Tuesday 21 November 2017

Tawadhu'di hadapan Kebenaran

   *بسم الله الرحمن الرحيم*

     _*TAWADHU' DIHADAPAN KEBENARAN*_
                         *Berfirman  الله تعلى*
    
*تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ*

_*Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa*_[ QS.Al-Qashash 83 ]

Sikap merendah tanpa menghinakan diri- merupakan sifat yang sangat terpuji di hadapan  الله dan seluruh makhluk-Nya. *Yang demikian adalah hiasan akhlaq insan yang bertaqwa*

    🐠🐠  _*Sudahkah kita memilikinya*_?🐠🐠

Kadangkala tanpa terasa *gelar keilmuan* menghantarkan pada sikap *kesombongan diri*, meremehkan kebenaran yg datang dr orang lain kerana dirinya telah berilmu agama lebih tinggi *predikat sosial* telah tergenggam dilingkungan masyarakat sehingga *menganggap semua orang memerlukan dirinya* inilah hijab hati yg berbahaya.

Tawadhu' adalah ketundukan kepada kebenaran dan menerimanya dari siapapun datangnya baik ketika suka atau dalam keadaan marah. Ertinya, *janganlah kamu memandang dirimu berada di atas semua orang*. Atau engkau menganggap semua orang membutuhkan dirimu....
Setiap orang mencintai sifat tawadhu' sebagaimana الله dan Rasul-Nya mencintainya. Sifat terpuji ini mencakup dan mengandung banyak sifat terpuji lainnya.
Lawan dari sifat tawadhu’ adalah takabbur (sombong), sifat yang sangat dibenci الله dan Rasul-Nya. Rasulullah mendefinisikan sombong dengan sabdanya: *Kesombongan adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain*.” (Shahih, HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud )   
Fudhail bin Iyadh *seorang ulama generasi tabiin* menerangkan:
*عن ابراهيم قال سألتُ الفُضَيل : "مَا التَّوَاضُعُ؟"، قال : أَنْ تَخْضَعَ لِلْحَقِّ وَتَنْقَادَ لَهُ وَلَوْ سَمِعْتَهُ مِنْ صَبِيٍّ قَبِلْتَهُ مِنْهُ، وَلَوْ سَمِعْتَهُ مِنْ أَجْهَلِ النَّاسِ قَبِلْتَهُ مِنْهُ*
Dari Ibrahim ia berkata, "Aku bertanya kepada Al-Fudhail bin 'Iyaadh, apakah itu tawadhu?". *Beliau berkata, "Engkau tunduk dan patuh kepada kebenaran, meskipun engkau mendengar kebenaran dari seorang anak kecil maka kau terima, meskipun engkau mendengar kebenaran dari manusia yang paling bodoh maka engkau terima*" (Hilyatul Auliyaa' 8/91)
*Ibnul Qayyim  dalam kitab Madarijus Salikin* (2/333) berkata:
“Barangsiapa yang angkuh untuk tunduk kepada kebenaran walaupun datang dari anak kecil atau orang yang dimarahinya atau yang dimusuhinya maka *kesombongan orang tersebut hanyalah kesombongan kepada الله karena الله adalah Al-Haq*, ucapannya haq, agamanya haq. Al-Haq datangnya dari الله dan kepada-Nya akan kembali. Barangsiapa menyombongkan diri untuk menerima kebenaran bererti dia menolak segala yang datang dari الله dan menyombongkan diri di hadapan-Nya.”
_*Sudah barang tentu segala kebenaran yg datang dr siapapun jua tidak terlepas dari SOP kehidupan iaitu Alqur'an dan Hadis_…

*Mari kita saling mengisi dalam perjalanan hidup didunia ini dengan bersih hati* .. selalu menuju perbaikan kualiti ibadah dihadapan ILAAHI kerana sewaktu kita akan mati kembali kehadhirat ILAAHI .

*اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِينًا ، وَأَمِتْنِي مِسْكِينًا ، وَاحْشُرْنِي فِي زُمْرَةِ الْمَسَاكِينِ يَوْمَ الْقِيَامَة*ِ  
_*Wahai الله hidupkanlah aku dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dan kumpulkanlah aku dihari kiamat dalam golongan orang-orang yg khusyu' dan tawadhu*'_…[ HR.Tirmidzi ]

                     *آمــــــــــــــــــين يَا رَ بَّ الْعَالَمِيْنْ*

Kejar Barokah dari Allah

Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.

Jika rezeki datang kerana kepintaran, seharusnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.

Cumanya, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah...

"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya."
(Ali bin Abi Thalib)

Tuesday 7 November 2017

*TUJUH_MAHKOTA DUNIA_AKHIRAT

🌤🌧🌧🌤

*
Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh Buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami."

(Al-Mu'minuun, ayat 17)

Mari kita baca masing masing 3x...👇🏾👇🏾

1).  *MAHKOTA* *ZIKIR*

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir.

2).  *MAHKOTA* *TASBIH*

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3).  *MAHKOTA* *DOA*

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar

4).  *MAHKOTA* *ISTIGHFAR*

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5).  *MAHKOTA* *PERLINDUNGAN*

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6).  *MAHKOTA* *PELEPAS BENCANA*

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7).  *MAHKOTA* *PENENANG_HATI*

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisan kita, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cobaan, terhindar dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin

Mari kita amalkan sbg rasa syukur kita di pagi &ptg..

🌱🌹🌱🌹🌱🌹🌱🌹

Thursday 2 November 2017

             *DOA* HEBATNYA DOA *DUDUK ANTARA DUA SUJUD*          *DUA SUJUD*


                
 
 

▪ _*ROBIGHFIRLII*_ 
▪ _*WARHAMNII*_ 
▪ _*WAJBURNII*_ 
▪ _*WARFA'NII*_ 
▪ _*WARZUQNII*_
▪ _*WAHDINII*_
▪ _*WA'AAFINII*_
▪ _*WA'FUANNII*_

_Ketika  orang ditanya : “Do’a apakah yang  paling  kerap  dibaca oleh orang islam ?”_

_Banyak  yang  menjawabnya dengan salah. Begitu kerap do’a itu dibaca,  hingga ketika sedang membaca do’a tersebut, banyak antara kita yang tak merasa  sedang membaca DOA tersebut_

_Padahal  do’a itu sangatlah hebat, merangkumi  keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimum 17 kali setiap hari._

_Do’a itu, ialah do’a diantara dua sujud, marilah kita hayati dan fahami maknanya :_

▪ _*ROBBIGHFIRLII*_
_*Wahai Tuhan ampunilah dosaku*, dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridhaan اللّهُ. Dosa  adalah  kotoran hati yang mem-buat  hati  gelap,  sehingga  hati kita merasa  berat sekali untuk melakukan kebaikan._

▪ _*WARRHAMNII*_ 
_*Sayangilah diriku*, kalau kita disayang *اللّه*ُ hidup akan terasa tenang, karena dengan kasih sayang-Nya akan dapat dicapai semua cita-cita. Dengan kasih sayang *اللّه*ُ nafsu kita akan terbimbing dan terdidik_

▪ _*WAJBURNII*_ 
_*Tutup lah  segala  kekuranganku*, banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur,  kurang  sabar,  kurang  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam  dan  lainnya. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki *اللّه*ُ, maka  kita  akan  menjadi  manusia sebenarnya._

▪ _*WARFA'NII*_
_*Tinggikanlah darjatku*, kalau *اللّه*ُ sudah  meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada  manusia atau makhluk yang boleh menghinakan kita._

▪ _*WARZUQNII*_
_*Berikanlah  aku  rezki,* sebagai hamba *اللّه*ُ kita  memerlukan rezki, *اللّه*ُ mampu mendatangkan rezki dari jalan yang tak disangka dan tidak ternilai banyaknya._

▪ _*WAHDINII*_
*_Berikanlah  aku petunjuk/bimbinglah aku  ke jalan yang benar_* Kita bukan hanya  minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan agama. Tetapi kita juga  minta  petunjuk  agar terhindar dari  mengambil  keputusan  yang di anggap salah._

▪ _*WA'AAFINII*_
_*Berikan lah  aku  kesihatan*,  apabila kita sihat, kita dapat menambah kebaikan  dan  manfaat serta kita tidak menjadi beban kepada orang lain._

▪ _*WA'FUANNII*_
_*Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan*._

_Dari do'a tersebut Dimulakan dan Diakhiri dengan mohon keampunan dari *الله*sehingga kita benar2 bersih dari dosa_.

_*Allah SWT* memerintahkan kita untuk membaca doa tersebut,  *Rasulullah  SAW* mencontohkan  kepada kita, menurut logiknya  do’a tersebut pasti terkabul dan diterima oleh *Allah SWT.*_

         *..... Aamiin .....*

_*Terkadang  yang menjadi persoalan, dimana  hati dan fikiran kita, ketika kita membaca do’a itu dan kita tidak hafal arti serta maknanya ?*_

_Padahal  do'a tersebut *sangat hebat,*dan masih banyak orang sering terburu-buru  yang  sepatutnya perlu tuma'ninah dengan  menghayati  benar-benar meminta kepada Allah SWT._

   *Jika Baik dan Benar*
          Panjang2 kan
             *SEMOGA*
         *BERMANFAAT*

Wednesday 1 November 2017

ALQUR'AN CAHAYA KEHIDUPAN

🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

TADABUR.
Odoj RISDA

Rabu  01.11.2017.

                        *السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

    *بسم الله الرحمن الرحيم*

_*ALQUR'AN CAHAYA KEHIDUPAN*_
  
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِنْ *جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ*

_Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. *Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran)* dan tidak pula mengetahui *apakah iman itu*, tetapi Kami *menjadikan Al Quran itu cahaya*, yang Kami tunjuki dengan dia Siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. *Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus*_.

[ QS.Asy-Syura : 52 ]

*Cahaya Alqur'an dan Iman* , 2 hal yang akan menerangi perjalanan hidup dan berkehidupan
seorang hamba dan menuntunnya menuju keselamatan di dunia menuju hidup yg sesungguhnya  abadi negeri akhirat.

*Ibnul Qoyyim rahimahullah* berkata, “…Dan sesungguhnya kedua hal itu -yaitu *Al-Qur’an dan Iman*- merupakan sumber segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

_*Sudahkah CAHAYA itu bersinar terang dikehidupan kita*_ ???? _tentu diri kita masing-masing yang bolih memberi jawapan dgn​ tepat_
*Cahaya itu akan bersinar* ketika Alqur'an dipakai sebagai *petunjuk dalam hidup dan berkehidupan* 

Untuk bolih menjadi petunjuk hidup dan berkehidupan, *tidak bolih tidak, Al-Qur'an haruslah DIBACA*. _

Begitu sayangnya Allah kepada kita, bahkan hanya dengan *membaca Al-Quran, kita dilimpahi pahala*_.  Setelah dibaca, *dimengerti, dan difahami makna yang terkandung bererti harus dibaca terjemahannya*.

Selanjutnya, masih ada satu lagi perkara yang harus kita lakukan agar *Al-Qur'an benar-benar bolih menjadi petunjuk hidup dan penerang/cahaya kehidupan*…
*Yaitu, _MENGAMALKAN_

YA ALLAH MAAFKAN KAMI...YG MASIH BERTATIH TATIH DALAM MENGAMALKANNYA.

*Rasululllah Muhammad  صلىالله عليه وسلم berwasiat*,:

_Kutinggalkan kepada kalian dua pusaka, yang apabila kalian berpegang teguh kepada kedua nya, maka kalian tidak akan tersesat untuk selama-lamanya. Kitabullah/Al-Qur'an dan Sunnahku/Al-Hadist. (HR Malik)_.

*JOM kita perbaiki dan kita sempurnakan* - bacaan Al-Qur'an kita dgn​ mmahamii erti ma'nanya walau satu ayat satu hari untuk di jadikan panduan hidup  ibadah sehari-hari ,
in syaa Allah kehidupan kita akan terang benderang , bahagia dan tentram kerana Cahaya Alqur'an...

*اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجِلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ*

_Yaa الله, sungguh aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba laki-laki-Mu (Adam) dan anak dari hamba perempuan-Mu (Hawa), Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, dan qadha'-Mu atas diriku adalah adil. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama-Mu, yang telah Engkau gunakan untuk menyebut Dzat-Mu, yang telah Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu, dan yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, dengan semua itu *aku memohon agar Engkau menjadikan al-Qur'an sebagai pententeram hatiku, cahaya di dadaku, pelipur kesedihanku dan pelenyap kegelisahanku*_...'

                     *آمــــــــــــــــــين يَا رَ بَّ الْعَالَمِيْنْ*

*YA ROBB TAHAJJUDKAN KAMI*