Thursday 5 November 2015

AMANAH NEGARA mendapat perhatian rakyat Kelantan

Separuh ahli PAS sokong Amanah di Kelantan, kata penyelidik
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.
Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.

Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.
"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran "harum manis" iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

"Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah," kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/separuh-ahli-pas-sokong-amanah-di-kelantan-kata-penyelidik#sthash.4cenRj6B.dpuf

No comments:

Post a Comment