Kita semua tahu, pertandingan merebut Timbalan Presiden Pas pada 4 Jun nanti agak sengit, bukan sahaja persaingan tiga penjuru tetapi juga pertembungan antara golongan ulamak dengan bukan ulamak . Ustaz Nasharudin Mat Isa yang mempertahankan jawatan dicabar oleh Ahli Jawatankuasa Pas, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Melihat kepada perkembangan parti Pas hari ini yang telah bersepakat dari segi visi dan misi dengan Pakatan rakyat, apakah golongan ulamak ini masih mampu mengungguli kepimpinan Pas untuk hari esok. Bagi tujuan tersebut, Siasah melalui wakilnya, KALSUM AHMAD telah menemubual Ustaz Ahmad Awang, bekas naib presiden Pas juga bekas ahli majlis syura dan bekas Pesuruhjaya Pas Perak bagi mengetahui pesepsi sebenar akan perkara tersebut.
SIASAH: Bagaimana pandangan Ustaz terhadap pertandingan tiga penjuru juga dikatakan pertembungan antara ulamak dan bukan ulamak dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Pas pada 4 Jun nanti?
Pada saya tidak mengapa, yang penting ia bergantung kepada perlembagaan parti dan perjuangan Pas kearah mendaulatkan Islam.serta menegakkan negara Malaysia yang adil untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama. Baru-baru ini Presiden sendiri menegaskan bahawa beliau tidak memihak pada mana-mana calon yang berbeza latar belakang sama ada ulama’ atau professional atau aktivis parti kerana Pas memerlukan gabungan terutama antara ulam’ dan professional. Dalam hal ini saya teringat kata-kata dan pesanan yang sering di tegaskan olih bekas presiden Pas, allahyarham Ustaz Fadhil Noor yang mengatakan bahawa pendekatan Pas dalam kepimpinan dan pentadbirannya adalah memprofesionalkan ulamak dan mengulamakkan profesional . maksudnya jika seseorang itu golongan ulamak ia mestilah bersifat profesional dan jika ia seorang profesional ia mestilah bersifat ulamak.
Oleh itu sesiapa yang menang nanti sama ada dia ulamak atau bukan ia mestilah menjurus kea rah ulamak profesional atau profesional ulamak dan disenangi oleh rakyat bagi memperkasa Pakatan Rakyat yangmana Pas telah memutuskan untuk terus berada dalam gabungan pakatan tersebut bagi dengan mengikuti prinsip-prisip dan ketetapan yang telah diakui bersama dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimana pandangan ustaz terhadap calon-calon yang bertanding?
Pada saya semua calon ada kelebihan masing-masing. Ustaz Nasha, pada saya beliau seorang yang berkualiti sebagai seorang ulamak profesional. Pernah berlajar pengajian Islam di university luar negara dan sebelum itu menuntut di ITM dalam bidang pengajian profesional tetapi mungkin ahli-ahli perwakilan mahu melihat beliau diganti dengan orang lain sebab itu beliau setelah menyandang jawatan tersebut telah dicabar.
Mohamad Sabu yang pernah menuntut di ITM kita tahu beliau tidak mendapat pendidikan agama yang khusus tetapi beliau dilihat seorang yang memahami sejarah dan peradaban Islam .Dalam ceramahnya sering di ungkap iktibar dari al-Quraan dan al Sunnah. Justru beliau di lihat sebagai seorang dari golongan professional yang bersikap ulama’-
Begitu juga dengan Tuan Ibrahim merupakan seorang ulama’ ada kelebihan dan kualitinya yang ahli perwakilan boleh menilainya sejauhmana sifat prosessional beliau. Pendek kata perwakilan bolih menilai kelebihan masing-masing baik melalui pengalaman, gerakan yang mereka lakukan ataupun melalui kelebihan yang ada pada diri mereka.
Namun Apa yang penting pertandingan ini menjadi pilihan bagi akar umbi dalam memilih kepimpinan yang dinamik,berinovasi dan lebih ke hadapan dan yang paling penting dapat membantu presiden dalam memperkasa dan meningkatkan keupayaan parti bagi menghadapi pilihan raya ke -13 serta bersama mendukung konsep Pakatan Rakyat yang telah terjalin.
Apa akan jadi sekiranya sikap itu tidak ada?
Parti Pas tidak akan mampu bergerak terus ke hadapan sekiranya tiada ulamak yang bersikap profesional yang mampu menghadapi cabaran-cabaran secara profesional . Demikian juga sekiranya golonan profesessional tidak membina kualiti ulama’ dalam kepimpinannya..
Pada saya ulama atau tidak, itu bukan perkara utama, apa yang penting siapa sahaja yang memegang amanah kepimpinan baik sebagai presiden, timbalan atau apa jawatan yang dipegang beliau mestilah menju us kea rah ulamak profesional atau profesional ulamak dan selari dengan perlembagaan parti.
Sebagai bekas ahli Majlis Syura, saya tahu dalam Pas walaupun ramai yang tidak melalui pendididkan agama yang formal tetapi di kalangan professional ada sebilangan mereka yang layak menjadi ahli Majlis Syura tetapi mungkin disebabkan masih ramai golongan ulamak,maka mereka ini masih belum berpeluang menduduki Majlis tersebut .
Keterangan gambar:
-Ustaz Ahmad Awang.
No comments:
Post a Comment