Monday 29 January 2018

*JANJI ALLAH SWT BAGI SESIAPA YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN*

Tadabbur al quran
30.01.18
🍃🌷🍃🌷🍃🌷🍃🌷
*JANJI ALLAH SWT BAGI SESIAPA YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN AL-QURAN*

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ *فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ*

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

-Sura Al-Baqarah, Ayah 38

قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ *فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ*

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, *dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain* ; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

-Sura Ta-Ha, Ayah 123

Sudah menjadi ketetapan Allah SWT bahawa manusia itu pasti akan bermusuhan sesama sendiri sehingga adik beradik dan suami isteri juga dapat disaksikan bermusuhan.

Ganjaran bagi mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran ialah

1. Hidup yang tenang jauh daripada ketakutan dan kebimbangan.

2. Hidup tanpa kesedihan. Sentiasa bahagia walaupun orang memusuhi kita ... walaupun ditimpa kesusahan kehidupan.

3. Hidup tidak berpedoman. Sesat itu boleh dilihat daripada kebuntuan menyelesaikan masalah kehidupan. Mereka akan celaru, keliru dan sentiasa salah pertimbangan menyelesaikan permasalahan

4. Hidup bahagia tidak celaka. Ruang kecelakaan ini juga terlalu luas untuk diperhatikan dalam kehidupan.

Ketahuilah juga bahawa kita akan sentiasa difitnah dengan hidup saling memerlukan dan pimpin memimpin di antara satu sama lain. Ketika inilah dapat kita saksikan pelbagai sifat buruk insan bermusuhan kecuali mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran. Hatta mereka yang digelar ustaz pun dapat dilihat sifat permusuhan ini. Dan yang lebih pelik pemimpin parti islam adalah mereka yang kuat menabur fitnah dan kuat memecahbelahkan kesatuan insan walaupun di mulut mereka sering dilihat seruan supaya berpegang teguh dengan Al-Quran.

Ini membuktikan bahawa mereka sendiri tidak menghayati tuntutan Al-Quran yang menjadi zikir harian dalam kuliah mereka. Ketahuilah hanya dengan syahadah dan tadabbur sahaja kita benar benar dapat mengamalkan apa yang telah diwajibkan ke atas kita melalui Al-Quran seterusnya menghayati kebenaran kalam tuhan. Kita benar benar akan menyaksikan bagaimana Allah SWT mendidik kita setelah kita berusaha mendidik diri kita dengan arahanNya daripada Al-Quran.

*Kebahagiaan dunia akhirat hanya diberikan kepada mereka yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah*

No comments:

Post a Comment