Saturday 4 June 2011

Pemimpin Berjiwa Rakyat

YB Zailah, Pn.Sharifah Salwa(balu),anaknda, YB Dr. Mariah,Pn. Rokiah(ketua jmc sek 18)
Shah Alam:4 June 2011: Baru sahaja masuk hari ke tiga menjadi Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Muslimat Pusat, sudah turun padang menjalankan tugas sebagai pemimpin ummah.  Ketiga-tiga pemimpin tertinggi DMPP sessi 2011-2013 ini telah menziarahi balu(Sharifah Salwa bt Abu Bakar) dan keluarga Almarhom Abd. Rahman Mayan di kediamannya di Seksyen 18 Shah Alam.  Almarhom merupakan ketua Laj Perpaduan Nasional kaw. Shah Alam meninggal dunia pada hari ini 4 June 2011 jam 7.58pagi kerana sakit jantung dalam bersiap-siap hendak pergi ke muktamar agung di Taman Melewar  walau bagaimanapun kelmarin sempat mengundi.  Jenazah di semadikan di perkuburan Islam section 21 Shah Alam sebelum zohor.  Seluruh kepimpinan dan ahli Dmpp mengucapkan takziah pada balu dan ahli keluarga dan mendoakan agar rohnya di cucuri Rahmat dan di tempatkan bersama para solihin..amiiin.
YB Kak Lah sedang bertanya sesuatu pada B

YB kak Taz mengusik B .."xpe tangey jo sakit..lain tempat molek"...hehe..tersenggeh kak Lah dan kak Siti..
Dari rumah puan Sharifah Salwa, rombongan Dmpp terus ke section 17 menziarahi seorang ahli nisa' Shah Alam sdri Hasbi yang kemalangan di Taman Melewar pada hari Jumaat jam 4.00am.  Beliau mengantuk ketika menonggang motosikal.  Tangan kanan beliau cedera sedikit tapi tetap ceria dan gembira menyambut kedatangan pimpinan kanan dan rombongan.  Di fahamkan beliau akan melangsungkan perkahwinan minggu hadapan..Selamat Pengantin Baru dan Syafakumullah...

No comments:

Post a Comment