Diambang Ramadan tahun ini, hati adalah objek utama yang harus diberi perhatian. Peranan kita di bulan yang suci ini adalah membersihkan hati dari kotoran mazmumah yang bolih menghalangi kekhusyukan dalam beribadah kepada Allah swt.
Apabila disebut ibadah, kita perlu melihat dalam skopnya yang luas. Dalam kontek ini, satu perkara yang perlu di tegaskan ialah ibadah memegang amanah kepimpinan. Benar sekali, mereka yang terlibat memegang amanah orang ramai tidak dapat berpuasa dari menunaikan hak-hak awam meskipun dalam bulan puasa.
Kedapatan sesetengah umat Islam dikalangan kepimpinan Gerakan Islam yang mana tugasan mereka begitu murni di sisi Islam, namun sikap mereka tidak mencerminkan syaksiah atau peribadi mulia yang diajar olih Islam yang di contohkan olih RSAW. Sebagai contoh, ada diantara mereka susah memberi senyuman dan beramah mesra , ada pula yang tidak sanggup mengucapkan salam atau menghulur tangan bersalaman dengan orang bawahan. Lojiknya, jika mereka meyakini bahawa tugasan kepimpinan mereka merupakan ibadah di sisi Allah, jiwa mereka akan tenang, mudah mesra dan bertegur sapa dengan orang ramai.
Jika dengan sebab memegang amanah kepimpinan itu ia tidak mendapat ketenagan jiwa, bermaknalah ada sesuatu yang tidak kena pada ‘raja’ dalam diri. Maka setiap pemimpin harus membetulkan kepincangan diri agar ia dapat diperbaiki sebelum dijemput Izrail. Sudah pasti setiap penat lelah, setiap peluh yang mengalir dan wang yang disumbangkan, kita mengharapkan laba yang menguntungkan di akhirat kelak.
Peluang menyucikan jiwa di bulan Ramadan tahun ini harus dimanfaatkan sepenuhnya di samping menunaikan tanggugjawab harian. Susuli semula sirah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w serta berusaha meneladani baginda bagi membaik segala kelemahan diri.
Kalau umapamanya seseorang pemimpin itu yang berkira dari sudut kewangan, maka ia harus perbanyakkan bersedekah. Di dalam bulan Ramadhan ini Nabi paling banyak bersedekah. Begitu juga jika yang mengharapkan orang lain yang akan mengucapkan salam terlebih dahulu tatkala berjumpa, maka ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah didahului dalam memberi salam meskipun di dalam mimpi.
Jika kita rasa kita hebat kerana kita diberi jawatan, maka kita perlu tukar rasa hebat itu kepada rasa rendah diri kepada Allah. Kita harus tahu bahawa amanah jawatan hanyalah ujian dari Allah untuk menguji kita, adakah kita bertambah tawaduk atau membesar diri. Jika kita merasa lebih baik dari orang lain kerana mendapat jawatan tertentu, kasihanilah diri kita yang telah tertipu dengan mainan iblis.
Kita harus mengingat semula bahawa Allah tidak melihat apakah kedudukan kita di mata manusia, tetapi Allah menilai apakah hati kita bertambah dekat denganNya. Nilai semula segala nikmat yang dikurniakan Allah adakah menyebabkan hati bertambah tunduk dan patuh atau sebaliknya.
Firman Allah yang bermaksud :“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka kepada Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diberikan al-kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik”. (Al Hadid:16)
Penulis:ummu abbas & ummu ubaid
Editer:ummu ubaid
27/7/2011
No comments:
Post a Comment