Rasulullah S.A.W dan para sahabat tidak pernah rehat atau cuti sebaliknya terus istiqomah menyebarkan risalah Islam sehingga Baginda wafat, justeru, sebagai pejuang Islam, Baginda merupakan ikon terbaik untuk dijadikan contoh ikutan sepanjang zaman.
Setiap pejuang Islam tidak kira di mana peringkat sekalipun mesti meletakkan perjuang Islam sebagai keutamaan dalam hidupnya, kerehatan hanya apabila nyawa bercerai daripada badan, selagi nyawa masih ada jangan sekali-kali kita melalaikan tanggungjawab yang sangat besar.
Memang tidak di nafikan ada kalanya kita menjadi serba salah apabila berada di persimpangan antara kepentingan peribadi dan jemaah, jika kita berdepan dengan situasi ini maka kebijaksanaan kita akan menentukan mana satu yang wajar didahulukan. Kita perlu bertindak dengan bijak bagi mencari jalan penyelesaian yang sebaik mungkin supaya tidak mengenepikan sama sekali kepentingan perjuangan Islam ini meski pun kepentingan peribadi juga perlu di ambil kira. Begitulah yang di tegaskan oleh YB Siti Zailah, Ahli Parlimen Rantau Panjang merangkap timbalan ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Johor baru-baru ini.
Dari apa yang telah di ucapkan oleh YB Zailah itu, mencerminkan keperibadian beliau sebagai seorang pejuang dalam jamaah Islam. Walaupun memegang jawatan-jawatan penting dalam Parti dan begitu sibuk sekali tetapi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu tetap terlaksana dengan baiknya. Sikap inilah yang perlu ada pada setiap muslimat yang ingin berjuang dalam perjuangan Islam dan sekaligus layak meletakkan diri sebagai Mujahidah Jadidah...
saya suka entri ni...syukran
ReplyDelete