Monday 12 December 2016

Ucapan Penasihat Umum sempena konvesyen AMANAH

Setahun AMANAH

Sempena dengan setahun usia Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti ini terus komited memperjuangkan keadilan dan menentang kemungkaran budaya rasuah, kleptokrasi, mahupun penindadan terhadap rakyat, kerana ia adalah tuntutan di dalam Islam, sebagaimana firman Allah:
(وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)
[Surat Aal-E-Imran 104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

AMANAH melalui pelbagai wadah terus komited menyampaikan mesej selamatkan negara Malaysia yang tercinta ini melalui sesi-sesi penerangan, antaranya dialog dengan rakyat , kerja-kerja kebajikan dan menggerakkan himpunan-himpunan rakyat, sebagai mesej kepada seluruh rakyat bahawa AMANAH bersedia menggalas tanggungjawab memimpin negara ini ke arah yang lebih baik bagi membina Malaysia yang baru yang bebas daripada korupsi dan penyelewengan. Sebagimana sabda Rasulullah SAW:

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان ) رواه مسلم .

AMANAH juga perlu terus membawa mesej Islam Rahmatan Lil a'lamin, bagi memulihkan salah faham  masyarakat terhadap Gerakan Islam, Islam bukan Agama yang ektrim akan tetapi Islam Agama Rahmat untuk semua umat manusia. Tanggungjawab ini bukan pilihan lagi, tetapi adalah kewajipan bagi mengembalikan tamadun Islam, umat Islam wajib mempamerkan akhlak dan di medan perjuangan, justeru itu pemikiran ekstrim ialah racun yang amat bahaya yang boleh memecah belahkan masyarakat, oleh itu ahli AMANAH perlu terus menunjukkan tauladan dan hikmah di dalam menyampaikan mesej Islam Rahmatan Lil`alamin.

Tahniah dan syabas kepada semua petugas parti yang sentiasa komited dan iltizam bagi terus melebarkan pengaruh parti ini bagi membawa mesej ‘Islam Rahmat Untuk Semua’

Saya juga mengharapkan agar pemuda dan pemudi menjadi benteng pertama di dalam membangunkan AMANAH supaya parti ini terus di hormati kawan dan lawan, anak-anak muda perlu terus berusaha gigih bagi melebarkan pengaruh AMANAH kerana kalianlah bakal bakal memimpin negara ini, maka terus bekerja kuat bagi menyelamatkan generasi anak cucu kita.

Oleh itu, bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14, semua petugas AMANAH perlu terus bekerja kuat bagi menyelamatkan negara ini yang sudah semakin rosak di bawah pentadbiran barisan Nasional, petugas  AMANAH juga perlu terus berjumpa dengan setiap rakyat Malaysia bagi menyampaikan mesej selamatkan negara ini, demi generasi akan datang.
Selamat Berkonvensyen buat semua perwakilan.

Sekian terima kasih,

Seeru a`la barakatillah

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat
Parti Amanah Negara

No comments:

Post a Comment