Wednesday 1 June 2011

KITA MERANCANG , ALLAH JUGA MERANCANG TAPI PERANCANGAN ALLAH ADALAH TERBAIK

Bahang pemilihan bagi sessi 2011-2013 begitu panas berbanding dengan penggal-penggal yang lalu. Bermula dari jawatan Timbalan Presiden(3 penjuru), Naib presiden(6 penjuru). Bagi Dewan Pemuda dan Ulama' mengekalkan ketua yang lama tetapi bagi Dewan Muslimat akan menyaksikan persaingan yang sengit.

Siapa jua yang akan menang nanti mestilah mempastikan saf kepimpinan yang akan di bina  mesti mantap dalam ukhwah, kerjasama serta gerak-kerja parti dan PRU 13 yang akan muncul tidak begitu lama lagi.  Sudah tiada masa lagi hendak berteori, bermegah-megah dengan jawatan yang di sandang, semuanya kena fokus kearah menghadapi PRU13 .

Satu perkara yang mesti di ambil berat olih calon-calon yang akan bertanding serta agen-agen yang berkempen.  Berkempenlah secara sihat, cara yang di redhoi olih Allah s.w.t.  Jangan sekali-kali memburuk-burukkan pihak lawan dan yang paling penting jangan ada unsur-unsur RASUAH.  Jika ini berlaku(harap-harap tidak),ia merupakan satu malapetaka bagi jemaah Islam. Sebagaimana yang di tgegaskan olih Allah s.w.t dalam surah Ali- Imran ayat 54:

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

Selamat bermuktamar dengan dengan tenang dan berlapang dada demi mengharap Rahmat dan Redho Allah.




No comments:

Post a Comment