Monday, 14 January 2013

PERIGI MENCARI TIMBA

Nabi S.A.W menjelaskan bahawa perkahwinan adalah sunnahku. Barangsiapa tidak suka dengan sunnah ku maka dia bukan dari sunnahku. Soalnya jelas dalam Islam bernikah itu adalah cara hidup Islam malah Allah menjadikan haiwan pun supaya melakukan perkahwinan iaitu hubungan kelamin bagi mengembangkan zuriat keturunan makluk-makluk beAdam dan pasanganya Hawa. Dari pasangan tersebut maka bertebaranlah manusia di muka bumi. Sebagaimana firman Allah:

 يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا 
 (An Nisa':1)
 yang bermaksud:” Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Allah menyebut dalam alquraan dari pasangan lelaki dan perempuan melalui nikah, manusia mendapat ketenangan ,kemesraan dan menyambung kasih sayang . Tanda-tanda kekuasan Allah mejadikan manusia berpasangan-pasangan seperti dalam surah ar Rom :
  
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
(Ar Rum:21)
yang bermaksud : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

kesimpulan perkahwinan itu satu keperluan hidup manusia yang di fitrahkan Allah.
Sebab itulah dalam Islam , Allah mensyariatkan perkahwinan dengan memberikan garis panduan dan peraturan yang terperinci seperti terkandung dalam ayat-ayat surah an nisa', surah al Tholaq dan beberapa ayat dalam surah al Baqarah begitu juga dalam sunnah RSAW yang memberikan berbagai-bagai panduan termasuk dalam memilih pasangan dan jodoh.

Dari segi perinsipnya tuntutan menikah/berkahwin adalah meliputi lelaki dan wanita. Bahkan Islam memberikan hak yang sama samada lelaki atau wanita dalam memilih pasangan mereka. Bagaimana pun amalan yang berlaku dalam masyarakat manusia sebelum kedatangan Islam , bahkan dalam masyarakat Islam pada asasnya kaum lelakilah yang mengambil tindakan untuk mencari pasangan atau dalam bahasa yang digunakan meminang pihak wanita. Pertama sekali kerana tanggungjawab membiayai perkahwinan dan kehidupan berumahtangga terletak diatas bahu kaum lelaki. Ini tidak di nafikan memang ada golongan tertentu yang meletakkan tanggungjawab keatas wanita tetapi bilanganya amat kecil dan tidak diambil kira dalam menentukan peraturan dan sistem untuk semua masyarakat sejak zaman berzaman. Islam datang menerima amalan tersebut kerana ia adalah merupakan agama fitrah yang Allah turunkan sesuai dengan fitrah yang di ciptakan Nya. Namun, amalan sedemikain tetap memberikan hak sepenuhnya kepada wanita untuk menerima atau menolak tawaran perkahwinan dari pihak lelaki. Malah Islam memberi hak untuk membatalkan perkahwinan itu jika dilakukan dalam paksaan olih pihak walinya.

Berkaitan dengan soal “perigi mencari timba”..tidaklah menjadi satu kesalahan dalam Islam walaupun ia perkara yang bolih dilihat berlainan dari amalan kebiasaan masyarakat. Dalam kontek masyarakat kita hari ini dimana kaum wanita(muslim) ramai yang tidak berumahtangga , mungkin disebabkan kerana mereka tidak mahu berkahwin. Mereka tidak di pinang olih kaum lelaki yang mungkin takut atau bimbang untuk menjadikan mereka yang berkenan sebagai pasangan disebabkan latar belakang sosio ekonomi wanita itu yang lebih tinggi. 

Dalam hal seperti ini memang ada kewajarannya diperkenalkan amalan “perigi mencari timba”. Tetapi sudah pastinya lah dengan Saidatina khatijah binti khuawlid bolih di umpakan sebagai perigi mencari timba. Akan tetapi tidaklah pula Saidatina khatijah sendiri yang menenui Rasullah(masa tu belum jadi nabi)bahkan keluarganya khatijah sendiri yang menemui keluarga nabi dan kemudianya pihak keluarga nabi yang datang membuat pinangan. Ini bolih ditafsirkan bahawa kelaurga wanita bolih merisik dahulu untuk mempastikan pihak lelaki bersikap positif untuk melakukan peminangan.

Untuk memilih pasangan menurut Islam samada lelaki atau perempuan telah ada panduan yang jelas. Iaitu mengutamakan seorang yang berpegang teguh dalam agama dan berakhlak mulia. Selain daripada itu di ambil kira juga kesesuaian stastus sosial atau sosial ekonomi dan rupa wajah perawakan seseorang bagi kedua-dua belah pihak.

Berhubung dengan mahar, tidak timbul dengan pandangan remeh atau tidak kerana itu merupakan kewajipan pihak lelaki dalam menyempuranakan pernikahan. Sehinnga di sebutkan dalam upacara ijab kabul dalam akad nikah. Ada pun soal perbelanjaan hantaran, hadiah itu persoalan yang berkaitan dengan adat orang melayu, namun jika belanja hantaran perkahwinan itu membebankan seseorang yang bakal melakukan pernikahan ianya bolih terus menyebabkan ramai kaum lelaki yang tidak mampu menikah. Inilah yang akhirnya membawa gejala ramainya wanita menjadi andartu dan kaum lelaki membujang sehingga ke tua.

Disebabkan pengaruh-pengaruh sosial dan kebebasan pergaulan dalam masyarakat , tidak dinafikan gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat Islam dalam negara kita, antaranya disebabkan ramainya lelaki dan wanita yang tidak berkahwin. Jika masyarakat melayu masih memandang perigi mencari timba sebagai mengaibkan , padahal ianya dilakukan dengan kaedah dan cara-cara yang pihak lelaki sendiri yang datang membuat pinangan sebagaimana berlaku kepada saidatina khatijah. Justeru maka ia adalah satu pandangan yang salah semata-mata kerana berpegang kepada adat yang bercanggah dengan syarak. Pada hal hari ini masyarakat seperti tidak memandang aib pun pada wanita yang berpasang-pasangan keluar bebas kesana kemari dengan pasanganya yang konon akan menjadi pasangan hidupnya. Tambahan pula baru menjadi tunang secara rasmi sudah dianggap sebagai pasangan suami isteri. Mana kah lebih baik di adatkan perigi mencari timba daripada di adatkan amalan maksiat pergaulan bebas yang akhirya akan membawa kepada perbuatan terkutuk dan dosa besar.

(Ummu ubaid)

artikal ini telah terbit di majalah Era Muslimah bil 12

No comments:

Post a Comment