Sekapur Sireh Seulas Pinang.....
PERJUANGAN BERTERUSAN.....
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Seorang muslim yang sebenar ialah yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam samada di di segi akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya.
Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah.
Keimanan dan keislaman seseorang itu perlu dibuktikan dengan tekad dan usaha perjuangan yang menunjukkan kesungguhan seseorang itu menjadi hamba Allah yang mendaulatkan agamanya. Islam bukan sekadar beberapa kalimah yang dituturkan tapi adalah suatu Iltizam dan komitmen yang lengkap dan menyeluruh terhadap ajaran Islam.
Gerakan perjuangan Islam adalah bersifat dinamik dan bukan statik. Perjuangan Islam juga berasaskan prinsip menegakkan keadilan sejagat tanpa batasan suku kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya.
Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dalam kehidupan masyarakat dan negara.
Allah s.w.t. menuntut agar agamaNya ini diletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)
Allah merestui orang yang berjuang pada jalanNya di dalam satu saff. Ini menunjukkan wajib berpendirian teguh, menetapkan pendirian dan konsisten mempertahankan prinsip Islam. Semoga kita semua di beri Allah kekuatan, taufik serta hidayahNya dalam berjuang menegakkan kalimahNya dimuka bumi ini...
Salam buat Ustzh Rosiah.. Tahniah kerana berjaya menjejak ke satu lagi channel dakwah. Para pendakwah tidak sepatutnya ketinggalan dalam menjadikan internet sbg satu channel dakwah..
ReplyDeleteNice looking blog.. Congratulations..
ReplyDeleteBerdakwah semampu mungkin dan di mana jua dgn apa cara sekali pun, terima kaseh atas galakan , syukur cucu dapat membantu dalam teknologi cyber ni...
ReplyDeleteAs Salam Mak Lang
ReplyDeleteMoga curahan ilmu disini dapat dimanafaatkan oleh pembaca.Tahniah mak lang..Moga cepat sikit boleh kasi up ini blog..