Friday, 1 February 2013
Kepimpinan Rasullullah saw
Kepimpianan Rasullallah di segi politik dan pemerintahaan
Baginda di utuskan olih Allah sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam. Sebagaimana firman Allah :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al Anbiya':107)
Ini bermaknanya Islam itulah suatu Rahmat bukan hanya kepada manusia tetapi kepada seluruh alam. Apa itu Rahmat? Rahmat adalah segala kebaikan yang dikurniakan Allah untuk kebaikan manusia dan seluruh makhluk ciptaan Nya. Ini bermakna Islam yang di utuskan olih nabi muhammad saw untuk membawanya kepada seluruh umat manusia adalah merupakan nikmat kebaikan yang dapat di nikmati olih manusia dan seluruh alam bukan hanya untuk sekelumpuk orang-orang yang tertentu atau kaum dan bangsa tertentu sahaja.
Islam adalah addin yang sempurna dan lengkap dengan segala peraturan, hukum-hakam, perintah suruhan dan larangan seperti yang terkandung dalam alquraan dan terlaksana dengan segala tindakan, perbuatan dan perkataan serta perakuan RSAW selama kira-kira 23 tahun.
Firman Allah :
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا :
yg bermaksud: " Pada hari ini Aku lengkapkan untuk mu agama mu dan Aku sempurnakan pemberian nikmat Ku keatas mu dan Aku redha Islam itu sebagai agama kamu."(al maidah:3)
Allah memberi pengiktirafan yang sedemikian itu pada hari Arafah tahun ke 10 Hijriah hanya kira-kira 3 bulan sebelum RSAW wafat. Allah memberikan pengiktirafan bahawa Islam agama yang di redhai Nya kerana RSAW telah melaksanakan segala peraturan dan hukum hakam yang di perintahkan Allah yang meliputi seluruh perkara yang berkaitan urusan dunia dan akhirat. Olih yang demikian Islam merupakan satu Rahmat Allah yang dapat di nikmati olih manusia setelah terlaksananya Islam sebagai addin, iaitu apabila RSAW berjaya menegakkan satu pemerintahaan yang bermula selepas hijrahnya baginda ke Al Madinah Al Munawwarah,(yang sebelumnya benama kota Yatrib).
Dengan tertegaknya pemerintahan Islam di bawah pimpinan RSAW , maka kira-kira 8 tahun kemudian tumbanglah kuasa arab jahiliyah yang berpusat di Makkah di bawah teraju pimpinan kaum musyrikin Quraisy. Hanya kira-kira 2 tahun tumbang kekuasaan arab jahiliyyah yang berpaksikan fahaman assobiyyah perkauman, seluruh semenanjung tanah arab akur kepada pemerintahan Islam di Al Madinah dan berduyun-duyunlah penduduknya memeluk agama Islam. Maka seluruh penduduk tanah arab dapat menikmati Rahmat Allah dengan kurniaan Islam yang lengkap dan sempurna sebagai undang-undang dan peraturan hidup yang berteraskan kepada akidah tauhid . Maka lahirlah sebuah masyarakat baru yang hidup dalam harmoni, bantu membantu, berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan. Terbentuklah masyarakat berakhlak mulia yang bercirikan ketaqwaan, persamaan tanpa membezakan keturunan, kerana orang yang lebih mulia hanya orang lebih ketaqwaan kepada Allah. Sebagaimana firman Allah :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al Hujjarat:13)
Dengan terlaksananya pemerintahaan Islam di bawah pimpinan RSAW, terhapuslah segala ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliyyah arab quraisy yang berpusat di Makkah. Maka berakhirlah gejala-gejala keruntuhan akhlak seperti zina, minum arak, judi, budaya membunuh anak perempuan kerana takut di timpa kehinaan dan membunuh anak lelaki kerana takut di timpa kemiskinan. Demikian juga tamatlah riwayat penindasan dan kezaliman olih pihak yang berkuasa yang memerntah hanya mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri dan puak masing-masing. Demikianlah juga tamatlah riwayat permusuhan dan perseteruan serta budaya membalas dendam diantara satu suku dengan yang lain. Kesemua gejala-gejala keburukan dan kezaliman tersebut, terhapus dengan kedatangan Islam yang membawa hak persamaan antara sesama manusia di hadapan peraturan dan undang-undang Allah yang di bawa olih RSAW.
Maka terserlahlah Islam sebagai Rahmat kerana keadilan, peraturan dan hukum hakam Islam dan ketaqwaan pada penganutnya terutama sekali RSAW seorang yang sangat berlaku adil kepada seluruh rakyaat di bawah pemerintahaannya dan seorang yang paling taqwa pada Allah swt.
Demikianlah secara ringkasnya kita dapat melihat dan menyaksikan bagaimana kepimpinan RSAW yang begitu hebat dari segi politik dan pemerintahaan . Hanya dalam masa kira-kira 10 tahun baginda membentuk dan mentadbir sebuah negara , telah berjaya menumbangkan pemerintahaan quraisy yang telah bertapak beberapa dekad di Makkah dan mempengaruhi seluruh semenanjung tanah arab. Kejayaan baginda bukan sekadar menjadikan seluruh semenanjung tanah arab menyatakan kesediaannya kepada pemerintahaan Islam, malah RSAW berjaya meletakkan pemerintahaannya seganding dengan dua pemerintahaan empire Rome Benzyantina dan Parsi. Ini terbukti apabila RSAW mengutus surat kepada raja dan pembesar Rome, dan raja serta pembesar Parsi dan raja negeri Habsyah. Baginda menghantar beberapa orang sahabat menemui raja-raja dan pembesar-pembesar bekenaan yang dapat di umpamakan sekarang sebagai para diplomat. Demikianlah kehebatan kepimpinan RSAW di bidang politik dan pemerintahan di peringkat negera dan anatarabangsa.
Bila hijrah, langkah pertama nabi mendirikan masjid iaitu satu instituisi ummah untuk rakyat berhimpun bagi masyarakat muslim, masjid sebagai pusat pentadbirannya. Selepas itu mempersaudarakan muhajirin dan ansar yangmana sebelum itu nabi mempersaudarakan aush dan khadrajj sebelum berhijrah, berbaiah dan menjadikan mereka satu pasukan. Mengiktiraf seluruh penduduk madinah Islam dan bukan Islam khasnya kaum yahudi sebagai rakyat Madinah yang di beri jaminan hak dan melindungi hak-hak mereka keseluruhanya, sosial, ekonomi, akidah mereka. Pengkaji-pengkaji politik bersetuju mengatakan perlembagaan Madinah "piagam Madinah -sohifah Madinah"itu perlembagaaan bertulis pertama di dunia.(1st writen consitutisi in the world). Sebelum itu pemerentahaan kuasa besar seperti Rome dan Parsi tidak ada perlembagaan bertulis, ini kerana mereka menggunakan pemerintahan beraja, yangmana arahan raja itu lah ikutan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment