Thursday 2 June 2011

Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat kali ke 51

Mukminah (Bgn Serai=kulaan)serta perwakilan Perak
kulaan dari Bagan Serai dan Bkt Gantang..
bersama wartawan harakah,blogger Zaleha Said sedang membuat liputan sidang muktamar
Muktamar kali ini di adakan di Dewan Jubli SUK Shah Alam. Alhamdulillah keadaan dewan dan suasana begitu tenang dan selesa namun bahang pemilihan teras agak panas juga.  Walaubagaimana pun dengan kehadiran Tok Guru Nik Abdul Aziz sedikit sebanyak dapat meredakan bahang kepanasan itu.

Tok Guru menasihatkan semua pimpinan, perwakilan dan ahli-ahli agar memantapkan saf perjuangan sebagai satu ibadah dan di sampingkan meningkatkan kualiti gerak-kerja serta mengeratkan lagi ukhwah. Beliau menegaskan bahawa PAS senantiasa memertabatkan wanita mendahului Saudi Arabia
malah UMNO pun tidak terdaya melakukan sebagaimana di lakukan olih PAS.

Sebelum menamatkan ucapan, Tok Guru memesan pada semua muslimat agar selalu membaca doa ini ketika bangun dari tidur: Ya Allah..kembalikan lah rohku yang engkau angkat malam tadi ke jasadku agar aku dapat terus berzikir pada MU.

Akhir sekali Tok Guru melancarkan dana pilihanraya ke 13 DMPP dengan mendahului menyumbang sebanyak 3Dinar emas dan Sdr Afendi mantan MP Jeli membuat kejutan dengan menderma 7 Dinar emas@RM10k...setakat ini jumlah terkumpul ialah RM 17K..




















;

1 comment:

  1. As Salam Mak lang...
    Mantopp...
    Teruskan perjuangan walaupun tidak berjaya sbg AJK..Tetapi saya tahu mak lang tidak akan berhenti berada depan lappy demi meluahkan curahan ilmu untuk kebaikkan muslimat...

    ReplyDelete