Tuesday 21 June 2011

CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI


Seseorang yang sedang dilamun cinta biasanya tidur tidak lena, makan tidak kenyang dan mandinya pun tidak basah.  Hebat benar penangan cinta.  Ada pula ungkapan muluk bagi menggambarkan perasaan cinta yang mendalam,
“Gunung sanggup kudaki...
Lautan api sanggup kurenangi...
Perasaan insan yang dilamun cinta juga biasanya mengalami simptom sentiasa mengingati kekasihnya, rindu untuk bertemu dan takut kehilangan yang dicintai.  Ciri-ciri ini menimpa apa sahaja jenis cinta yang wujud di dunia ini.
Cinta jika diberikan kepada kekasih yang hebat akan menjadikan seseorang itu hebat sebagaimana cinta Rasulullah s.a.w kepada Penciptanya.  Namun jika sebaliknya, kesannya juga adalah buruk sebagaimana cinta Firaun kepada dunia yang dikecapinya. 
Cinta gaya Nabi Muhammad s.a.w ini dikatakan cinta suci, tulus dan hakiki.  Sebaliknya gaya cinta Firaun adalah cinta palsu yang memusnahkan dirinya sendiri.  Cinta gaya Firaun ini dikatakan cinta dunia.  Firaun diuji dengan tahta, harta, wanita, usia yang panjang dan kesihatan yang baik sehingga dia mengaku dirinya adalah tuhan.
Melihat kepada contoh Firaun dan ramai manusia hari ini, ia membuktikan bahawa cinta dunia merupakan pintu kepada  segala perbuatan buruk.  Allah S.W.T berfirman, "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan  dunia adalah permainan,sesuatu yang melalaikan, perhiasan, saling bermegahan antara kamu, serta saling berlumba mengumpul harta dan anak-anak, seperti hujan yang membuat penanamnya merasa kagumdengan tanaman-tanamannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning lalu hancur.  Di akhirat kelak ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredaanNya.   Tiadalah kehidupan dunia selain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid 57:20)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Hampir tiba masanya kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh-musuh kamu), sebagaimana orang-orang lapar mengadap hidangan di dalam jamuan”.  Sahabat bertanya, “Apakah semua itu berlaku disebabkan oleh jumlah kami yang sedikit?”.  Rasulullah S.A.W  menjawab, “Bahkan ketika itu jumlah kamu sangat ramai, tetapi ramainya kamu tidak lebih dari seumpama buih-buih di laut.  Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa gerun mereka terhadap dirimu, dan dimasukkan ke hatimu penyakit Al-Wahan”.  Seorang sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?  Jawab Rasulullah S.A.W,  “Cinta dunia dan takutkan mati. ”
Hadis riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w telah memberikan teladan yang baik dalam memanfaatkan naluri cinta yang ada pada setiap manusia.  Dialah suami terbaik dan amat dikasihi oleh ahli keluarganya.  Dia juga adalah pemimpin yang sangat dicintai para sahabat dan umatnya.  Ramai pengikutnya yang sanggup mati kerana mempertahankan dirinya.  Baginda s.a.w merupakan seorang hamba yang  sangat terpelihara hatinya dari kilauan dunia.  Tiada cinta terhadap dunia kecuali cinta kepada Allah dan menyintai sesuatu juga kerana Allah.  Inilah salah satu rahsia kejayaan Rasulullah.

Bagaimana ciri orang yang cinta dunia?  Jika seseorang mencintai sesuatu, maka dia akan melakukan apa saja demi perkara yang dicintainya.  Jika seseorang  mula menyintai dunia, maka akan menyusul pelbagai penyakit hati.  Ada yang menjadi sombong, dengki dan tamak memikirkan untuk mendapatkan perkara yang tidak ada.  Makin cinta kepada dunia, makin tamak.  Bahkan sampai sanggup melakukan perbuatan  keji untuk mendapatkan dunia yang diingini dan  siang malam mengejar dunia untuk kepentingan dirinya.  Benarlah ungkapan muluk, ‘Gunung sanggup ku daki, Lautan api sanggup kurenangi..’.  Segala kata-kata dan tindakan yang menjadi tiket ke neraka tidak lagi diambil peduli.

Dalam sesebuah gerakan jamaah Islam, sifat-sifat ini semua mesti di kikis dan di lontar jauh dari sanubari setiap ahli. Sebagai contoh,  perebutan jawatan dan kedudukan dalam jamaah tidak boleh di jadikan agenda utama perjuangan. Perkara ini kadang-kala boleh berlaku  dalam sesebuah gerakan Islam.  Cabaran dan ujian tetap melanda bagai ombak memukul pantai.

Dalam satu kuliah Subuh baru-baru ini, yang dsampaikan oleh mantan senator @ Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Hjh Jamilah Ibrahim sempena Kursus Kepimpinan & Organisasi siri II, antaranya beliau menegaskan kepada muslimat, jangan sekali-kali berebut jawatan.  Berjuanglah dengan ikhlas mengharap reda dan rahmat Allah, yang penting kerja harus dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Perjuangan yang muslimat lalui sekarang jauh lebih baik dan selesa jika dibandingkan zaman beliau dan 20 tahun yang lalu.  Dari itu beliau menyeru agar muslimat melipat-gandakan usaha di samping meningkatkan ilmu pengetahuan di pelbagai bidang termasuk ICT.   Beliau juga mengingatkan agar muslimat sentiasa mengukuhkan ukhuwwah  dan ikatan kasih sayang sesama ahli.

Jadikanlah peristiwa peperangan Uhud dan Hunain sebagai ikhtibar.  Kekalahan dalam Peperangan Uhud berpunca dari sebahagian tentera Islam yang mengabaikan arahan ketua iaitu Rasulullah S.A.W,  disebabkan hendak berebut  harta rampasan perang.  Sehinggakan mereka meninggalkan tempat pertahanan belakang dan diri Rasulullah S.A.W sendiri menerima kecederaan iaitu patah gigi.  Begitulah akibatnya jika ingkar perintah dan arahan ketua dan tamakkan harta.

Manakala dalam peperangan Hunain pula, timbul perasaan ujub di kalangan tentera kerana ramai jumlah bilangan  dan pengikut.  Hari ini memang tidak dinafikan sokongan dan pengikut kita dari kalangan orang bukan Melayu/Islam serta dari golongan profesional dan belia-belia telah ramai jumlahnya, tetapi janganlah kita terlalu yakin dan sombong kerana ramainya yang menyokong kita.  Sifat bergantung hanya kepada pertolongan Allah wajar dilipat gandakan.  Aqidah sentiasa diperbaharui dan akhlak senantiasa di make up agar bertambah cantik jelita.  Gerak kerja haruslah dilakukan dengan berstrategi, ikhlas dan jujur.  Jangan jadikan pujian, sanjungan, anugerah itu dan ini serta imbuhan material sebagai matlamat perjuangan.

Untuk mengikhlaskan hati dengan seikhlas-ikhlasnya, bukanlah satu perkara yang mudah.  Dari itu ilmu makrifatullah harus dipelajari dan diamalkan berterusan.  Disamping itu sentiasa menghadiri program tarbiyah diri seperti usrah, tamrin, mukhayyam, tafaqquh fiddin dan seumpamanya  demi kesinambungan nafas perjuangan dan semangat juang yang tinggi serta diredai Allah.  Paling penting, rafakkan doa tanpa jemu siang dan malam agar Allah kurniakan hati yang ikhlas dan dijauhkan dari penyakit cinta dunia.  Hanya Allah penyelamat hati-hati kita. 

Writer:ummu ubaid & ummu abbas(Melbourne)
17/1/2011-11 Safar 1432H(Lajnah Pemerkasaan parti Dmpp)hrkh

Saturday 18 June 2011

Perdana Menteri Malaysia takut pada bayang-bayang sendiri.

LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?
  
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.
(Poster asal: kanan)
Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

(Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.)

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.

Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan," katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang.

FITNAH!....FITNAH...FITNAH...

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 tafsirnya:
 وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Nuur ayat 19, tafsirnya:

 إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

Dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta adalah untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, samada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.


Fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan sesuatu pihak yang dilakukan samada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerakan dan sebagainya, samada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.
Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:
"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".
Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.


Kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari samada benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 21, tafsirnya:
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".

Apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ia tidak lain hanyalah mengembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah diperdaya oleh syaitan sehingga mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara, begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebarkan khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak, maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan kententeraman awam.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Nuur ayat 19, tafsirnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".
 

Monday 13 June 2011

UMNO MIMPI NGERI NEGARA KEBAJIKAN PAS!!

Gombak Permai.13 jun 2011/11 Rejab 1432H
Rasulallah SAW adalah contoh dan ikutan yang terunggul.  Baginda di utuskan sebagai pembawa Rahmat untuk sekalian alam.

Amat meleset sekali dakwaan Dato Seri Najid Razak  bahawa PAS meniru UMNO-BN  dalam membentuk Negara Berkebajikan.  Dakwaan ini di sangkal olih Mursyidul Am Tok Guru Nik Abd. Aziz dan Dato Seri presiden ketika menghadiri majlis walimatus urus anak YB
Salahuddin di Taman Melewar pada Sabtu yang lalu.

TGNA menyatakan bahawa idea tersebut diambil daripada apa yang dilaksanakan olih Rasulallah SAW.  Tegas beliau lagi PAS melaksanakan dasar Islam mengikut AlQuraan dan As Sunnah manakala UMNO laksanakan dasar kebangasaan.


"PAS tiru Nabi Muhammad , sepertimana kita melaungkan nama Baginda melalui azan lima kali sehari.  Bukanya tokoh seperti Napoleon Bonaparte, George Washington, Mao Zi Tung" tegas Tok Guru lagi, "Sebijak-bijak manusia tidak sama dengan kebijaksanaan Rasulallah SAW kerana Baginda memperolihi ilmu daripada Allah, sedangkan manusia  daripada guru.

Thursday 9 June 2011

APABILA 1ST LADY BERLAGAK SEPERTI ARTIS???

                   **artikal ini telah keluar di harakah pd 24-27/5/2010(10-13 J'akhir 1431H)Rosiah Salleh,s/u laj.pemerkasaan parti Dmpp sessi 2009-2011.***


Setiap orang pasti merasa bangga bila dirinya menjadi tumpuan dan sanjungan ramai. Sesetengah orang, populariti sebegini yang dicari dan dikejar untuk mencapai maksud tersendiri. Bahkan ada yang sanggup melakukan apa saja agar diri mereka menjadi tumpuan, sanjungan dan sebutan ramai.

Namun, berapa ramai yang menyedari dan menginsafi betapa populariti yang diraih itu sepatutnya diikuti dengan diri menjadi contoh terbaik ikutan ramai? Menjadi role model untuk audien sasaran tertentu?

Kalangan artis misalnya, sanggup melakukan pelbagai cara agar diri menjadi tonjolan media: dengan harapan diri akan diminati ramai! Bahkan sudah menjadi trend di kalangan mereka yang bergelar artis, baik di Hollywood, Bollywood maupun di Malaysia Boleh, semuanya berlumba untuk mendapat liputan di media-media massa! Dan akhirnya, masyarakat terutamanya para remaja, menjadi mangsa kepada ‘perniagaan media dan hiburan’!

Ramai yang tidak menyedari betapa kuatnya hubungkait di antara media dan masyarakat. Jikapun kita sering bercakap peranan media dan masyarakat, namun kita sering alpa untuk mengambil tindakan terhadap kesan media kepada masyarakat, jauh sekali untuk mengambil tindakan proaktif atau alternatif bagi mengelak segala kesan negatif yang dihasilkan media.

Sejarah menunjukkan bagaimana kewujudan ‘yellow journalism’ berkait dengan manusia dan cerita-cerita sensasi dan peribadi dijadikan berita komoditi oleh media. Akhirnya, pasaran media dipenuhi dengan penyiaran berita komoditi manusia yang sepatutnya menjadi milik peribadi dan maruah seseorang insan! Allah mengingatkan kita betapa berita sensasi fitnah lebih tajam dari mata pedang dan boleh membunuh seseorang! Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 191:

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ
Maksudnya: ... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan ...

Bak kata pepatah dalam kewartawanan: Jika anjing menggigit manusia, itu bukanlah berita, namun jka manusia yang menggigit anjing, maka itulah yang dikatakan berita! (Tapi apakah jika ditukar kepada jika ayam menggigit manusia, itu bukanlah berita, namun jika manusia menggigit ayam?...Itu kita lakukan hampir setap hari!)

Bandingkan dan lihat apa yang dilakukan oleh media terhadap masyarakat negara ini? Negara yang meletakkan Islam sebagai negara rasmi di dalam perlembagaannya? Negara yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu dan Islam?

Alangkah sedihnya bila media dan masyarakat di negara kita Malaysia, negara yang mempunyai perlembagaan yang jelas mengatakan bahawa Islam merupakan negara rasmi negara ini, namun bukan saja membiarkan media luar negara mempersendakan maruah rakyat, budaya Timur dan agama Islam, bahkan media dalam negara juga dengan bangganya ‘mendidik’ dan membentuk artis dan pengacara media hilang sopan dan silu. Lupakah kita dengan hadith Rasulullah yang bahawa:


الحياء من الإيمان
“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Maajah.

Paparan media baik dalam media bercetak, elektronik atau internet, begitu bangga memperkenalan ikon yang langsung tidak melambangkan contoh teladan yang baik buat masyarakat! Bahkan terdapat pengacara rancangan televisyen wanita remaja yang bercakap dari katil di bilik tidur, berselimut, untuk menunjukkan suasana santai dan mesra. Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat?

Kini, bukan sahaja mereka yang bergelar artis begitu ghairah dan berlumba-lumba untuk ditonjolkan oleh media, bahkan golongan pemimpin termasuk pasangan mereka bersaing mencari tempat di dada-dada media.

Artis dan pemimpin kini begitu sinonim dan kelihatanamat senang bila digandingkan bersama! Pemimpin dan golongan berpengaruh merasa begtu bangga bila mendapat pasangan daripada golongan artis! Siapa yang mempengaruhi siapa? Pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat kini begitu ghairah membiarkan artis mempengaruhi mereka!

Terdapat kalangan pemimpin yang begitu bangga bila mendapat pasangan artis dan tanpa silu mempamerkan isteri artis mereka untuk tatapan umum: tugas seorang suami yang sepatutnya membimbing isteri dan melindungi isteri kini beralih tampuk. Isteri artis kelihatan berjaya dan bermegah bila dapat menguasai suami pemimpin dengan gaya artis yang menghairahkan!

Bahkan, isteri pemimpin yang bukan dari golongan artis juga tidak mahu kalah, kalau boleh ingin lebih glamour dan popular! Aksi, cara berpakaian, penonjolan diri mereka juga tidak dapat membezakan sama ada mereka itu seorang artis yang tugasnya hanya untuk mempamerkan diri kepada khalayak ataupun sepatutnya bersama-sama dengan suami sang pemimpin berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara.

Apakah slogan yang direka oleh suami-suami pemimpin mereka: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan – diaplikasikan dalam hidup isteri dan keluarga mereka terlebih dahulu sebelum mereka bertempik sorak di luar sana mencanangkannya untuk masyarakat!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Mafhum surah At-Tahrim ayat 6 yang menekankan betapa kebajikan itu bermula di rumah jelas sekali gagal difahami apatahlagi untuk diamalkan oleh pemimpin-pemimpin kita hari ini!

Amatlah malang sesebuah negara jika pemimpin negara didampingi oleh mereka yang hanya layak digelar sebagai artis! Mereka ini begitu bangga bila mendapat liputan meluas media meskipun gaya penampilan mereka bertentangan dengan apa yang dicanang dan kononnya diperjuangkan oleh suami-suami pemimpin mereka.

Mengikut Perlembagaan Negara Malaysia, bukan sahaja Islam menjad agama rasmi negara, bahkan meletakkan Yang DiPertuan Agong (YDPA) sebagai Ketua Negara. Selaku Ketua Negara, YDPA juga bertanggung jawab memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu di negara ini. Jelas sekali, Permaisuri Agong merupakan Wanita Pertama Negara ini, namun pemakaian Wanita Pertama tidak pernah ditonjolkan selama ini kerana kedudukan Malaysia sama sekali tidak sama dengan negara-negara yang memakai gelaran Wanita Pertama atau First Lady untuk isteri Perdana Menteri mereka.

Pemakaian istilah First Lady juga tidak pernah menjadi isu selama ini kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, isteri Perdana Menteri begtu ghairah menonjolkan dirinya ke mata dunia. Mereka semua sedar kedudukan diri mereka yang bukan sahaja sepatutnya menyokong dan tidak memalukan serta menghina suami mereka sendiri dengan perlakuan mereka yang melampau. Isteri-isteri pemimpin negara kita, baik pemimpin kerajaan maupun pembangkang ramai yang berusaha menjadikan diri mereka sebagai role model kepada masyarakat.

Namun, apabila Rosmah Mansor selaku isteri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dengan terang tanpa perlu bersuluh menggunakan istilah First Lady untuk dirinya, terutama bila diwawancara dengan media luar, sudah tentu ini menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Gelaran yang jelas untuk Permasuri Agong, dirampas dan digunakan olehnya dan ditonjolkan pula dengan penuh bangga seantero dunia, apakah mungkin banyak hak dan milik rakyat negara ini juga telah, sedang dan akan dirampas oleh wanita ini?

Masyarakat bukan sahaja memendam rasa marah dan benci dengan tindak laku wanita ini bahkan ramai yang merasa simpati kepada sang suami kerana gagal mendidik isterinya ke jalan yang diredhai Allah? Jika ayat 6 Surah Tahrim jelas gagal dilaksanakan ke atas keluarganya sendiri, bagaimana untuk membangunkan masyarakat dan ummah? Slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan dengan jelas dipijak dan dicemuh oleh wanita ini bila beliau merampas gelaran First Lady, menonjolkan diri dengan kemewahan dan langsung tidak berusaha untuk menegakkan Perlembagaan yang meletakkan islam sebagai agama rasmi!

Apakah dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi ini di dalam Perlembagaan Malaysia, pemimpin negara dan isteri mereka merasa tidak wajib berusaha menjadi role model muslim yang terbaik? Terdapat ramai role model yang boleh dijadikan panduan dan ikutan, seperti diri Rasululah dan isteri-isterinya, seperti Khadijah r.a. seorang usahawan wanita berjaya dan gigih, Aisha r.a. seorang pendidik dan wartawan (perawi hadith muktabar) wanita pertama di dunia dan pelbagai pejuang Islam yang lain termasuk Zainab Al-Ghazali yang mengorbankan dirinya demi untuk Islam.
Add caption
Bukankah pemimpin dan pasangan mereka itu sepatutnya menjadi role model kepada masyarakat? Role model bermaksud seseorang yang menjadi contoh teladan kepada masyarakat, perilakunya menjadi ikutan masyarakat. Sanggupkan kita membiarkan masyarakat, terutama isteri dan para remaja kita menjadikan isteri-isteri pemimpin sebegini sebagai role model? Apakah gelaran yang diciplak sendiri: iaitu sebagai First Lady, menghina dirinya sendiri bila perlakuan dan penampilan yang ditonjolkan bukan sebagai role model seorang isteri pemimpin tapi tak ubah sebagai seorang nenek yang terkejar-kejar dan berlumba-lumba menyaingi glamour dan populariti seorang artis, hingga adalakanya menyaingi populariti sang suami! Sanggupkah sang suami membiarkan seruan dan arahan Allah diengkari oleh isteri mereka sendiri: “…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [Tafsir Al-Quran; An-Nuur 31

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Jika para pemimpin sanggup membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh isteri mereka sendiri dan isteri-isteri pemimpin sanggup membiarkan diri mereka diperbodohkan oleh artis dan media yang mengaut untung mengeksploitasi tubuh, minda dan kerakusan kemewahan mereka, masyarakat perlu diselamatkan segera daripada mereka ini:

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 110:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Wednesday 8 June 2011

Peguam Syarie bidas kelab Isteri Taat(Ikhwan Global)



Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

musa awang syarie lawyers association pgsmTimbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.Pelacur kelas pertama

Minggu lalu, Dr Rohana dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

NONEKatanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati suami".

"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.

"Tidak semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan pelacur," katanya.

prostitution, desa mentari, police raidSehubungan itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya, serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Menurutnya, penubuhan kelab itu tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.

Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang dipandu oleh Islam.

Tuesday 7 June 2011

MP: Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak


Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmad"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.

Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.Guna duit sendiri

Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.

NONEMenurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.

"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.

khalid samad pas muktamarSementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit

Monday 6 June 2011

Pemimpin mesti selari dengan Perlembagaan Parti(Siasah 3 -9)

Kita semua tahu, pertandingan  merebut Timbalan Presiden Pas pada 4 Jun nanti agak sengit, bukan sahaja persaingan tiga penjuru tetapi juga pertembungan  antara golongan ulamak dengan bukan  ulamak . Ustaz Nasharudin Mat Isa yang mempertahankan jawatan dicabar oleh Ahli Jawatankuasa Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Melihat kepada perkembangan parti Pas hari ini yang telah bersepakat dari segi visi dan misi dengan Pakatan rakyat, apakah golongan ulamak ini masih mampu mengungguli kepimpinan Pas untuk hari esok. Bagi tujuan tersebut, Siasah melalui wakilnya, KALSUM AHMAD telah menemubual Ustaz Ahmad Awang, bekas naib presiden Pas  juga bekas ahli majlis syura dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak bagi mengetahui pesepsi sebenar akan perkara tersebut.

 SIASAH: Bagaimana pandangan Ustaz terhadap pertandingan tiga penjuru juga dikatakan pertembungan antara ulamak dan bukan ulamak dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada 4 Jun nanti?
Pada saya tidak mengapa, yang penting ia bergantung kepada perlembagaan parti dan perjuangan Pas kearah mendaulatkan Islam.serta  menegakkan negara Malaysia yang adil untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama. Baru-baru ini Presiden sendiri menegaskan bahawa beliau tidak memihak pada mana-mana calon yang berbeza latar belakang sama ada ulama’ atau professional atau aktivis parti kerana Pas memerlukan gabungan terutama antara ulam’ dan professional. Dalam hal ini saya teringat kata-kata dan pesanan yang sering di tegaskan olih  bekas presiden Pas, allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang mengatakan bahawa pendekatan Pas dalam kepimpinan dan pentadbirannya   adalah  memprofesionalkan  ulamak dan mengulamakkan profesional . maksudnya jika seseorang itu golongan ulamak ia mestilah bersifat profesional dan  jika ia seorang profesional ia mestilah bersifat  ulamak.

Oleh itu sesiapa yang menang nanti sama ada dia ulamak atau bukan ia mestilah menjurus kea rah  ulamak profesional atau profesional ulamak dan disenangi oleh rakyat bagi memperkasa Pakatan Rakyat yangmana Pas telah memutuskan untuk terus berada dalam gabungan pakatan tersebut bagi dengan mengikuti  prinsip-prisip dan ketetapan yang telah diakui bersama  dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimana pandangan ustaz terhadap calon-calon yang bertanding?

Pada saya semua calon ada kelebihan masing-masing. Ustaz Nasha, pada saya beliau seorang yang berkualiti sebagai  seorang ulamak profesional. Pernah berlajar  pengajian Islam  di university luar negara dan  sebelum itu menuntut  di ITM dalam bidang pengajian profesional tetapi mungkin ahli-ahli perwakilan  mahu melihat beliau diganti dengan orang lain sebab itu beliau setelah menyandang jawatan tersebut telah  dicabar.

Mohamad Sabu yang pernah menuntut di ITM kita tahu beliau tidak mendapat pendidikan agama  yang khusus  tetapi beliau dilihat seorang yang memahami sejarah dan peradaban Islam .Dalam ceramahnya sering di ungkap iktibar dari al-Quraan dan al Sunnah. Justru beliau di lihat sebagai seorang dari golongan professional yang bersikap ulama’-
 Begitu juga dengan Tuan Ibrahim merupakan seorang ulama’ ada kelebihan dan kualitinya  yang ahli perwakilan boleh menilainya sejauhmana sifat prosessional beliau. Pendek kata perwakilan bolih menilai kelebihan masing-masing  baik melalui pengalaman, gerakan yang mereka lakukan ataupun melalui kelebihan yang ada pada diri mereka. 
Namun Apa yang penting pertandingan ini menjadi pilihan bagi akar umbi dalam memilih kepimpinan yang dinamik,berinovasi dan  lebih ke hadapan dan yang paling penting dapat membantu presiden dalam memperkasa dan meningkatkan keupayaan parti bagi menghadapi pilihan raya ke -13 serta  bersama mendukung  konsep Pakatan Rakyat yang  telah terjalin.

Apa akan jadi sekiranya sikap itu tidak ada?
 Parti Pas tidak akan mampu bergerak terus ke hadapan sekiranya tiada ulamak yang bersikap profesional yang mampu menghadapi cabaran-cabaran secara profesional . Demikian juga sekiranya golonan profesessional tidak membina kualiti ulama’ dalam kepimpinannya..
Pada saya ulama atau tidak, itu bukan perkara utama, apa yang penting siapa sahaja yang memegang amanah kepimpinan baik sebagai presiden, timbalan atau apa jawatan yang dipegang beliau mestilah menju us kea rah ulamak profesional atau profesional ulamak dan selari dengan perlembagaan parti.

Sebagai bekas ahli Majlis Syura, saya tahu dalam Pas walaupun ramai yang tidak melalui  pendididkan agama yang formal  tetapi  di kalangan professional ada sebilangan mereka yang layak menjadi ahli  Majlis Syura tetapi mungkin disebabkan masih ramai golongan ulamak,maka  mereka ini masih belum berpeluang menduduki Majlis tersebut .
Keterangan gambar:
-Ustaz Ahmad Awang.

Muslimat PAS seiring Ulamak, Pemuda

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Kepimpinan tertinggi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang baru sepakat untuk memacu dewan itu ke arah kecemerlangan seiring dengan Dewan Ulamak dan Pemuda.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ianya sekaligus merealisasikan hasrat perwakilan yang mahukan DMPP lebih bersifat nasional.
"Perwakilan ingin membuat perubahan ke arah memacu Dewan Muslimat yang lebih cemerlang dan saya lihat bagaimana kematangan muslimat dalam membahaskan usul-usul yang dikemukakan.
"Kita lihat bagaimana gagasan muslimat mengharapkan kepimpinan yang lebih mantap untuk menerajui Dewan Muslimat," kata beliau.
Beliau bagaimanapun menganggap pertukaran pucuk pimpinan itu hanyalah sebagai "giliran tugas antara adik-beradik" dan perlu mengutamakan agenda memperkasa DMPP.
"Dengan pertukaran ini saya anggap tidak ada kalah dan menang sebab saya menyayangi Ustazah Nuridah seperti sahabat dan kakak kandung saya sendiri dan tidak ada pertelingkahan hati di antara kami.
"Kami hanya bergilir melaksanakan tugas, ibarat pemandu kereta yang bergilir-gilir memandu. Kalah dan menang bukan menjadi keutamaan tapi yang penting kita nak membina Dewan Muslimat yang lebih baik," katanya.
Saling melengkapi
Sementara itu, timbalan ketua, Dr. Siti Mariah Mahmud  mahu DMPP menjadi gagasan yang bukan hanya membuat perubahan di peringkat dalaman parti tetapi turut mendapat tempat di hati wanita di luar parti.
"Kita tampung menampung di antara satu sama lain kerana tak ada seorang pun yang lengkap dan sempurna.
"Apa yang penting Dewan Muslimat perlu diupayakan supaya menjadi dewan yang boleh kita banggakan, ada autonomi, berdikari dan boleh dihormati oleh wanita lain dan boleh membawa sesuatu yang baru ke dalam masyarakat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Ditanya mengenai persediaan DMPP untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13, beliau yakin DMPP mampu membuat persediaan yang lebih mantap jika  jika ianya berlangsung agak lambat.
"Kalau PRU bulan Julai tak banyak benda yang kami boleh buat tapi kalau lambat sikit kami boleh buat persediaan yang lebih mantap," katanya.
Pasukan asal, cuma bertukar jawatan
Naib ketua Senator Mumtaz Md Nawi pula berkata, beliau tidak merasakan perbezaan ketara dengan perubahan dalam DMPP itu kerana ianya masih disertai individu lama, cuma bertukar jawatan.
Beliau yang mengekalkan jawatan itu juga menambah, mereka diberi amanah untuk meneruskan gagasan terdahulu yang semakin menunjukkan kejayaan.
"Pertukaran kepimpinan peringkat atas, ada apa-apa masalah cuma meneruskan lagi kepimpinan yang sedia ada kerana semua yang menang pun daripada ahli jawatankuasa dulu.
"Pasukan lama dan baru adalah gabung jalin yang mantap dan kita lihat daripada keputusan yang dibuat muslimat menggambarkan keseriusan mereka untuk pastikan gerak kerja yang sebelum ini bersifat diterjemahkan ke bentuk praktikal.
"Banyak gagasan yang telah dimulakan kepimpinan dahulu telah menampakkan kejayaan sedikit demi sedikit," katanya.
Ujarnya juga, ahli jawatankuasa yang dipilih juga merupakan individu yang cemerlang di peringkat negeri dalam pelbagai aspek.
"Mereka yang dipilih ini adalah orang yang sangat berpengalaman  di negeri masing.
"Mereka telah terbukti dapat bercakap dan menyuarakan isu-isu dengan lantang.
"Jadi saya rasa ini satu barisan kepimpinan untuk menghadapi PRU 13," katanya.
12 AJK yang dipilih perwakilan pada muktamar DMPP kali ke-51 ialah Aiman Athirah Al-Jundi, Dr. Halimah Ali, Dr Asiah Ali, Aida@Nurul Huda Yusuf Rawa, Wan Ubaidah Omar, Kartini Ahmad, Mastura Mohamad, Normala Sudirman, Azizah Khatib Mat, Rosni Adam, Dr. Najihatussolehan Ahmad dan  Siti Aisyah Ghazali.

Saturday 4 June 2011

Pemimpin Berjiwa Rakyat

YB Zailah, Pn.Sharifah Salwa(balu),anaknda, YB Dr. Mariah,Pn. Rokiah(ketua jmc sek 18)
Shah Alam:4 June 2011: Baru sahaja masuk hari ke tiga menjadi Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Muslimat Pusat, sudah turun padang menjalankan tugas sebagai pemimpin ummah.  Ketiga-tiga pemimpin tertinggi DMPP sessi 2011-2013 ini telah menziarahi balu(Sharifah Salwa bt Abu Bakar) dan keluarga Almarhom Abd. Rahman Mayan di kediamannya di Seksyen 18 Shah Alam.  Almarhom merupakan ketua Laj Perpaduan Nasional kaw. Shah Alam meninggal dunia pada hari ini 4 June 2011 jam 7.58pagi kerana sakit jantung dalam bersiap-siap hendak pergi ke muktamar agung di Taman Melewar  walau bagaimanapun kelmarin sempat mengundi.  Jenazah di semadikan di perkuburan Islam section 21 Shah Alam sebelum zohor.  Seluruh kepimpinan dan ahli Dmpp mengucapkan takziah pada balu dan ahli keluarga dan mendoakan agar rohnya di cucuri Rahmat dan di tempatkan bersama para solihin..amiiin.
YB Kak Lah sedang bertanya sesuatu pada B

YB kak Taz mengusik B .."xpe tangey jo sakit..lain tempat molek"...hehe..tersenggeh kak Lah dan kak Siti..
Dari rumah puan Sharifah Salwa, rombongan Dmpp terus ke section 17 menziarahi seorang ahli nisa' Shah Alam sdri Hasbi yang kemalangan di Taman Melewar pada hari Jumaat jam 4.00am.  Beliau mengantuk ketika menonggang motosikal.  Tangan kanan beliau cedera sedikit tapi tetap ceria dan gembira menyambut kedatangan pimpinan kanan dan rombongan.  Di fahamkan beliau akan melangsungkan perkahwinan minggu hadapan..Selamat Pengantin Baru dan Syafakumullah...

Thursday 2 June 2011

Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat kali ke 51

Mukminah (Bgn Serai=kulaan)serta perwakilan Perak
kulaan dari Bagan Serai dan Bkt Gantang..
bersama wartawan harakah,blogger Zaleha Said sedang membuat liputan sidang muktamar
Muktamar kali ini di adakan di Dewan Jubli SUK Shah Alam. Alhamdulillah keadaan dewan dan suasana begitu tenang dan selesa namun bahang pemilihan teras agak panas juga.  Walaubagaimana pun dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz sedikit sebanyak dapat meredakan bahang kepanasan itu.

Tok Guru menasihatkan semua pimpinan, perwakilan dan ahli-ahli agar memantapkan saf perjuangan sebagai satu ibadah dan di sampingkan meningkatkan kualiti gerak-kerja serta mengeratkan lagi ukhwah. Beliau menegaskan bahawa PAS senantiasa memertabatkan wanita mendahului Saudi Arabia
malah UMNO pun tidak terdaya melakukan sebagaimana di lakukan olih PAS.

Sebelum menamatkan ucapan, Tok Guru memesan pada semua muslimat agar selalu membaca doa ini ketika bangun dari tidur: Ya Allah..kembalikan lah rohku yang engkau angkat malam tadi ke jasadku agar aku dapat terus berzikir pada MU.

Akhir sekali Tok Guru melancarkan dana pilihanraya ke 13 DMPP dengan mendahului menyumbang sebanyak 3Dinar emas dan Sdr Afendi mantan MP Jeli membuat kejutan dengan menderma 7 Dinar emas@RM10k...setakat ini jumlah terkumpul ialah RM 17K..




















;

Wednesday 1 June 2011

KITA MERANCANG , ALLAH JUGA MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH TERBAIK

Bahang pemilihan bagi sessi 2011-2013 begitu panas berbanding dengan penggal-penggal yang lalu. Bermula dari jawatan Timbalan Presiden(3 penjuru), Naib presiden(6 penjuru). Bagi Dewan Pemuda dan Ulama' mengekalkan ketua yang lama tetapi bagi Dewan Muslimat akan menyaksikan persaingan yang sengit.

Siapa jua yang akan menang nanti mestilah mempastikan saf kepimpinan yang akan di bina  mesti mantap dalam ukhwah, kerjasama serta gerak-kerja parti dan PRU 13 yang akan muncul tidak begitu lama lagi.  Sudah tiada masa lagi hendak berteori, bermegah-megah dengan jawatan yang di sandang, semuanya kena fokus kearah menghadapi PRU13 .

Satu perkara yang mesti di ambil berat olih calon-calon yang akan bertanding serta agen-agen yang berkempen.  Berkempenlah secara sihat, cara yang di redhoi olih Allah s.w.t.  Jangan sekali-kali memburuk-burukkan pihak lawan dan yang paling penting jangan ada unsur-unsur RASUAH.  Jika ini berlaku(harap-harap tidak),ia merupakan satu malapetaka bagi jemaah Islam. Sebagaimana yang di tgegaskan olih Allah s.w.t dalam surah Ali- Imran ayat 54:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

Selamat bermuktamar dengan dengan tenang dan berlapang dada demi mengharap Rahmat dan Redho Allah.