maka orang yang berkenaan tidak wajib patuh atau taat kepada pemerintah negerinya sehinggalah ia menyelesaikan kes keterzaliman tersebut. Peraturan seperti ini telah menjadi peraturan tetap kemudiannya dalam pemerintahan khalifah Omar seperti diriwayatkan dalam "athar " dengan sanad yang sahih oleh al Khallah yang teksnya  berbunyi:

من كانت له عند اميره مظلمة فلم ينصفه فلا طاعة له عليه دوني 

"Siapa yang Amirnya melakukan kezaliman terhadap dirinya dan Amir atau pemerintah itu tidak mahu memberikan keadilan kepadanya maka tidaklah dia wajib mematuhi Amir tersebut sehinggalah aku (Saidina Omar ) menyelesaikannya."

 

"Asas amalan ini ialah firman Allah dalam  (Surah Al Nisa Ayat 59. 

فان تنازعتم في شيء فردوه الى الله والى الرسول ....

Sekiranya kalian bertikai dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah  kepada Allah dan kepada Rasul."

 

"Ketidak patuhan ini ialah semasa dalam pertelingkahan dengan pemerintah di mana kedua pihak yang bertikai diwajibkan bertahkim."

 

"Amalan Saidina Omar ini  adalah sah;  bahkan sunnah . Ia semacam kodifikasi kanun yang berlandaskan nas; di mana beliau telah merumuskannya sebagai peraturan umum atau asas perlembagaan atau sebagai satu fasal dari kanun yang diperundangkan."

Kes yang disebut di atas adalah kalau seseorang itu dianiaya oleh pemerintah . Oleh itu kes ini boleh dikiaskan dengan lebih aula untuk hubungan antara pemimpin parti dan ahlinya.

 

Para pemimpin parti baru ini umumnya adalah mereka yang diusir keluar secara langsung dan  tidak langsung kerana persengketaan yang berlaku. Mereka adalah mangsa yang mencari wadah baru dan mahu memperkasa asas tahaluf  serta  kerjasama untuk meneruskan perjuangan Islam dalam masyarakat madani yang memperakui hak mereka untuk bergerak dalam parti politik baru; di mana mereka dapat meneroka usaha dan cara baru untuk menegakkan keadilan dan perjuangan Islam yang mereka amalkan selama ini.

Isu sumpah sudah mereka selesaikan dengan Allah dengan melepaskan diri mereka menurut ketentuan fiqh syara’.

Mereka bukan orang yang lari dari medan perjuangan; tetapi sebaliknya mereka tetap istiqamah dan meneruskan perjuangan Islam dengan wadah baru; bersih dari penghinaan terhadap diri dan maruah mereka . Kalau pun mereka hendak disifatkan sebagai orang yang lari dari medan perang maka mereka adalah orang yang memihak kepada kumpulan permuafakatan yang lebih besar atau menurut istilah Quran sebagai “Mutahaiyizan Ila Fi’ah Aw Mutaharifan Lil Qital “ demi meneruskan perjuangan asal. Dalam dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda :

" من قال أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحيّ القيوم غفر له وإن كان قد فرّ من الزحف ".

Siapa yang menyebut:

أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحيّ القيوم

Maka dosanya akan diampunkan oleh Allah meskipun ia lari dari medan tempur.

 

Kewajipan Tidak Menghina dan Merendahkan Rakan Seperjuangan

Sebenarnya memang menjadi kewajiban setiap muslim untuk menghargai dan menghurmati saudara Islam yang lain. Malah inilah prasyarat persahabatan hasil dari nikmat iman.

Sebab itu dalam kesempatan  ini kita mengajak para pemimpin dan pengikut gerakan Islam agar mengamalkan gesaan Al Quran Surah Al Hujurat ayat 11 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang beriman, janganlah sesuatu kaum dalam kalangan kamu itu merendah dan menghina kaum yang lain kerana kemungkinan mereka yang direndah dan dihina itu lebih baik daripada mereka yang merendah-rendahkan itu.   Jangan pula kaum wanita kamu mempersendakan kaum wanita lain kerana kemungkinan wanita yang dipersendakan itu lebih baik daripada mereka yang mempersendakan.  Janganlah kamu mencaci sesama kamu. Janganlah kamu menggelar sesama kamu dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah memanggil seseorang dengan kata fasik dan kufur sesudah dia beriman. Sesiapa yang melakukan sedemikian dan tidak bertaubat, maka mereka termasuk dalam kalangan orang yang zalim.

Rasulullah bersabda : Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.

 

Penutup

Kini Pakatan Harapan sudah pun terbentuk dengan tiga parti teras iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara untuk menghadap pilihanraya yang akan datang . PAS masih berkesempatan untuk bersama pada masa hadapan apabila timbul kesedaran yang mendalam bahawa kejayaan perjuangannya tidak mungkin diraih secara bersendirian. Kita masih tidak berputus harap tentang kembalinya PAS untuk bersama dengan Pakatan Harapan ini dengan semangat setiakawan dan iltizamn yang lebih kental insyaallah.

Selaras dengan harapan di atas marilah kita terus memperjuangkan Islam dengan meneruskan ukhuwwah dan kasih sayang yang kita warisi selama bertahun-tahun dalam usaha kita memperjuangkan Islam ini. Mari kita bermaaf-maafan dan berlapang dada atas apa jua kelemahan masing-masing dan perkara lepas yang sudah menjadi sejarah. Mari kita bina masa hadapan kita dengan redha kepada segala takdir dan Qadha’ Allah. Marilah kita sentiasa bersangka baik terhadap rakan-rakan seperjuangan Islam sekalipun berlainan wadah. Perpaduan gerakan Islam meskipun berlainan wadah adalah lebih utama untuk dipertahankan, demi memperjuangkan kepentingan agama yang menjadi tunjang perjuangan yang didokong bersama.  Orang-orang mukmin adalah bersaudara, seperti satu binaan; masing-masing perlu bekerjasama, saling melengkapi- kelemahan dan kekuatan masing-masing, dan berlapang dada atas kelemahan yang ada serta cuba mencari titik persamaan dengan penuh hikmah dan berdiplomasi. Inilah adab ikhtilaf yang menuntut keimanan, keikhlasan dan kesedaran sivik yang tinggi. Perkara yang sudah berlaku harus diterima dengan redha dan hati yang terbuka.. 

لا حول ولا قوة الا بالله

Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam segala takdir dan qadha’nya. Mari kita berpakat dan kembali meneruskan perjuangan dengan lebih gigih dan bertenaga tanpa membuang masa dan tenaga dengan meneruskan dendam permusuhan dan kebencian yang tidak bertempat. Ya Allah bukakan pintu hati saudara seperjuangan kami , lapangkan perasaan mereka , kurniakan mereka semangat dan jiwa besar serta tekad untuk terus berpadu dalam perjuangan menobatkan nilai-nilai murni agama Mu, Innaka Sami’un Mujib.

Salam Idul Adha 1436 untuk semua dan sama-samalah kita menghayati semangat pengorbanan semata-mata demi  Allah S.W.T.

10 Zulhijjah 1436

24 September 2015

Ahmad Awang 

Penasihat Umum Parti Amanah Negara

Monday 21 September 2015

Siapa sebenarnya pengkhianat?

PAS tolak 'pengkhianat'tapi  bolih  khianat?

ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.

Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai “pengkhianat”, maka kami perlu menjawab. Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.

Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

Siapa pengkhianat?

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insiderberhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”.

Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.

Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru.

Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan.

Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap “pengkhianat” ini tidak mampu menghalang presiden PAS untuk mengkhianati Pakatan. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali.

Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS “dikhianati”, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?

Adakah mungkin presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat sama ada kawasan, negeri dan pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR?

Atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon Umno/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS. Tidakkah itu satu pengkhianatan?

Tuduh Marxis, pil kuda

Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr Nasir sebagai manusia yang “mempertuhankan Marx”?

Sedangkan, Hadi tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Dr Nasir. Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan Umno/BN dan kekalahan PKR.

Sepertimana juga dengan tuduhan liar “pil kuda” tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain “pengkhianat” seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku.

Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS. Walhal, usaha membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS. Namun, apakan daya kerana PAS dianggap boleh buat sesuka hatinya atas alasan bahawa dirinya sebuah parti Islam.

Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan Umno untuk pertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semasa krisis yang lalu.

Penubuhan kerajaan PAS-Umno

Melalui tindakan beliau, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan PAS-Umno dengan dipimpin Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu.

Akhirnya kerajaan PAS-Umno yang dipimpin Khalid itu telah dijatuhkan apabila dua ADUN PAS menyatakan mereka tidak menyokong beliau sebagai MB. Mereka berdua telah menandatangani Surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.

Kemarahan presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “broker dan barua” serta tuduhan dua ADUN dibeli tanpa mengemukakan sebarang bukti mahu pun saksi.

Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, presiden PAS menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain.

Ini akan dilakukan setelah Khalid Ibrahim memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh enam bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB untuk tempoh enam bulan dan menggantikannya dengan Azmin Ali sekiranya usaha PAS ini disokong Umno.

Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa dua ADUN yang pasti tidak akan sokong). Sekiranya dicampur dengan Khalid Ibrahim dan Azmin bersama tiga lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN.

Namun, mereka memerlukan 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh Umno yang menguassai 12 kerusi DUN.

Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan “pengkhianat” maka sudah pasti, pertama sekali, tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

Bagi kami dalam AMANAH, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan negara?

KHALID SAMAD
Ahli Parlimen Shah Alam

Salah guna ayat al quraan utk kepentingan diri &politik

Haji Hadi Bukan Nabi.. PAS bukan Agama...

Inilah masalahnya bila Ulama mencari dalil bagi menjadikan ayat2 Quran sebagai perisai diri.. Masih mengaitkan soal kepercayaan Politik dengan kepercayaan Agama dan Aqidah.. 

Bagaimana Tok Guru haji Hadi boleh Menyamakan Bai'ah Sahabat, dan Ummat ketika itu kepada Nabi, dengan Bai'ah kepada parti Politik.. 

Apakah Haji Hadi itu Nabi dan PAS itu agama sebagai ukuran Aqidah? tidak kah Tok Guru Haji hadi dapat membezakan Munafiq Zaman Nabi itu Munafiq I'tiqadi.. mereka berpura pura Ber'baiah kepada Nabi.. mengakui kenabian Nabi Muhammad tetapi mereka sebenarnya berpura pura Beriman dan menyembunyikan kekafiran... 

Haji Hadi telah menyalah Tafsir Ayat Quran demi Kepentingan diri.. Amat menyedihkan..

 seperti mana Firman Allah dalam Surah Munafiqun ayat 19 

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ 

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Ayat ini diriwayat dari hadis Bukhari, sanad nya disampai kpd Zaid bin Arqam bagaimana Abdullah Bin Ubai cuba memperngaruhi orang terdekat dengan nabi agar tidak menginfaqkan diri dan harta kepada Nabi, mereka hanya mengakui kenabian hanya di mulut sedangkan hati mereka tidak beriman.. Bersambung dari ayat pertama, ia menyentuh soal Sumpah kaum Munafiq di dalam ayat 2 Surah Munafiqun..

 ٱتَّخَذُوٓا۟ أَيْمَٰنَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ  

Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan..

 Cukuplah setakat ini dulu ulasan aku, Soal Sumpah(yamin) dan Baiah talaq Isteri dah aku ulas sebelum ini, Aku sering melihat Tulisan Tok guru selama ini cuba mengaitkan persoalan kepercayaan Aqidah dan soal kepercayaan kepada sesebuah Parti atau Wadah perjuangan.. Cukup lah Tok Guru haji hadi.. 

Berhentikan menggunakan Ayat Quran demi mempertahankan Kesilapan dan kesalahan sendiri.. tidak perlu sampai mempertahankan kemungkaran Talaq 3 dalam bai'ah PAS, Rendahkan lah diri kamu.. Isteri dan rumah tanggan bukan bahan dagangan Politik.. jangan amal budaya takfir.. buanglah sikap Ego dan Meninggi diri.. merasakan hanya mereka sahaja berada di pihak yang Benar..

 Haji Hadi Bukan Nabi.. PAS bukan Agama... Perjuangan dan Aqidah Islam bukan hak Esklusif PAS...

Ulasan ini dari watsaap grp.

Saturday 19 September 2015

Jika HATI. . .

06 Zulhijjah 1436H
20 September 2015

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ  ٱللَّهِ  ٱلرَّحْمَـنِ  ٱلرَّحِيم

Jiwa manusia jadi kuat bila HATI...

Ada keimanan yang dinamik (menggerak dan menjana
perubahan diri)

وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ ﴿٧﴾

...tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.
(Al-Hujuraat: 7)

Keimanan membentuk dan mencorakkan jiwa seorang mukmin bahkan menjana sikap berkonfrontasi terhadap kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan

Keimanan menjadikan jiwa yang kuat berpegang teguh dengan tali Allah ta'ala.

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾  البقرة

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah: 256)

Keimanan mengukuhkan ruh jihad dan perjuangan serta penyerahan diri padaNya.

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
(Al-Ahzaab: 22)

Keimanan memperkukuhkan hidayat dalam jiwa mukmin.

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ
عَلِيمٌ ﴿١١﴾     التغابن  ١١

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(At-Taghabun: 11)

Keimanan menjulang rasa tinggi  (الإستعلاء) terhadap Islam dan perjuangannya.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾  آل عمران ١٣٩

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali 'Imran: 139)

Keimanan menambat ketenangan dan keyakinan sehingga terpahat istiqamah dalam jiwa.

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّـهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ( ٤ )  الحجرات  ٤

Bergembiralah menjadi seorang mukmin

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi bagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup (kesenangan),diapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa kesukaran, yakni bencana, diapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Friday 18 September 2015

Ayat Al Quran Mengenai Amanah,'Aamil dan 'Asmilin

Ayat Al Quran Mengenai Amanah, ‘Aamil dan ‘Aamilin :

PERKATAAN AMANAH:
Ak Baqarah 283:
وَإِن كُنتُمْ عَلَى سَفَرٍ وَلَمْ تَجِدُواْ كَاتِبًا فَرِهَانٌ مَّقْبُوضَةٌ فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُم بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلاَ تَكْتُمُواْ الشَّهَادَةَ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
Maksudnya:
Jika kamu dalam perjalanan tetapi kamu tidak menemui jurutulis, maka hendaklah memberikan barang jaminan untuk dicagarkan. Kemudian jika pemiutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah pihak yang dipercayai itu menyempurnakan hutang yang diamanahkan kepadanya. Dia hendaklah bertakwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu menyembunyikan penyaksian itu. Sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia orang yang berdosa hatinya. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Al Ahzab 72:
إِنَّا عَرَضْنَا الأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولا
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang.  Semuanya enggan memikul amanat tersebut kerana bimbang akan mengkhianatinya. Lalu amanat itu dipikul oleh manusia. Namun manusia itu zalim dan jahil.

Al Nisa’ 58:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya. Apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sebenarnya Allahlah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sememangnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Al Mu’minun 8
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Maksudnya:
Ikut (beruntung) orang-orang yang menjaga amanah dan melunaskan janjinya.

Al Ma’aarij 32:
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
Maksudnya:
Ikut (beruntung) orang-orang yang menjaga amanah dan melunaskan janjinya.

Perkataan ‘Amil (Pekerja)
Ali Imran 195:
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّن عِندِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
Maksudnya:
Maka doa mereka diperkenankan oleh Tuhan mereka dengan firman-Nya: “Sesungguhnya Aku tidak akan mempersia-siakan amalan soleh orang-orang yang berkerja  (beramal)  daripada kalangan kamu, sama ada lelaki mahupun perempuan.  Hal ini demikian kerana sebahagian daripada kamu merupakan keturunan kepada sebahagian yang lain. Oleh itu, orang-orang yang berhijrah, yang dihalau dari tempat tinggalnya, yang disakiti kerana menuruti jalan-Ku, yang berjuang dan yang gugur syahid pastinya akan Aku hapuskan dosa kesalahan mereka. Malah Aku tentu memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai dan mata air sebagai balasan kebaikan daripada-Ku.  Ingatlah, balasan pahala yang paling baik sememangnya di sisi Allah.”

Al An’am 135,
قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُواْ عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya:
Katakanlah, wahai Muhammad: "Wahai kaumku! berkerja dan berbuatlah menurut apa jua pendirian kamu. Aku tetap  akan berusaha menurut pendirianku dan arahan Tuhanku. Kelak akan kamu ketahui siapa yang akan mendapat tempat terbaik di Akhirat nanti di sisi-Nya. Orang-orang yang zalim sudah pasti tidak akan beruntung pada hari itu
Hud 93:
وَيَا قَوْمِ اعْمَلُواْ عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ سَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَمَنْ هُوَ كَاذِبٌ وَارْتَقِبُواْ إِنِّي مَعَكُمْ رَقِيبٌ
Maksudnya:
“Wahai kaumku,  kerja dan lakukanlah mengikut apa yang kamu mahu lakukan (untuk menyekat seruan ini). Namun aku tetap berkerja (untuk menyampaikannya). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang ditimpa bencana yang mengaibkan dan siapa pula yang sebenarnya pendusta. Tunggulah ketika saat itu tiba, sesungguhnya aku akan menunggu bersama kamu.”

Al Zumar :39
قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya
Katakan :Wahai kaumku,  kerja dan lakukanlah mengikut kedudukan masing-masing(untuk menyekat seruan ini). Namun aku tetap berkerja (menyibarkannya).Nanti kamu akan tahu (siapa yang benar dan hak)
Al Ghasyiah :3
عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ
Terus berkerja (berat) dengan segala keletihan
Perkataan ‘Amilun
Hud 121:
وَقُل لِّلَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ اعْمَلُواْ عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنَّا عَامِلُونَ
Katakan kepada mereka yang tidak beriman kerja dan lakukanlah mengikut kedudukan masing-masing. Kamipun akan terus berkerja.
Al Mu’minun 63
بَلْ قُلُوبُهُمْ فِي غَمْرَةٍ مِّنْ هَذَا وَلَهُمْ أَعْمَالٌ مِن دُونِ ذَلِكَ هُمْ لَهَا عَامِلُونَ
Bahkan hati mereka terus tenggelam dalam kejahilan daripada memahami ajaran al-Quran. Mereka juga ada kerja-kerja keji lain yang terus-menerus dikerjakan oleh mereka.
Al Saffat 61:
لِمِثْلِ هَذَا فَلْيَعْمَلْ الْعَامِلُونَ
Maksudnya:
Untuk kebajikan seperti inilah yang perlu dikerjakan oleh kaum pekerja (mereka yang mahu beramal)
Fussilat 5:
وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ
Maksudnya:
Mereka berkata: “Hati kami terhalang dengan lapisan yang berlapis-lapis lalu kami tidak dapat memahami apa yang kamu serukan kepada kami. Pada telinga kami ada penyumbat yang menjadikan kami tidak dapat mendengarnya.  Antara kami dengan kamu juga ada sekatan yang memisahkan fahaman kita. Oleh itu, berkerja dan berbuatlah (untuk mempertahankan kepercayaan kamu). Sesungguhnya kami tetap berkerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami!)

Ali Imran 136:
أُوْلَئِكَ جَزَاؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Maksudnya:
Orang-orang yang bersifat demikian akan mendapat balasan keampunan daripada Tuhan mereka, di samping syurga-syurga yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai dan mata air. Mereka kekal tinggal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan untuk orang yang mengerjakan kebaikan.
Al Taubah 60
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاء وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:
Sesungguhnya peruntukan zakat itu hanyalah untuk diagihkan kepada orang-orang fakir, orang-orang miskin, para pekerja (‘amil) yang mengurusnya, orang-orang yang hendak dijinakkan hati mereka, para hamba sahaya yang mahu memerdekakan diri mereka, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang berjuang di jalan Allah dan orang-orang musafir. Ini merupakan suatu kewajipan menurut ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Al Ankabut :58
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ الْجَنَّةِ غُرَفًا تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Maksudnya:
Orang-orang yang beriman, berkerja dan berbuat baik pasti ditempatkan di dalam syurga. Di mana, terdapat kamar-kamar yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Kehidupan mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang berkerja berbuat kebaikan.

Al Zumar 74
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثْنَا الأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاء فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Maksudnya:
Mereka lantas mengucapkan: “Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami. Allah telah menganugerahi kami tempat ini. Malahan kami diperkenankan untuk menempati mana-mana sahaja tempat yang kami mahu di dalam syurga ini. Demikianlah syurga itu sebaik-baik balasan untuk para pekerja (petugas) yang melakukan kebaikan.”

Kelebihan Wanita SOLEHAH

58 Kelebihan Wanita Solehah Dalam Kitab Riyadus Solihin

°°FADHILAH WANITA°°

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut,
jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-
sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000
orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari
70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari
70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang
senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT
dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”.
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan
aku mohon ampun kepada Allah dari segala
dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul
mustaqim yang aman dari seksa, bahkan
AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti
darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu
berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di
dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah
syurga.

10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya dari api
neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-
ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan
puasanya)

15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab
Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan
solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan
(Ramadhan), memelihara kehormatannya serta
taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk
syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat
satu pahala dari tiap-tiap titik susu
yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari
sang suria akan meminta keampunan baginya, dan
Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari
seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang
wanita yang melayani suaminya selama seminggu,
maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia
dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya
hingga pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
minumnya atau memandang ia pada suaminya
atau memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya,memelihara anaknya atau
memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya
akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap
langkahnya dan setiap pandangannya pada
suaminya sebagaimana memerdekakan seorang
hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan
Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya
atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang
sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya melihat isterinya dengan
kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita
yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari
Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat
baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan
sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan
sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang
buta telah celik. Allah kurniakan keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah
SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan
mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda
“Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan
tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di
rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang
lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan
“Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan
doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah
akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit
dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang, Allah akan mencatatkan
untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang
yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan
jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang dan kemudian dibuat pakaian
untuk anak-anaknya maka Allah akan
mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang
yang memberi makan kepada 1000 orang lapar
dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang
tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya,
mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya
pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata
orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana
wanita meminyakkan rambut dan janggut
suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat
kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai-sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga
dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api
neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat
wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah
cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya
dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang
apabila engkau memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah
ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau
berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita
solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah
memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita
dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih
kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan
pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya
menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya
suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan
menerima ganjaran seorang syahid”.

Catatan: Point-point dari status ini terdapat di
dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush
Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab.
Mudah-mudahan dapat diambil ibrah darinya.

Monday 14 September 2015

Peringatan dari Allah swt:JEREBU

Menginsafi Peringatan Allah Melalui MakhlukNYA Bernama Jerebu

Kita menginsafi bahawa angin itu adalah makhluk yang taat kepada Allah SWT. Dalam hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Angin merupakan sebahagian daripada tentera Allah SWT yang kadangkala datang membawa rahmat dan kadangkala juga datang membawa azab, apabila kamu melihatnya janganlah kamu memakinya, dan mintalah kepada Allah kebaikannya, dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukannya”. Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan: 2/620.

Angin ini ada kalanya membawa kerahmatan bersamanya. Apabila ia datang bersama retik-retik air maka terbentuklah awan meneduhi hamba-hambaNya di bumi, apabila datangnya dengan retik-retik air yang banyak maka turunlah hujan menyejukkan makhluknya di muka bumi, datangnya bersama dengan debunga, maka berkembang biaklah flora dan begitulah juga fauna yang ada.
Namun kini di samping kerahmatan yang turun, Allah SWT menyelitkan peringatan buat hambaNya, apabila kuasa manusiawi bungkam, tatkala tangan-tangan manusia yang rakus membakar hutan menghasilkan jerebu yang menyesakkan, meskipun hujan turun namun tidak mampu menghilangkan jerebu bahkan semakin menebal.

Usaha yang telah dibuat untuk membenihkan awan sebagai usaha dan ikhtiar manusiawi dan memenuhi piawai tawakal yang sempurna tidak juga berkemampuan mengembalikan kenikmatan udara bersih. Apabila usaha manusia telah dilakukan, maka sampailah masanya kita mempersembahkan usaha tersebut dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT dan mencuba resepi Rabbani.

Ternyatalah Ya Allah, Engkau lah Yang Maha Berkuasa, Engkaulah Yang Maha Besar. Kami hamba-hambaMu yang amat kerdil tidak mampu berhadapan dengan tenteraMu yang kecil hingga sehalus jerebu ini.

Kini ternyata kuasa manusiawi kita yang sebelum ini amat dibanggakan dengan pelbagai kehebatan duniawi yang kita sajikan di hadapan mata manusiawi kita, semuanya tiba-tiba menjadi amat lemah untuk berhadapan hanya dengan satu ujian Yang Maha Berkuasa sahaja iaitu jerebu, apatah lagi kita sememangnya amat lemah untuk melawan Yang Maha Berkuasa.

Tiada daya upaya kita melainkan mengikuti petunjuk Allah di dalam surah Nuh ayat 10 dan 11;
"Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

Bersama-samalah kita hayati juga firman Allah SWT;
Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah Pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.(al-Syura:28)

Nyatalah kita sebagai hamba-hambaNya perlu menadah tangan agar diberikan “Penyelesaian Langit”.
Allah Yang Maha Berkuasa, Berkuasa Mengarahkan segala-galanya. Awan kering, awan basah dan jerebu ini adalah makhluk Allah SWT. Walaupun ada sebab-musabab manusiawinya, apa yang pasti semuanya datang dan pergi dengan arahan Yang Maha Berkuasa.

Hujan yang “degil” untuk menurunkan “emas putih”nya bagi memutihkan kembali atmosfera dan membersihkan kembali udara adalah makhluk Allah SWT yang taat.
Hujan yang amat diharapkan untuk membersihkan jerebu ini juga adalah makhluk Allah SWT. Ia datang dan pergi dengan taat berdasarkan arahan Penciptanya iaitu Allah SWT.
Api yang membakar hutan juga adalah makhluk Allah yang membakar dan mereda dengan kehendak Allah SWT.
Marilah kita menadahkan tangan memohon ke hadrat Allah SWT agar dilimpahkan nikmat hujan dan segala bantuan lainnya untuk menyelesaikan kesulitan kita.
“Ya Allah dengarilah doa kami..”,
“Ya Allah! Berilah kami minum dari awan yang membawa hujan, yang menggembirakan pemandangannya, yang memberi kesuburan lagi lebat, lagi menyiram, yang merata lagi melimpah, yang menyeluruh selama-lamanya”.
“Ya Allah! Berilah kami minum dari awanMu dan jangan Engkau jadikan kami dari golongan yang putus asa”.
“Ya Allah! Sesungguhnya kami tidak mengadu melainkan kepadaMu”,
“Ya Allah! tumbuhkanlah untuk kami tanaman, alirkan untuk kami susu, berilah kami minum dari keberkatan langit, suburkan untuk kami keberkatan bumi”.

Ustaz Azhar Yahya Al-Batawi

01 Zulhijjah / 15 Sept 2015