Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia
26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -
Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang
mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih
Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam.
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.
2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3.
Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar
sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan
Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.
5.
Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling
halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi
Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu
yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5.
Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan
semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).
9.
Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata
antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua
ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah
Taala.
Kami
merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak.
Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan
sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami.
No comments:
Post a Comment