Friday 2 June 2017

Wafat Saidatina Khadijah r.a

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

*TAZKIRAH PELEMBUT HATI*

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHODIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH S.A.W.

Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.

*PERMINTAAN TERAKHIR SITI KHODIJAH*

Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu�

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya�, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

Fatimah puteriku, aku yakin ajalku akan segera tiba. Yang aku takutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan *serbannya yang biasa untuk menerima wahyu* agar dijadikan kain kafanku�

Mendengar itu Rasulullah berkata,

Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga.�

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya isteri baginda itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia baginda dan semua orang yang ada disitu.

*KAIN KAFAN DARI ALLAH*

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapakah kain kafan itu, wahai Jibril?�

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan� jawab Jibril.�Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, �Kenapa, ya Jibril?�

�Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibunuh dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan� sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

�Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

"Semua hartamu engkau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

*"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar SERBAN?* �

Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup.

Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Makkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang ditinggalkan buat menutupi jasad Khadijah.

Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah amat lusuh dengan 83 tampalan yang diantaranya ditampal dengan kulit kayu.

Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.

�Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?�

Tiba-tiba Ali berkata, �Aku, Ya Rasulullah!�

*PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP*

Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,

�Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu�.

Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.

Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Makananpun seringkali tidak ada. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.

Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan isterinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah setelah pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu, lalu berbaring di pangkuan Khadijah.

Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.

Wahai Khadijah. Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad?� tanya Rasulullah dengan lembut.

Wahai Khadijah. Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Wahai Khadijah, adakah engkau menyesal  bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat isterinya menangis

Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.

"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.

"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jambatan.

"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku.

Jadikanlah sebagai jambatan untuk engkau menyeberangi sungai itu supaya engkau boleh berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.

"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.

Kerana itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pilunya perasaan Rasulullah ketika itu kerana dua orang yang dicintainya iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.

Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.

Bayangkanlah betapa mulianya hati Siti Khadijah. Ratapilah betapa jauhnya hati kita dari mencontohi Rosulullah s.a.w.

Thursday 1 June 2017

Menjemput Non-Muslim ber iftar

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #87: HUKUM MENJEMPUT NON MUSLIM BERBUKA PUASA

Non-Muslim adalah sebahagian daripada ummah siyasiyyah (political community) yang membentuk satu kerangka bagi sebuah ummah (nation) disamping adanya Muslim sebagai ummah diniyyah (religious community). Konsep ini telah dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui Sahifah Madinah (Piagam Madinah) yang dibentangkannya.

Maka, secara asasnya non-Muslim adalah warganegara yang wajar menerima haknya untuk hidup dengan harmoni sepertimana dalam konteks Malaysia.

Firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Mumtahanah: 8-9)

Firman Allah SWT:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”
(Surah al-Nisa’: 36)

Ketika membahaskan berkenaan konsep jiran dalam ayat di atas, Imam al-Qurtubi berkata:

“Aku berkata: Dengan ini, berlaku baik kepada jiran-jiran adalah digalakkan, samada mereka Muslim atau tidak. Ini adalah yang sahih. Bentuk perlakuan baik itu samada dalam bentuk membantu atau boleh jadi dalam bentuk berlaku baik, mengelakkan daripada ketidakselesaan dan berada di samping mereka. (Tafsir al-Qurtubi, 5/179)

Amalan berbuka puasa perlu dilihat sebagai satu medium yang sangat baik bagi merapatkan hubungan kejiranan dan mahabbah tanpa mengira agama dan bangsa selain daripada memberi gambaran yang sebenar terhadap sifat keramahan Islam. Malah, bulan Ramadhan juga adalah satu bulan yang baik bagi kita menyemai sikap bantu-bantu dan berkongsi kesenangan terutamanya dengan mereka yang memerlukan. Jika dilihat di luar negara, majlis berbuka puasa yang dihadiri non-Muslim adalah perkara yang lazim dilakukan. Tokoh terkenal bukan Muslim seperti Justin Trudeau (Perdana Menteri Kanada), Barack Obama (mantan Presiden Amerika Syarikat), Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) juga pernah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran komuniti Muslim di tempat masing-masing.

Oleh itu, kami cenderung berpandangan hukum menjemput non-Muslim berbuka puasa adalah harus dan dibolehkan dalam Islam. Dalam masa yang sama, hendaklah dipelihara adab-adab dan nilai murni dalam majlis berbuka puasa tersebut. Selain itu, pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa boleh juga mengutamakan mereka yang fakir miskin dan anak yatim daripada kalangan Muslim dan bukan Muslim dalam jemputan berbuka puasa. Firman Allah SWT:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

Maksudnya: “Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.”
(Surah al-Insan: 8)

Memberi makan juga adalah dikira sebagai salah satu bentuk sedekah. Dalam hal memberi sedekah kepada non-Muslim, Imam al-Nawawi menyatakan,

يُسْتَحَبُّ أَنْ يَخُصَّ بِصَدَقَتِهِ الصُّلَحَاءَ وَأَهْلَ الْخَيْرِ وَأَهْلَ الْمُرُوءَاتِ وَالْحَاجَاتِ فَلَوْ تَصَدَّقَ عَلَى فَاسِقٍ أَوْ عَلَى كَافِرٍ مِنْ يَهُودِيٍّ أَوْ نَصْرَانِيٍّ أَوْ مَجُوسِيٍّ جَازَ وَكَانَ فِيهِ أَجْرٌ فِي الْجُمْلَةِ

Maksudnya: “Dianjurkan agar sedekah itu diberikan kepada orang soleh, orang yang rajin melakukan kebaikan, menjaga kehormatan dan yang memerlukan. Namun jika ada orang yang bersedekah kepada orang fasik, atau orang kafir, di kalangan Yahudi, Nasrani, atau Majusi, hukumnya boleh dan baginya ganjaran pahala pada keseluruhan perbuatannya. (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/240)

Namun beberapa perkara harus diberi perhatian; lokasi berbuka puasa yang dipilih dan pakaian yang dikenakan haruslah bersesuaian. Manakala adab-adab berbuka puasa haruslah dijaga dan dipatuhi. Sebarang provokasi harus dielakkan, dan sebarang agenda yang tidak baik hendaklah dijauhi.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang mendalam tentang agama dan menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang agama dan bangsa yang kekal dalam keharmonian dan perpaduan.

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
31 Mei 2017 bersamaan 5 Ramadhan 1438H

Pautan laman web PMWP: https://goo.gl/Y0xLBz